Thursday, March 24, 2016

REVIEW : Restoran Asam Pedas dan Ikan Bakar di Port Dickson

Bila sebut tentang Port Dickson, semua akan membayangkan pantai dan juga tempat makan ikan bakar. Ini kerana kawasan pantai adalah kawasan tumpuan bagi mereka yang ingin menikmati keenakan rasa hidupan laut dengan variasi cara masakan yang diminati.

Ketika saya dan keluarga ke Port Dickson bersempena dengan MBA (perlawanan badminton baru-baru ini). Kami sempat mencuba di beberapa lokasi restoran yang menawarkan ikan bakar didalam menu hidangan mereka.

Dan restoran Ikan Bakar & Asam Pedas ini direkomenkan oleh PR Samantha untuk kami mencubanya. Beliau yang berasal dari Port Dickson mengakui restoran ini agak popular di kalangan penduduk tempatan PD dan juga pengunjung-pengunjung luar yang datang bercuti ke sini.

Untuk pengetahuan uolls, restoran ini terletak di tepi jalan (bedekatan dengan sekolah antarabangsa) ke arah Telok Kemang. Kiranya kalau dari hotel tempat menginap kami iaitu Water Front mengambil masa tidak sampai 10 minit pun.

Yang menariknya restoran ini terletak di atas kawasan tanah yang tinggi (so bila kita lalu pasti akan perasan kewujudan kedai ini) dan ianya agak luas. Jika kita datang ramai berbiji2 kereta tak mejadi masalah yer. Parking dan tempat makan pun luas.

Yang makin bertambah menarik, di restoran ini juga menyediakan tayangan filem menerusi skrin putih. So, boleh menikmati hidangan sambil berlibur dengan menonton filem bersama-sama dengan keluarga dan rakan kita.

Apa yang menarik di restoran ini specialty masakannya bukan hanya ikan bakar semata bahkan ianya juga cukup popular dengan masakan asam pedas. 

Ini adalah harga bahan mentah dan ianya sudah dikira sekali dengan caj masakan. Perbandingan dengan harga ikan bakar dalam entri ini, di sini agak mahal sikit. Sikit jer, tak jauh mana pun :p

Selain daripada hidangan yang dijual secara ala-carte, terdapat juga hidanganyang dijual dalam bentuk set. So, kita ada pilihan samada nak pilih hidangan set (mengikut jumlah yang dikehendaki) atau pemilihan lauk ala-carte (citarasa yang kita mahukan).

Apa yang suka tentang hidupan lauk di sini ~ kesegarannya!!!!
Saya siap belek, pilih-pilih dan bau.
Memang terbaik!

Ada juga sate. Harga adalah standard dalam 70 sen dan 80 sen secucuk. Dan ada juga kambing bakar ya! Tapi kebetulan pada hari kami datang, tiada pula kambing bakar ditawarkan.

Antara hidangan yang telah kami order :-
Telur dadar, sayur kailan goreng ikan masin dan ikan kembung bakar.
Saya rasa, ikan bakar dier ok jer. Sedap juga cuma tak ada lah istilah terlalu sedap yang membuatkan kita nak repeat order balik. Ok, ikan bakar ni kitaorang makan bersama kicap pedas dan juga  air asam.

Hidangan win di hati saya dan ahli keluarga lain. Sedap woooooh!! Asam pedas ikan pari yang dimasak oleh tukang masak ini. Cukup rasa dan saya boleh hirup kuah asam pedas ini macam tu jer.

Kalau hidangan asam pedas tadi win, yang ini paling win. First, impression bila lauk ni dah siap memang nampak dah sedap. Kuah 3 rasanya yang memang sedap giler bersama keranggupan ikan siakapnya memang ketara. Anak saya Anaqi siap meratah sampai ke tulang.

Ok jumlah yang di bayar hanyalah RM96 (ada ralat dengan entri yang lepas ya harap maklum, terkompius kejap, hahah). Harga ini termasuk 8 nasi putih dan 2 jug air (air kosong dan teh o' ais limau). Tapi kenapa saya rasakan restoran kat sini sedikit agak mahal jika dibandingkan dengan harga ikan bakar di medan PD. Sebabnya kita boleh bandingkan harga dalam gram yang ditawarkan. Dan kami makan sikit jer kat sini berbanding dengan lauk (saiz ikan yang besar) di medan ikan bakar.

Tapi, saya lebih suka di restoran ini sebab keenakan masakannya jauh lebih sedap dari kedai di medan yang saya telah cuba.

Rasa nak repaat balik datang pekena ada pedas dan juga ikan masak tiga rasa itu :=)

No comments: