Saturday, April 9, 2016

Rangkaian Terbaru Produk Safi Dari Bahan Semulajadi!

Ibarat berbicara dengan alam sememangnya tiada yang sebaik sentuhan semulajadi. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun sememangnya diperakui sejak zaman- berzaman mampu memberikan khasiat terhadap kulit wajah. 

Wajah yang dibersihkan dengan menggunakan pembersih wajah boleh menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding dengan penggunaan sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah sangat penting kerana ianya diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. 

Sebagai produk kecantikan yang HALAL no 1 di MAlaysia, SAFI sentiasa memahami keperluan wanita moden yang menginginkan produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan  semulajadi dan juga diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat &Habbatus Sauda.

Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan.Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alampasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.
Berikut adalah wahana baharu buat wajah cantik berseri:

Formulasi dipertingkat!
Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi.Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Ayuh nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secarasemulajadi.

Rangkaian produk pembersih muka SAFI
 


a.   Pembersih Muka Sari Mentimun &Habbatus Sauda SAFI
50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80

Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!
 


b.    Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM10.80

Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!
 
c.    Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!



     Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI
100ml- RM 7.50

Dapatkan kehebatan dua khasiat alamiah Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan sentiasa lembap dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.



Rangkaian produk pelembap muka SAFI

Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90


Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!

     Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90
 
Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!


     Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
16g-RM 7.40
 

Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!

Yang best, bila menggunakan produk ini, muka kita nampak lebih flawless!!



Sebagai seorang remaja My Yana tidak terlepas menghadapi masalah jerawat. Jadi saya telah mengesyorkan Yana untu mencuba Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI.

Hanya picit sedikit mengikut keperluan.


Basahkan dengan air, sehingga kelihatan sedikit buih.

Ratakan dengan lembut pada wajah..




Bilas muka dengan air yang bersih.

Menurut Yana, selepas menggunakan produk Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI ini beliau terasa mukanya begitu lembut dan selesa. Dan setelah menggunakan hampir seminggu, jerawat di kulit Yana semakin tidak kelihatan, muka juga jadi kurang berminyak. Paling penting, produk ni agak tahan lama, ini kerana kita hanya perlukan sedikit sahaja pada setiap penggunaan. Untuk harga yang jauh berpatutan penggunaan yang agak lama, memang ianya berbaloi!

Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

1 comment:

adianiez AIDA said...

aida memang guna rangkaian produk safi.
tapi safi rania la :)