Friday, April 15, 2016

Korean Fair @ 1Utama

Anyoung haseyo!

Karnival Korean Food di One Utama merupakan anjuran kolbrasi diantara KMT Group Companies dan juga AEON Malaysia sedang berlangsung bermula 12 April - 17 April 2016.  Karnival tahunan ini menawarkan bervariasi pilihan makanan dari Korea yang mana makanan-makanan halal yang dijual semuanya telah mendapat sijil pengiktirafan dari pihak JAKIM Malaysia. Antara makanan HALAL (yang telah diberi kelulusan dari pihak JAKIM) yang mendapat perhatian masyarakat setempat ialah Nong Shim Ramyun, Chongga Kimchi, Lotte Popero, Binggrae Milk (susu pisang!!),ais krim dan banyak lagi.

Selain daripada pameran dan jualan produk makanan dari Korea, pihak penganjur juga telah melancarkan kempen 'With All Our Hearts'(WAOH) yang mana satu tabung bantuan kemanusian telah diadakan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ianya dibawah pengurusan pihak AEON dan setelah 10 tahun sehinggalah ke hari ini, tabung WAOH banyak memberi sumbangan kepada mereka yang susah sekaligus membantu memberi nilai kepada orang lain.

Pada tahun 2015, menerusi hasil penjualan keuntungan 3 produk terlibat iaitu Non Shim Shin Ramyun, Hansung Citron Honey Tea dan juga Miseoul Aloe Vera Gel telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM48,523.00. Satu majlis pemberian mock cheque telah diadakan pada 14 april 2016 dari pihak KMT kepada AEON Malaysia.

****
Berbalik cerita di karnival, antara makanan Korean yang menjadi perhatian saya adalah seperti:-

Saya dah cuba susu strawberry, memang sedap!!
Harga untuk 6 kotak adalah RM23.90

My fav!!!

Yang ini rasanya 3 botol RM9=.90, agak murah jika dibanding beli sebotol harganya RM4.30.

Yang ini air soda. Kalau beli satu tin harganya RM2.65, tapi kalau beli 6 tin, harga menjadi RM2.32 :p





Yang dijual dalam 10 pek ini murah, jatuh satu pek popero RM3.90


Bean paste (pedas) yang kotak hijau saya tambah dalam sup mochi saya.

Mee segera yang menjadi kegemaran :=)




Cam rupa kepingan jagung (cornflakes)




Sayur seaweed ni ada pelbagai jenis. Paling murah RM10.90 (kalau tak silap).Masuk dalam sup memang sedap!



Saya cuba perasa mangga memang sedap giler!



Kimchi!!!

Rice ball!!








haengbog syoping!!

Selain daripada jualan makanan, terdapat juga persembahan tarian dan demonstrasi masakan yang berlangsung sepanjang karnival.




Kam-sa-ham-ni-da :p

2 comments:

mama tisya said...

heaven susu pisang...alamak smp vkend ni je

AyuArjuna BiGoshh said...

mt- sedap gilooos