Thursday, March 31, 2016

Perubahan dan Potensi My Ameer

*Entri ini adalah bersempena dengan penyertaan saya dalam peraduan yang dianjurkan oleh blog Aldid Rajiah!


Bagi saya setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Tetapi tidak dinafikan saya sentiasa memegang kata-kata keramat lagi berbisa "bagaimana acuannya, begitulah hasil bentuknya nanti" :=) . Anak nombor enam saya Ameer Shah seorang yang manja dan pemalu. Mungkin kerana kerap dimanjakan dan juga kelebihan dengan adanya ramai kakak dan abang yang sentiasa berada di sisinya. Dan ternayata apabila kerap dimanja, saya dapati ada satu sikap Ameer yang terlalu bergantung dengan orang sekelilingnya. Yang paling ketara sikap kuat merajuk, tidak pandai bersosial dan tidak fokus (mudah give up) 

So, apa yang lakukan untuk mengatasi maslaah my Ameer ini, antaranya seperti:-

 Sentiasa mengajak Ameer untuk menyertai aktiviti keluarga dengan kerelaan hati.Contohnya main badminton. Saya akan berikan satu raket dan beri peluang untuk beliau mengeksplorasi dunia badminton dengan bermain, biarpun tidak reti dengan acah-acah menyertai permainan pun sudah membuatkan beliau happy!

Berlibur bersama keluarga dengan melakukan aktiviti senaman bersama-sama. Tidak pernah menghadkan pergerakan anak seperti hanya mengarahkan untuk duduk diam semat-mataa. Tetapi mengajak anak untuk berani menonjolkan ekspresi terutama ketika membuat aktiviti bersenam dan menari.

 Memberi bantuan terutama dalam aktiviti yang memerlukan anak fokus. Walaupun mengambil masa, saat kita menerangkan dan mengajar membuat aktiviti seperti lekat dan hasilkan objek, namun ianya sangat membantu anak untuk lebih fokus.

Bermain dengan aktiviti yang boleh mengenali hidupan alam lain. Biarpun kita tidak suka kucing, ataupun arnab mahupun ikan (contoh). Tapi jangan sekali terhad pergerakan anak jika mereka benar-benar ingin mengekplorasi tentang hidupan ini. Beri peluang untuk mereka bermain dan melihat sendiri bagaimana kehidupan ini bergerak terutama dalam habitatnya.

Membuat aktiviti kumpulan bersama anak-anak yang lain, anak-anak kawan, anak-anak jiran dan sebagainya. Ini mengajar my Ameer untuk bagaimana bersosial dengan cara berkomunikasi dan melakukan aktiviti bersama. Secara tidak langsung mengajar beliau untuk ada sikap berdikari dan berkongsi.

video
Apa yang penting, saya dapat lihat my Ameer banyak berubah. Tidak lagi rasa malu, lebih berani mengekspresi seperti menyanyi, bercakap dengan orang sekeling dan tidak lagi terlalu bergantung dengan adik-beradiknya apabila hendak melakukan apa-apa jua aktiviti kanak-kanak yang digemarinya.

Dan sebenarnya banyak aktiviti dan learning tools yang kita boleh gunakan untuk meningkatkan potensi anak. Contohnya permainan dan alatan kanak-kanak yang dijual die early learning shop! Macam-macam ada :=) Harga berbaloi pulak tu!

Ok uolls, masih ada masa lagi kalau nak join contest yang dianjurkan oleh Puan Rajiah kita ni, nak tahu keterangan lanjut boleh klik link ini ya!

2 comments:

Suriaamanda said...

seronok tengok aktiviti ayu dengan anak2..terus rasa cemburu sebab SA hanya jumpa anak waktu weekend je...

AyuArjuna BiGoshh said...

SA a.k.a Parizan - insyaAllah, mana tahu nanti SA pun berkesempatan jumpa dan beraktviti anak2 di hari2 biasa. Jadi ibu zaman ini memang mencabar dan memang kena banyak bertabah.. :)