Tuesday, May 31, 2016

Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 di Me'nate

Siapa yang tidak mengenali Me'nate Steak Hub, rangkaian restoran yang cukup popular dengan hidangan dagingnya. Pelbagai bahagian daging kambing dan lembu dimasak cukup sempurna dengan keunikkan caranya yang tersendiri menjadikan restoran ini menjadi tarikan penggemar daging!

Istimewanya untuk ramadhan kali ini Me'nate Steak Hub telah memperkenalkan beberapa menu baru sebagai pilihan tambahan bagi mereka yang datang untuk berbuka di sini bersama keluarga mahupun rakan-rakan tersayang.

Terdapat 4 kategori menu istimewa yang diperkenalkan dan ke semua menu ini didatangkan bersama Nasi Me'nate dan pelbagai sos (home made). Antaranya seperti:-

1. HEAVENLY BEEF
2. HEAVENLY LAMB
3. HEAVENLY CHICKEN
4. GROUP STEAK

Oh ya! Apa yang istimewa tentang Nasi Me'nate?
Ianya menu istimewa dari dapur Me'nate menggunakan Beras Basmati istimewa yang diimport khas.

Untuk menu hidangan dalam kategori  'HEAVENLY", ianya boleh dinikmati antara 4-6 orang. Dan istimewanya ianya didatangkan dalam pinggan yang sangat besar (sebesar dulang) dan pastinya ianya memberi suasana imarah (kemakmuran) apabila cara berbuka dengan menikmati hidangan perkongsian seperti ini :p

1. HEAVENLY BEEF

Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Short Ribs

Peminat bahagian ribs, ini adalah hidanagn yang boleh saya disyorkan buat anda.Makan bersama Nasi Me'nate memang memberi kepuasan dan kekenyangan setelah seharian kita berpuasa, apatah didatangkan bersama daging ribs yang begitu lembut isinya.

Harga : RM 300 (4-6 orang)

b. Wagyu Spare Ribs
Bahagian daging yang menjadi kegemaran buat peminat/pemakan daging yang tegar. Setelah mencuba daging wagyu ini baru saya sedar mengapa ianya begitu diminati. Rasanaya yang 'juicy, isi pejal tetapi tetap lembut serta mudah untuk dikunyah. Didatangkan bersama hidangan nasi Me'nate menjadikan menu ini lengkap untuk berbuka.

Harga : RM 400 (4-6 orang)


3. HEAVENLY LAMB

Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Lamb Shoulder

Peminat daging kambing? Bolehlah mencuba hidangan 'lamb shoulder' ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Dimasak cukup sempurna bersama rahsia sos perapan yang cukup enak menjadikan hidangan berbuka puasa cukup luar biasa. Menikmatinya sedikitpun saya tidak mengenalinya sebagai daging kambing, ini kerana tiada bau hamis yang biasanya akan ada dalam hidangan daging jenis ini. Superb.

Harga : RM 350 (4-6 orang)


b.Lamb Shank
 Jenis bahagian kambing yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Ianya merupakan daging di bahagian kaki  belakang, yang dikatakan mempunyai isi yang cukup empuk dan sesuai untuk dibuat stik ataupun dibakar.

Harga : RM 350 (4-6 orang)

3. HEAVENLY CHICKEN


Hidangan ini memang WIN di hati saya. Sebab saya pemakan ayam yang tegar. Tapi serius, saya memang begitu gemarkan ayam gril istimewa dari Me'nate ini. Rempah perapannya memang enak dan unik.

Harga : RM 99 (4-6 orang)


4. GROUP STEAK


 Pilihan kepada stik daging lembu atau kambing dan ayam gril. Didatangkan bersama ;-
- Sos
- Salad
- Coleslaw
- Mashed potato
- Aglio E Olio /Nasi Me'nate.

 Ini adalah Aglio E Olio!

 Close up gambar rangkaian daging yang ditawarkan, antaranya seperti lamb shank, ribs dan ribs eye.

 Harga : RM 80(per pax) - minuman order 4 pax

Chef patron yang bertanggungjawab memastikan hidangan terbaik yang bakal disajikan kepada pelanggan-pelanggan Me'nate Steak Hub.

Sepanjang bulan ramadhan juga, semua pelanggan bakal disajikan secara percuma :-
- Bubur lambuk Me'nate
- Buah-buahan
- Kurma
- Air (free flow)

Ok, uoolls...Janagan lupa untuk merasai keenakan hidangan dari Me'nate Steak Hub di mana-mana cawangan seperti dibawah:-

SETAPAK
Starpac Point
Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur

************

AMPANG BRANCH
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu
Taman Shuet Liang
Ampang Jaya 
Selangor

*************

BANGI BRANCH
No 25 Jalan Medan Pusat 2d 3b
Curve Business Park
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

*************

Untuk RSVP :

019-3911047
019-4771047
019-2611047

Joms Me'nate!

6 comments:

mama tisya said...

meriah menu nya..tk smp2 lg nk try menu di menate ni...nanti nk try juga la singgah ada kesempatan

AyuArjuna BiGoshh said...

mt- mmg meriah :)

Nur Misnan said...

Wow.. do you liked menate?
Never try menare b4 tapi dgr dr kawan ada yg kata sedap dan ada yg kata so so.. well tekak memasingkan. Lain rasanya. Bg kak no sedap jer kalau dah dapat makan. Kekekeke...

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

AyuArjuna BiGoshh said...

kak no--- tu la ada yang kata sedap..ada kata biasa2...tapi ayu cukup sukakan masakan daging me'nate..dier unik sikit..kak no kena cuba makan kat sini ni :)

normi- alhamdulillah mmg sedap kena dgn selera tekak ayu :)

Maha Mahu said...

Wow suka makan kat Me'nate ni kan nanti datang lagi lah hehehehe..