Thursday, April 14, 2016

"Book Review Party" Bersama Scholastic

Terbaru dari Scholastic, bacaan buku bersiri Bodhi & Friends bakal berada di pasaran Malaysia. Apa yang menarik tentang buku ini bukan hanya mempertengahkan pelbagai jalan cerita yang mempunyai pengajaran dan gambar-gambar yang menarik. Bahkan buku ini juga didatangkan bersama CD (didalam sisipan). Sekaligus buku yang sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas ini boleh menarik anak-anak untuk minat membaca dan memberi lebih keseronokan menerusi tontonan animasi di skrin.

Bodhi bersama rakan-rakan baiknya...


Saya dan anak-anak telah dijemput untuk menghadiri "Book Review Party" Bersama Scholastic pada minggu lepas. Yang mana saya telah melihat sendiri beberapa koleksi dari siri ini yang mampu menarik minat anak-anak saya terutama Amani yang kini sedang dalam peringkat menajamkan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan dan juga penulisan.

Majlis perkenalan siri Bodhi & Friends dari pihak Scholastic :)

"The Bodhi and friends books is a great series to be introduced to kids age 4 and up as it is designed to help cildren to learn English phonics, vocabulary, grammar and listening skills while instilling a genuine love of language in them",
Selina Lee, Scholastic Asia's Vice President

Tayangan animasi Bodhi & Friends untuk ahli media dan keluarga yang hadir.


Anak-anak say ajuga sempat beraktiviti seperti membuat kraf dan mewarna. Kelihatan Ameer begitu teruja bila diberi peluang untuk mewarna watak Bodhi yang paling disukainya.



Anak-anak saya teruja apabila berpeluang bersama menari dan menyanyi lagu dari Siri Bodhi & Friends!!




Mudah dan senang sahaja langkah yang perlu diikut :=)


Para media bergambar sama.

Siri Bodhi & Friends ini menggunakan bahasa Inggeris yang amat mudah difaham dan gambar yang sangat warna-warni. Apa yang saya perhatikan My Amani dia lebih teransang untuk membaca berulang-kali (dengan bantuan), membantu beliau mengenali lebih banyak perkataan bahasa inggeris, mengajar beliau menggunakan ayat inggeris dengan betul (grammar), serta bila menonton Bodhi ini melalui komputer secara tidak langsung memudahkan pemahaman serta menarik minat Amani untuk belajar bahasa Inggeris.

:)

2 comments:

CikLily Putih said...

ade book party ek.. aku sendiri tak tau ada party cam ni ek

AyuArjuna BiGoshh said...

cik lily---adoooo