Tuesday, April 26, 2016

Di Sebalik Tabir Shooting Bersama Chef Ismail dan Pensonic :=)

Pengalaman masak bersama Chef Ismail. bersama selebriti yang dijemput adalah sesuatu yang indah didalam lipatan kenangan. Chewahhhhh. Biarpun ini bukanlah pengalaman pertama saya terlibat dalam 'shooting' bersama krew produksi. Tapi ini adalah pertama kali 'shooting'yang melibatkan chef selebriti dan pelakon yang cukup dikenali, so ini memang sangat OHSEMMMM!!!!
Ini bermula apabila saya menyertai peraduan yang dianjurkan oleh pihak Pensonic di FB mereka. Memandangkan saya memang jenis suka memasak, dan hampir setiap hari saya masak untuk famili. Jadi saya dengan berbesar hati untuk kongsikan masakan yang menjadi kegemaran saya satu famili.
Congratulations again to our winners for "Cook with Celebrity & Chef DCH Ismail"!
The production team will contact you soon to recce your location for the shoot! Be very excited!
1. Mahadi Mohamed Arifin
2. Arina Yusof
3. Ayi Alhamrah
4. Ayue Idris
5. Fazerina Ibrahim
6. Ayu Rafikah
7. Amy Aril
Dan tak sangka giler, saya antara 7 pemenang yang dipilih oleh pihak Pensonic!
Mak suke noks. Seronok sangat :p

Call time pukul 9.30 pagi, dan saya ditatatrias oleh jurumekap yang dibawa khas oleh pihak Pensonic. So, saya memang dah standby beberapa pasang baju dan akhirnya saya memilih untuk memakai baju warna terang iaitu merah tua dan kuning mustard.

Dalam pukul 10 lebih, Zara Zya tiba rumah mak saya. Ini merupakan pertama kali saya bertentang mata dengan pelakon yang sedang meningkat naik ini. Orangnya cantik personaliti nampak pendiam, tapi bila dah mula berborak memang sangat mesra dan havoc!

Dalam rancangan masakan yang bakal ditayangkan ini dibahagikan beberapa segmen. So, nak tahu apa segmennya kenalah tunggu dan tonton sendiri yan :p

Chef Ismail merupakan antara chef selebriti terkenal di Malaysia dan juga pemilik kepada Restoran Rebung merupkan hos tetap untuk rancangan masakan terbitan Pensonic ini. Seronok apabila dapat digandingkan dengan Chef Ismail kerana banyak tips dan pengalaman yang dikongsi oleh beliau teruatama berkaitan dengan bidang kulinari. 

Saya juga seronok dapat mencuba sendiri produk dari Pensonic  siri Chef's Like, yang memang sangat praktikal, fleksibel dan versatil kegunaannya. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan berpatutan. Memang saya sangat syorkan untuk mereka yang mencari barangan elektrik dapur di rumah ~untuk dapatkan Pensonic siri Chef's Like.

*Sedikit teaser :=)


 Dan bila 3 bergabung, lagi meriah uollls...
Seronok apabila Zara Zya berkongsi tentang perkembangan baru beliau dalam dunia seni. Begitu juga pelbagai nasihat yang diberikan oleh Chef sepanjang shooting berlangsung. Biarpun mula-mula rasa agak janggal tapi bila digandingkan mereka yang meriah dan selamba, segalanya menjadi mudah dan seronok.

So, uollls kalau nak tahu apa yang kami masak dan tips dari Chef, jangan lupa tonton rancangan masakan ini yang akan mula ke udara pada 16 Mei 2016 nanti.

Jeng..
Jeng..
Jeng..

 Dan bukan setakat uolls boleh mengetahui resepi dan tips dari kami, ececece. Uolls boleh juga menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Pensonic. So, kena tonton dan jawab soalan yang akan diberikan berdasarkan rancangan masakan yang ditayangkan. Hadiah yang menarik tentunya produk Pensonic dari siri Chef's Like akan diberikan kepada pemenang. Best giler!!!

 TQ photographer mummy pada hari kejadian iaitu Amani yang memang teruja giler dapat berjumpa dengan Zara Zya (memang Amani  suka tonton lakonan Zara Zya dalam cerita Cinta Hati Abah). Oh ya, Zara sekarang pun sibuk dengan bisnes tudungnya yang semakin hari mendapat sambutan. Dan Zara siap pesan dengan saya untuk tonton lakonannya dalam drama bersiri yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu 'Duda Terlajak Laris'...

Dan ada berita baik untuk uolls semua. Pensonic ada menganjurkan satu lagi peraduan iaitu Raya-Merdeka Cook With Chef.. Di mana uolls hanya perlu membeli mana-mana produk Pensonic dari Chef's Like, hantarkan resit dan  isi borang penyertaan. Semudah A, B, C... Dan pemilihan pemenang adalah dipilih secara rawak. 

Keterangan lanjut boleh layari www.facebook.com/pensonicmalaysia

Psssst : Jangan lupa tau tonton rancangan masakan yang akan mula disiarkan (episod 1) pada 16 Mei 2016, di saluran TV3 jam 6.00 petang (sebarang perubahan saya akan update kelak ya!).

Mengetahui tentang resepi yang dikongsi...
tips dari chef selebriti..
 dan paling best banyak hadiah boleh dimenangi!!

Jangan lupa tonton ya!!

MUahhhh;

9 comments:

Mawardi Yunus said...

wow.. meletops bom bom bom

AyuArjuna BiGoshh said...

mawardi - oiii haipppppp

Mahamahu said...

Amboi akak gaya dah macam chef profesional depan camera.. Mackup tu yang tak tahan hehehehe. Best lah siap ada sesi makan2 lagi kita punya tak ada pung....

AyuArjuna BiGoshh said...

maha- hahah tak tahula keluar ke tak dalam TV tu hehehehe...tak sabar nak tgk kek mahamahu hikhik

YieN said...

Wahhh bestnya experience mcm ni kan :)

Hanim Hashim said...

best tengok ni! tak sabar nak kak ayu masak apa dalam rancangan tu nanti ;)

AyuArjuna BiGoshh said...

yien- alhamdulillah.. :)

hanim - jgn lupa tonton hanim

mama tisya said...

tk sbr nk tgk kuar tv nanti kn..hehe...ada gaya jd chef

AyuArjuna BiGoshh said...

mt- hihihi