Sunday, May 29, 2016

Ais Krim Potong King's Perisa Kelapa, rasanya Yang Luar Biasa :=)

Tiada apa yang dapat menandingi kenikmatan dan rasa segar dari sebatang aiskrim walaupun pada cuaca panas. Dengan menikmati Ais Krim King’s Potong, ianya dapat mengingati kembali saat kegembiraan di mana kita duduk dan berbual bersama keluarga, gelak ketawa bersama mereka sambil menikmati aiskrim potong. Ianya sungguh istimewa.

Walaupun kini terdapat pelbagai pilihan ais krim, tetapi ada kalanya kita juga teringin untuk menikmati semula sebatang aiskrim 'Potong' kerana ianya mampu mengimbau kembali kenangan manis kepada kita.
  
Dalam usaha berterusan untuk memenuhi cita rasa masyarakat Asia, King’s Potong sentiasa mempergiatkan usahanya untuk mencari perisa-perisa kegemaran tempatan yang boleh membangkitkan selera rakyat Malaysia agar dapat menikmati perisa 'Potong' kegemaran mereka. Menerusi penyelidikan yang telah dilakukan oleh King’s, maka lahirlah aiskrim yang berperisa kelapa – iaitu daripada air kelapa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia!

Diperbuat daripada 100% santan kelapa Thai bersama cebisan isinya, King’s Potong Kelapa ini ibarat .buah kelapa asli yang segar. Apatah lagi santan kelapa ini diimport sepenuhnya dari Thailand. Rasa krimnya yang lembut dan enak sememangnya dapat menarik hati semua penggemar kelapa di luar sana. Dengan adanya King’s Potong Kelapa keluaran terbaru ini, ia pasti dapat memenuhi selera terutamanya bagi mereka yang mempunyai cita rasa tinggi kerana ianya bebas daripada sebarang perisa tiruan.


Menikmatinya dengan terasa teruja sambil membaca buku  dan mendengar muzik kegemaran!

So..nyumylicioussss!!!!

Pek pelbagai King's Potong (6x60ml)  dijual pada harga RM 9.30 sekotak dan RM1.60 (60ml) sebatang (termasuk GST), dan ianya boleh didapati di semua pasaraya-pasaraya utama mulai 1 Mei 2016.