Saturday, April 9, 2016

Produk Penjagaan Terbaik Buat Si Comel ~ Baby Naturals Dari Watsons

Hollllaaa!!!

Dunia keibubapaan hari ini memang mencabar. Bukan hanya kita perlu mengawasi perkembangan anak, makanan yang diambil bahkan penjagaan harian juga perlu dititik beratkan. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Contoh terlalu panas dan berdebu, ianya boleh menyebabkan kulit anak-anak kita terdedah dengan pelbagai kuman dan kotoran. Selain itu,  kita juga perlu  pastikan produk untuk anak-anak kita adalah selamat digunakan.

Saya telah diperkenalkan dengan  produk penjagaan bayi terbaru iaitu Baby Naturals by Watsons baru-baru ini. Apa yang menariknya selain dari rupa bentuk botolnya yang agak praktikal mengikut kesesuaian penggunaan, produk dari Australia ini telah dihasilkan secara semulajadi dari sumber organik iaitu 'Celendula Oil'.

Apa kebaikan minyak dari bunga Celendula ini ya?

Bunga calendula atau dikenali sebagai pot marigold sememangnya terkenal sebagai tumbuhan organik yang banyak manfaat dan kegunaaannya. Bunga calendula ini dikatakan selalu tumbuh di tiap awal bulan, dan istimewanya pada musim panas bunga calendula ini akan tumbuh sepanjang. Untuk pengetahuan semua bunga calendula dan daunnya boleh dimakan ya! Biasanya masakan jenis sup dan salad boleh dihasilkan dari bunga calendula ini. Dan Pakar Perubatan mendapati minyak dari bunga calendula amat sesuai dijadikan sebagai antiseptik dan antifungal. Ini kerana terdapat 1001 kebaikan dalam kandungan zat dalam bunga celendula:
  • Karotenoid
  • β-karoten,
  • Trans-lutein, 
  • Lutein ester
  • Xantofil
Selain itu kelebihan minyak bunga calendula juga dikatakan mampu mengubati sengatan lebah, luka, kulit terbakar, sakit kepala, sakit gigi, demam, masalah menstrual, penyakit kuning, penyakit mata dan luka atau iritasi pada kulit. Bunga calendula ini juga boleh dimanfaatkan untuk menghalau serangga atau paling boleh dijadikan sebagai anseptik!

Perghhhhh..banyak betul kelebihan dan khasiat minyak calendula ni ya :=)



Di majlis pengenalan produk ini, kami telah dihiburkan dengan persembahan menarik dari anak-anak kecil yang berpakaian seperti si pari-pari. Memang menghiburkan melihat aksi mereka menari.

Sesi wawancara bersama Puan Chu Ling, Personaliti TV dan radio dan juga 'Watsons Celebrity Friend', yang telahpun berpeluang mencuba produk ini. Dan menurut beliau, "Seperti ibu-ibu yang lain, saya sentiasa mahukan yang terbaik buat anak saya. Dan saya telah mencuba siri Celendula dari produk Baby Naturals dan saya dapati ianya memberi banyak perubahan yang baik pada kulit bayi saya".

Kebaikan minyak dari bunga celendula turut diakui oleh Datin Dr Meena Thalayasingam (Paedetrik Konsutan, Klinikal Imunilogi dan Alergi). Menurut Dr, "Dari kajian yang telah dilakukan mendapati minyak organik dari bunga celendula boleh memberi banyak kelebihan dalam urutan terapi terutama pada 'pre term infants' dan 'post-operation cardiac patients an constipation'. 

Antara siri Baby Naturals by Watsons seperti :-

1. Calendula Massage Oil
Minyak ini mampu melembutkan kulit dan mengelakkan kulit bayi dari menjadi kering. Ianya mudah diserap terus ke dalam kulit tanpa menyebabkan liang roma tersumbat. Sekaligus penggunaan minyak ini untuk urutan bayi mampu memberi kelegaan, ketenangan dan boleh mengelakkan kulit bayi menjadi kerengsaan.

Untuk saiz 100ml, harga yang ditawarkan adalah RM19.90

2. Calendula Lotion
Dengan bahan-bahan semulajadi yang digunakan, produk ini mampu mengekalkan kesimbangan kelembutan kulit. Cepat diserap, mengurangkan hidrasi pada kulit serta memberi perlindungan, 'soothing' dan kelembutan pada kulit bayi.

Untuk saiz 250ml, harga yang ditawarkan adalah RM27.90

3. Calendula Moisturising Cream
Mememlihara kulit secara semulajadi, selain dari mengimbangi kelembapan kulit bayi. Produk ini mampu mengekalkan kelembapan kulit bayi tanpa meninggal kesan berminyak (melekit) dan pastinya memberi kelembutan dan keselesaan kepada bayi selepas menggunakannya.

Untuk saiz 100ml, harga yang ditawarkan adalah RM19.90


d. Calendula Hair & Baby Wash
Produk kegunaan badan dan rambut ini mampu menjadikan kulit menjadi lembut dan juga rambut mudah diurus (lembut juga). Memberi lebih penjagaan pada kulit dan rambut bayi dan yang menariknya produk ini tidak akan memedihkan mata bayi ketika menggunakannya.

Untuk saiz 250ml, harga yang ditawarkan adalah RM27.90

Tambahan info: semua produk Baby Naturals dari Watsons adalah bebas paraben, minyak mineral, silikon, alkohol dan pewarna.


Di majlis pengenalan produk ini juga saya telah diajar cara membuat urutan bayi daripada therapist dari Hippopo Baby Spa.

Banyak yang saya belajar terutama teknik mengurut bayi dengan betul. Antaranya urutan adalah perlu dilakukan dari kiri dan kanan. Dan semasa mengurut pastikan bayi diletakkan dalam ruang yang cukup selesa dari segi pengcahayaan dan yang terbaik perlu ada muzik (pilih muzik yang boleh menenangkan)


Bergambar kenangan, tetamu jemputan dan VIPs bersama kanak-kanak pari comel yang membuat persembahan.

Review dari saya :=)

Ok, saya telah menggunakan produk Calendula Hair & Body Wash serta Calendula dari siri  Baby Naturals by Watsons.

Produk mandian ini mempunyai wangian yang lembut dan 'natural'. Ianya tidak terlalu berbuih, senang dibilas dengan air. Disebabkan produk ini tidak memedihkan mata, jadi saya tidak ada rasa bimbang menggunakannya ke atas Ameer yang agak lasak. Dan kelihatannya Ameer begitu seronok waktu beliau dimandikan.


Selepas mandi, seperti biasa saya akan membuat sedikit urutan ke atas badan Ameer. Dan saya telah mencuba Calendula Oils dari Baby Naturals by Watsons. Warna minyak celendula yang agak jernih dan saya sangat sukakan baunya. Seriusly saya ada rasa 'soothing' ketika minyak berada di jari saya :=)


Sapukan dengan lembut di bahagian tapak kaki dan kaki. Dari atas ke bawah. Kedua-dua belah kaki ya!

Menekankan bahagian perut dari atas ke bawah. Menggunakan kedua belah tangan, tekan dengan lembut. Ini adalah untuk membuang angin dalam perut bayi sekaligus mengelakkan bayi kita mengalami perut kembung.

Selain itu saya juga membuat urutan di perut menggunakan tangan yang bermula dari atas di tarik ke bawah, dari kiri ke kanan seolah membentuk putaran yin dan yang (siang dan malam)

Seterusnya urutan tangan dan akhir sekali saya akan membuat urutan I, LOVE, U. Adalah penting semasa memberi urutan pada bayi, kita turut berkomunikasi dengan mereka. "Bonding time"uollsss!!!

Produk Baby Naturals by Watsons bukan sahaja mampu melembutkan secara semulajadi dan memberi kelembapan secara mendalam. Waima produk Australia ini juga antara solusi kepada penjagaan kulit bayi yang terbaik untuk semua jenis kulit terutama kulit yang sensitif. Bahkan produk bayi ini juga boleh dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. "Sharing is caring' hiks

Telah diuji secara klinikal, bebas dari bahan yang membahayakan dan yang paling penting produk yang mengandungi minyak bunga calendula ini mampu memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada penggunanya.

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web www.watsons.com.my ya!

No comments: