Sunday, March 20, 2016

Restoran Sushi King Yang ke 100

Saya dan rakan media telah dijemput untuk menghadiri pembukaan outlet Sushi King yang ke 100 bertempat di Aeon Mall Shah Alam. Di majlis pelancaran tersebut, Yang Berhormat Tan Sri Dato'Seri (Dr.) Fumihiko Konishi turut berkongsi perjalanan restoran Sushi King dan beliau juga ada menekankan tentang sijil HALAL yang bakal diperolehi oleh Sushi King.

Signifikan daripada pembukaan restoran ini juga, Yang Berhormat turut menyentuh tentang pengenalan budaya Jepun yang dibawa ke Malaysia, secara tidak langsung dapat mengukuhkan perhubungan diplomat yang telah dibina. Selain itu, penyediaan sushi dari Sushi King juga adalah dari hidupan yang segar dan bahan-bahan yang berkualiti terbaik.

Media juga telah dihiburkan dengan 2 persembahan tradisi dari Jepun iaitu persembahan gendang dan juga tarian yang unik masyarakat Jepun.

Perasmian outlet juga agak unik yang mana, acara 'Mochitsuki Ceremony' (Mochitsuki-merupakan cara tradisional membuat kuih mochi Jepun daripada tepung beras) telah diadakan. Ianya juga simbolik kepada acara yang membawa maksud ~satu permulaan.

Pihak Sushi King turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada pihak The Malaysian Red Crescent Society atas sumbangan penubuhan ini terutama ketika Malaysia memerlukannya di saat menghadapi waktu krisis 

Sushi King Aeon MAll shah Alam terletak di tingkat 1. Berdekatan dengan kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangan dari Jepun.

Sepertimana di restoran Sushi King yang lain, kerusi dan meja disusun berdekatan dengan hidangan sushi di atas roller bergerak.

Keluasan restoran Sushi King di sini agak luas dan besar. Secara tidak langsung membei keselesaan pengunjung yang datang menikmati hidangan di sini.

Ruang dapur terbuka juga terletak di bahagian depan. Dan kita boleh melihat sendiri bagaimana penyediaan sushi secara LIVE dari meja makan.

Susun atur meja makan yang jelas kelihatan chopstick, pring kecil..

Green tea, signature teh di sini yang harus dicuba oleh pengunjung Sushi King..

Saya paling teruja untuk menikmati green tea panas. Namun bagi anak saya, beliau lebih gemarkan grean tea yang sejuk. So, pilihan adalah di tangan anda :)

Kicap istimewa untuk dinimati bersama sushi. Untuk rasa pedas, bolehlah tambah dengan wasabi.

Antara sushi yang menjadi kegemaran pengunjung Sushi King ~Norwegian Salmon!

Pilihan sushi meja saya :p

Saya sukakan hidangan ini. Ada telur ikan, sotong dan juga sepeti sayur bayam di bawahnya yang apabila kita gigit didalam mulut terasa sangat ranggup. Hidangan ini juga ada rasa masam-masam cuka. Sedap.

Salmon sashimi in da'house. My Anaqi favourite. Saya mampu makan 2 keping, my Anaqi telan semua, hiks.

Ala-ala gorengan tempura - sotong dan ketam.

Mochi kaya dan durian, kuih tradisi Jepun yang agak popular.

Saya paling teruja hidangan mochi perisa durian ini. Sedaaaaaaaaaaap giler!

Hanya terdapat di Sushi King Aeon Shah Alam ~Kushiage (disaluti dengan keranggupan diluar dimakan bersama sos ala teriyaki)

'Smiling Served Fresh'

Jom! Sushi King :)

7 comments:

Bro Framestone said...

Tempoh hari, xsempat nak rasa air green tea dorang... Sebab dok minum air suam je....

Uncang teh, anak buat main he..23x

AyuArjuna BiGoshh said...

bro- hHAHAHA,,,,,green tea ni baguih utk detoks

Mohd Zarin said...

Wah..sedapnya. Nanti nak makan lagi la kat sini

AyuArjuna BiGoshh said...

zarin- jom jom

budakbandunglaici said...

Sedapnya. Mochi durian paling best!

budakbandunglaici said...

Sedapnya. Mochi durian paling best!

AyuArjuna BiGoshh said...

bbl- sedapkannnn