Wednesday, April 27, 2016

London Carnival Sale!



Dalam meneruskan hidup di dunia yang serba-serbi memerlukan duit, memang kita sebagai ibu-bapa kena bijak berbelanja. Apatah lagi barangan belian yang merupakan satu keperluan asas buat anak-anak. Jadi bila ada sahaja jualan yang berbaloi diwar-warkan kan kita haruslah tidak melepaskan peluang. Ini kerana harga yang bakal ditawarkan jauh lebih murah dan lebih berpatutan.

Hokeh saya nak sampaikan satu berita baik untuk semua ibu bapa!!!!!

The Parenthood pusat sehenti kegemaran keluarga di Sunway Putra Mall, telah menganjurkan karnival jualan selama 2 hari iaitu 30 April - 1 May 2016. Sepanjang karnival jualan ini terdapat pelbagai barangan  bayi sehingga kanak-kanak dari pelbagai jenama yang dijual dengan harga begitu berbaloi.

Dan istimewanya pada 30 April 2015, untuk waktu masa tertentu (rujuk poster diatas), harga jualan lelong untuk lampin pakai buang (pampers), yang mana jika kita membeli 2 pampers, kita akan bakal menerima lagi 1 pampers secara PERCUMA!

Memang menarik bukan, tawaran yang diberikan :) :)

Begitu juga dengan tawaran harga terbaik untuk produk permainan seperti Saidina, peralatan alat tulis seperti Faber Castle dan banyak lagi! So inilah masanya kita 'stock up' barangan keperluan sekolah anak-anak kita.

So, apa lagi jangan lupa 'mark your calendar' --> 30hb April 2016 dan 1 Mei 2016, bermula seawal 10 pagi sehingga 10 malam, kita terjah ramai-ramai untuk merebut segala harga murah yang ditawarkan bersempena dengan LONDON CARNIVAL SALE!

Keterangan lanjut boleh layari : www.theparenthood.com.my

3 comments: