Kempen "Love Food Hate Waste"

pic: Mr Google
"LOVE FOOD HATE WASTE"- kempen yang mendidik masyarakat untuk lebih peka terhadap isu pembaziran yang semakin berleluasa sekarang dengan mengambil kira beberapa langkah mudah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Seperti yang kita maklum, sisa domestik harian sahaja dianggarkan 33,000 tan yang mana lebih kurang sebanyak 0.44kg sisa yang dijana oleh setiap orang setiap hari. Yang mana kuantiti sisa makanan dianggarkan 15,000 tan setiap hari ini dianggarkan bersamaan kuantiti makanan yang diperlukan oleh 10 juta manusia..

OMG!!!!


Dan yang paling terkesan apabila pereputan sisa makanan di tapak pelupusan akan menghasilkan gas metana. Secara tidak langsung gas metana yang merupakan gas rumah hijau ini boleh mengakibatkan pemanasan global dunia.

Jadi, kesedaran tentang perlunya kita menghargai makanan tanpa sebarang pembaziran perlu ada dalam diri. Beberapa langkah bijak perlu diambil bagi memastikan makanan yang kita nikmati setiap hari tidak membazir dan dibuang tanpa rasa kesal.


Sumber dari Google.com

8 cara yang terbaik (termasuk 6 yang diatas) yang boleh kita amalkan bagi memastikan kita tidak melakukan pembaziran makanan setiap hari. Dan saya rasa 8 cara yang saya amalkan sangat membantu saya dan ahli keluarga lain untuk sama-sama mengurangkan pembaziran makanan setiap hari.

Antaranya:-

1. Beli apa yang perlu
Setiap kali untuk keluar berbelanja. Kita boleh senaraikan barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu. Selain daripada pembelian lebih sistematik, kita juga dapat mengawal perbelanjaan kita pada setiap kali keluar membeli.


2. Masak atau membeli makanan mengikut kesesuaian isi rumah dan bersederhana
Jika kita tinggal berdua. Jangan memasak seperti hendak dinikmati enam orang ramainya. Sama juga ketika kita membeli makanan di kedai. Ambil untuk sejumlah (portion) secukupnya, jangan rasa tamak hendak ambil banyak tanpa memikirkan risiko pembaziran akan berlaku. Selain itu elakkan juga pembelian secara pukal, melainkan kita memang memerlukan jumlah makanan yang banyak untuk acara tertentu seperti perayaan hari raya, jamuan dan sebagainya.

Sumber dari Google.com

Ini sekaligus apabila kita berhemah dalam mengatur perbelanjaan makanan, kita juga dapat menggandakan penjimatan seterusnya membolehkan kita menyimpan dalam tabungan!

3.  Menikmati hidangan sehingga licin
Di dalam Islam sendiri menggalakkan kita makan sampai licin. Oleh yang demikian, sila amalkan makan makanan yang dihidangkan sehingga licin. Jadi untuk memastikan kita mampu makan sehingga licin maka perkara no.2 seperti di atas perlu diambil kira. Kita perlu ambil dan makan mengikut keperluan dan bukannya sebab kerana nafsu semata-mata.

4. Simpan makanan berlebihan jangan buang dan hasilkan makanan lebih kreatif atau panaskan semula
Andai kata makanan yang dimasak berlebihan. Jangan dibuang. Sebaik-baiknya kita simpan di dalam peti sejuk bagi membolehkan kita memanaskan semula apabila kita mahu menikmatinya kembali. Dan paling terbaik jika kita jemu untuk menikmati hidangan yang berlebihan itu tadi. Kita perlu jadi lebih kreatif dengan menghasilkan hidangan unik yang lain.

Sumber dari Google.com

Contoh dari hidangan kuah kari kita jadikan rendang. Panaskan untuk satu tempoh, cuma tambahkan beberapa bahan sampingan lain seperti kerisik, serai dan sebagainya. Sehingga terhasillah rendang.

Begitu juga dengan lebihan kuah ikan asam pedas, kita oleh jadikan sambal ikan masak pedas :=)
Saya dah cuba ya dan ternyata hidangan baru yang dihasilkan dari lauk lebihan benar-benar menjadi dan rasanya tetap sama.

5. Bercucuk tanam
Kenapa pentingnya bercucuk tanam? Selain daripada faktor ekonomi iaitu tentang harga makanan yang semakin menaik. Kita perlu sedar dengan bercucuk tanam kita boleh mengurangkan masalah pembaziran penggunaan bahan mentah yang kerap dialami oleh masyarakat kita hari ini. Terutamanya bahan-bahan sebagai bahan rempah yang kita gunakan sedikit sahaja dalam masakan.

Sumber dari Google.com

Contoh: Nak masak kari. Jadi kena letak daun kari. Kalau kita ke pasar atau ke kedai, kita tidak boleh membeli daun kari  dalam bilangan berhelai2. Sekurangnya seplastik daun kari yang harus kita beli.


Dan daun kari ini tidak boleh tahan lama waima ianya disimpan didalam peti sejuk. Ianya akan kering dan mereput. Bila ianya sudah mereput, akhirnya kita akan buang daun kari itu ke tong sampah. Dan ini adalah satu pembaziran!

6. Sentiasa mengemas-kini stok makanan di rumah
Mengemaskini stok makanan kini terutama dalam peti ais. Sentiasa semak apa barang makan yang berada dalam peti ais ini bagi mengelakkan kita lupa menggunakannya dalam masakan.
Sumber dari Google.com


Selain itu...

Sumber dari Google.com

Hasilkan hidangan mengikut bahan apa yang ada dalam peti ais. Jangan sia-siakan bahan makanan, bahkan jika kita tahu masak dengan betul hidangan yang dihasilkan tetap menyelerakan.

7. Sentiasa semak tarikh tamat tempoh makanan!
Penting sangat untuk kita sentiasa menyemak tarikh luput makanan. Terutama makanan yang kita beli banyak bilangan stoknya. Ini bagi memastikan kita sempat menggunakan bahan makana tersebut sebelum ianya luput. Nanti rugi dan membazir pula apabila terpaksa membuang makanan yang tidak digunakan dek hanya kerana ianya sudah tidak selamat dimakan :(

Sumber dari Google.com

8. Aktif Melibatkan Diri Dalam Kempen Kitar Semula dan 3R
Pengguna bijak faedahnya banyak. Bukan hanya kita boleh bijak dalam mengawal diri dari pembaziran bahkan, kita juga perlu sentiasa menyokong usaha kerajaan dan pihak berkanun dalam melestarikan bumi kita ini.

Sebagai contohnya:-
Elakkan diri setiap kali keluar membeli makanan menggunakan styrofoam tetapi kita bawa sendiri bekas makanan kita sendiri.

Dari pembacaan saya dari sebuah artikel yang dikongsi di internet, styrofoam bahaya kerana:-

A. Gas CFC (chlorofluorocarbon) yang digunakan untuk menghasilkan styrofoam boleh menipiskan lapisan ozon, secara tidak langsung ianya boleh menyebabkan pemanasan global.

B.Styrofoam juga dihasilkan oleh elemen styrene yang diproses bersama bahan kimia dikenali sebagai benzana. Dan seperti yang ketahui unsur dari benzana boleh menyebabkan banyak penyakit.

Dan banyak lagi keburukan akibat menggunakan styrofoam ini terutama apabila ianya digunakan sebagai pembungkusan makanan.

Kitar semula sampah yang dibuang. Asingkan sampah mengikut jenis seperti kertas, botol kaca dan plastik. Ini kerana sampah-sampah ini masih berguna dan kita juga boleh bantu pihak berkuasa untuk melakukan aktiviti kitar semula.

Kompos tanah untuk hasilkan galian tanah yang kaya nutrien seterusnya membantu kesuburan serta tumbesaran tumbuhan dan sebagainya.

Pelbagai langkah yang boleh kita buat dan libatkan diri bagi memastikan isu pembaziran makanan tidak berlaku dalam kehidupan harian. Apa yang penting kena ada semangat kesungguhan untuk memulakan langkah yang bijak dengan menyertai kempen "LOVE FOOD HATE WASTE".

Sumber dari Google.com

Dan saya juga suka nak kongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan semasa bulan Ramadhan. (Klik pada rajah diatas untuk imej lebih jelas)



Sebagai langkah lebih proaktif  Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) telah memulakan Kempen"LOVE FOOD HATE WASTE" yang mana akan melibatkan 16 "lifestyle and food blogger" untuk sama-sama berusaha menyebarkan tentang pentingnya menangani isu pembaziran makanan yang berlaku dalam aktiviti harian masyarakat hari ini 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan;

"Dianggarkan kira-kira 15,000 tan hingga 33,000 tan pembaziran adalah hasil daripada sisa makanan, dan 60% dari pembaziran makanan sebenarnya boleh dielakkan sekiranya masyarakat mengetahui cara yang betul untuk menyimpan, merancang mengikut penggunaan isi rumah"

Tambah beliau lagi;

"Media sosial hari ini telah diiktiraf sebagai medium yang sangat berkesan untuk menyebarkan mesej yang positif kepada orang awam.  Dan Alam Flora telah memilih untuk memanfaatkan platform berguna ini dengan menganjurkan  Kempen "Love Food Hate Waste", dengan harapan dapat mengurangkan pembaziran makanan di tapak pelupusan."

 "Dan sememangnya kejayaan mengurangkan pembaziran makanan memerlukan penyertaan dan usaha daripada semua lapisan masyarakat, dan diharapkan melalui kempen ini akan adanya perubahan terutamanya impak kepada alam sekitar"

Keterangan lanjut boleh layari:-



#lovefoodhatewaste
#alamflorasdnbhd
#klbloggershunt2016
Kempen "Love Food Hate Waste" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 16, 2016 Rating: 5

13 comments:

  1. Great post on educating everyone on loving your food & reducing food waste!

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak Ayu kita makan kena makan juga tapi jangan bazirkan support korang semua...

    ReplyDelete
  3. kannn mesti ada sikap jangan membazirrr

    ReplyDelete
  4. bulan puasa ni lagi kena control kan kak..smua tengok pun nak tapi pastu buang jer..haihh..tak sabar nk tggu rabu ni..nervous! hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Bila menyentuh bab pembaziran makanan ni, kita boleh naik angin tau

    ReplyDelete
  6. saya mmg jenis sayang makanan....kalau tgk makanan tak habis, pastu terbiar dan akhirnya ke tong sampah, rasa sedih sgt...rasa macam membazirnya! penat cari duit, ada makanan, di buang2.... saya lah selalu jadi tong sampah bergerak..sbb tu gemok...kekekeke...

    ReplyDelete
  7. nak follow boleh
    Smile to Love Food
    Kill to Hate Waste

    ReplyDelete
  8. enjoy tomorrow.. semoga memberi manfaat kepada semua

    ReplyDelete
  9. kesedaran yang perlu ada dalam minda rakyat Malaysia.. Keep support!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.