Saturday, May 7, 2016

Gayakan Bokitta Hijab Syawal Ini

Salam berhunjung minggu :)

Bokitta Hijab bukanlah sebuah jenama yang baru bertapak di Malaysia, malah jenama popular ini merupakan pelopor koleksi instant shawl atau pin-less shawl sejak beberapa tahun yang lalu. Ketika semua hijabista masih sibuk bereksperimen dengan gaya lilitan hijab kontemporari yang modern, Bokitta Hijab memasuki pasaran dengan membawakan koleksi pin-less hijab yang cukup inovatif dan praktikal. Koleksi pin-less hijab keluaran Bokitta ini membolehkan para wanita memakai tudung dengan amat mudah tanpa menggunakan sebarang brooch atau pin tudung. Setiap koleksi shawl hadir dalam dua bahagian iaitu bahagian inner dan bahagian luar tudung. Si pemakai hanya perlu memakai inner terlebih dahulu dan kemudian menyarungkan bahagian luar tudung dengan begitu sahaja. 

Mudah bukan?

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, apa kata anda melayari laman web ZALORA Malaysia dan lihat koleksi shawl Bokitta Hijab yang cukup menawan ini. Temui aneka pilihan warna menarik dan corak-corak yang terkini untuk anda gayakan bersama persalinan baju raya anda.



Kekal selesa sepanjang Syawal dengan mengenakan koleksi instant shawl Bokitta Hijab yang diperbuat dengan menggunakan fabrik-fabrik terpilih yang tidak panas dipakai. Bukan itu sahaja, fabrik-fabrik ini juga mudah dibentuk pada muka dan percayalah, koleksi Bokitta Hijab  ini memudahkan pemakaian hijab anda. Selamat menyambut Hari Raya bersama Bokitta Hijab!

No comments: