Tuesday, March 22, 2016

Rekaan Long Prom Dress untuk Hijabista

Jika di luar negara, acara ‘prom night’ merupakan acara tahunan yang amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar senior sekolah tinggi, di Malaysia pula acara yang sering dinanti-nantikan pula adalah majlis ‘annual dinner’. Secara amnya, majlis ‘prom night’ dan ‘annual dinner’ adalah majlis yang lebih kurang sama dan hanya terdapat beberapa perbezaan kecil. Dan biasanya perkara yang paling penting ketika ingin menghadiri majlis seumpama ini adalah pemilihan pakaian yang bersesuaian. Jika di negara barat, mereka banyak berhabis duit dan tenaga untuk mencari sepasang prom dress yang seksi dan menyerlah, di Malaysia pula lain ceritanya. Khususnya bagi para hijabista, rekaan long prom dress atau koleksi dress yang bersesuaian untuk digayakan ke majlis-majlis seumpama ini adalah seperti berikut;
 Lace Dress

Tampil ayu dan feminine dengan koleksi lace dress seperti berikut. Bukan sahaja sesuai digayakan ketika ingin ke majlis dinner tahunan, ia juga boleh anda gayakan ke majlis-majlis istimewa yang lain.

 Muslimah Dress

Selain lace dress, kini juga terdapat banyak rekaan Muslimah dress yang boleh anda gayakan dan bersesuaian dengan imej Muslimah anda.  Jika pandai memilih corak dress dan kesesuaian bentuk badan pasti menyerlahkan lagi penampilan.

 Jubah Moden

Bagi anda yang ingin tampil bergaya dan pada masa yang sama kekal sopan pula, tampil menyerlah dengan menggayakan koleksi jubah moden seperti berikut. 

Kaftan

Dan selain itu, anda juga boleh memakai kaftan sebagai alternatif yang cukup ideal. Ringkas dan praktikal bagi mereka yang suka bergaya sederhana.

No comments: