Sunday, May 15, 2016

Beat of La Donna By Rina Salleh

Jenama Rina Salleh mula bertapak mencari peluang perniagaan pada tahun 2009 menerusi laman media sosial Friendster ketika itu. Atas sambutan yang menggalakkan Rina Salleh mengorak langkah satu ke hadapan lagi apabila pada tahun 2010, laman sesawang www.rinasalleh.com ditubuhkan bagi memudah urusan jualan dan pembelian secara talian.

Seterusnya 2 tahun selepas itu, Rina Salleh mula mengukuhkan jenamanya dengan membuka butik fizikal yang pertama bertempat di Seksyen 7 Shah Alam pada 1 Disember 2012.

Jenama Rina Salleh Clothing telah memperkenalkan busana muslimah yang sangat mementingkan penjagaan aurat, namun rekaan tetap mengekalkan keanggunan dan esklusif. Antaranya seperti jubah, baju kurung, blaus, skirt, selendang dan banyak lagi.

Puan Norazrina Mohd Salleh bersama suaminya (orang kuat Rina Salleh Clothing)

Cetusan idea dalam setiap rekaan adalah bermula dengan gaya yang diminati oleh pengasasnya iaitu Puan Norazrina Mohd salleh. Namun dengan memahami kehendak pasaran yang banyak mempertengahkan beberapa gaya hijabista yang lebih trendy, Rina Salleh tidak ketinggalan memperkenalkan siri rekaan yang diminati kebanyakan pelanggannya.

Yang lebih menarik, terdapat rekaan Rina Salleh Clothing yang sesuai buat ibu-ibu yang sedang menyusukan anaknya. Jadi, secara tidak langsung pakaian koleksi Rina Salleh ini juga praktikal buat semua tidak kira buat gadis dan juga ibu-ibu yang suka bergaya,


Antara rekaan terkini dari koleksi Beat of La Donna Rina Salleh yang digayakan oleh peragawati.

Sekali imbasan rekaan terkini dari siri Beat of La Donna by Rina Salleh.

Hawa Suit
Set jubah berseluar yang elegan gayanya terutama dari segi potongan nampak esklusif di pinggang. Saya sangat suka potongan seluarnya yang agak lebar dibawah, seakan pallazo. Rekaan ini sesuai wanita korporat di luar sana :)

Dania Kurung
Kurung moden namun potongan tetap longgar di bahagian pinggang. Saya suka potongan ini. Dikemaskan dengan gaya tali pinggang bersama aksesori bunga. So lovely! Kurung dengan 2 lapisan di hadapan memberi kelainan berbanding mana-mana fesyen kurung moden yang terdapat di pasaran.

Scarlett Dress
Jubah potongan lurus, rekaan seperti Rhianna Dress tapi apa kelainannya corak di fabrik dan warna pilihan adalah berbeza. Motif pada fabrik lebih kepada kerawang bunga. Elegan dan anggun terutama buat pemakai yang tahu menggayakan busana ini dengan gaya tudung yang lebih hijabista.

Rhianna Dress
Jubah potongan lurus dengan cetakan porselin majolica china klasik yang sesuai digayakan untuk semua acara. Sesuai wanita yang meminati citarasa klasik tapi tetap kelihatan anggun mengikut peredaran zaman.

Hawa Suit
Jubah dengan potongan ringkas. Sesuai untuk digayakan dalam semua bentuk acara, dari pergi ke pejabat ataupun menghadiri makan malam. Mereka yang sukakan sederhana dan elegan, nah rekaan ini adalah solusinya.

Alice Kebaya
Kebaya! Rekaan lama yang masih dikekalkan sehingga ke saat ini. Apa yang membezakan adalah jenis fabrik, warna dan cara pemakai menggayakannya. Saya sukakan rekaan Alice Kebaya ini yang mempertengahkan gaya kain yang kembang serta potongan kebayanya yang tidak melekat di badan.
Roselyn Dress
Jubah potongan lurus, tapi didatangkan dengan warna yang kontra. Saya suka gabungan warna yang dipertengahkan pada setiap jubah, ianya menampilkan ciri-ciri berani bagi pemakainya.

Rania Dress
Jubah potongan lurus yang hadir dengan corak bunga berantai.


Ruby Dress
Rekaan feminin dan versatil yang mempertengahkan corak klasik dengan cetakan "damask"- cetakan yang berada di kedua-dua bahagian. Di bahagian lengan dengan cetakan geometri yang warna-warni.

Fashion Show!!!

Jangan lupa dapatkan koleksi Raya Rina Salleh - Beat of La Donna di:-

www.rinasalleh.com

Ataupun di butik:-
1. Seksyen 7 Shah Alam
2. Bandar Baru Uda JB
3. Bangi Sentral Bangi Selangor
4. Gio Mall Kuantan

2 comments:

nadialadzim said...

Rina Salleh mmg dah lama....lawa2 baju dia..

AyuArjuna BiGoshh said...

NADIA- akk pun suka rekaan bahu dier....memenuhi syariat