Wednesday, May 25, 2016

Autobots RollOut, JomTerjah 1 Utama

Transformers bermula dari satu siri komik pada tahun 1980-an dan seterusnya atas kehebatan popularitinya ianya diangkat menjadi siri animasi di televisyen. Berkisar kepada peperangan antara robot gergasi yang boleh berubah menjadi bentuk kenderaan. Terdapat 2 puak yang bertelingkah iaitu Autobots dan Decepticons yang masing-masing membawa perjuangan yang berbeza untuk mencapai keamanan dan dominais yang diinginkan.

Dan kini Autobots dan Decepticons telahpun berada di Malaysia. Pameran dibawakan khas oleh Hasbro Toy (Malaysia) Sdn. Bhd, akan menampilkan robot Transformer di Kompleks Membeli-belah 1 Utama pada cuti sekolah akan datang. Berikut dibawah adalah butiran acara:-


Tarikh : 25 May – 5 June 2016

Masa : 10:00 pagi – 10:00 malam

Lokasi Ground Floor, Centre Court (Old Wing), 1 Utama Shopping Centre

Apa yang lebih menarik, kemunculan Camaro Chevrolet eksklusif yang juga dikenali sebagai Bumblebee turut akan dipamerkan pada pada 26 Mei bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.

Selain itu dengan setiap pembelian barangan Transformers di pameran tersebut, kita juga boleh melibatkan anak-anak kita dengan kepelbagaian aktiviti menarik.  Ini termasuk Fastest Fingers Challenge  terbuka untuk  kanak-kanak berumur 8-12 tahun boleh mengambil bahagian dengan pembelian minimum RM120 (dalam satu atau dua resit). Cabaran ini memerlukan mereka untuk memasang kembali Transformers dalam masa yang paling pantas. Pemenang setiap sesi cabaran akan membawa pulang Generations Combiner Leader yang bernilai RM249.90.

Manakala dengan pembelian minimum RM80 dalam dua resit, untuk kanak-kanak yang  berusia 5 hingga 12 akan mempunyai peluang untuk menyertai  Dynamic 5 Challenge, yang mana mereka perlu membawa watak Transformer dalam kumpulan. Permainan ini direka untuk menggalakkan kerja berpasukan dan menanam sifat  kepimpinan dalam diri. Antara watak Transformers seperti; Optimus Prime, Bumblebee, Sideswipe, Grimlock dan StrongARM. Semua pemenang dalam aktiviti ini berpeluang membawa balik hadiah Transformers. Selain itu  anak-anak juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama figurin Bumblebee dan Optimus Prime setinggi 10 kaki!


Dan banyak lagi aktiviti yang menarik!! Jangan lupa terjah uollls :=)

Untuk maklumat lanjut boleh layari di laman Facebook Hasbro Transformers.


No comments: