Monday, May 30, 2016

Kesedapan Ikan Patin Masak Tempoyak Yang Tiada Bandingan di Restoran Temerloh Catering!

Masakan ikan patin masak tempoyak antara hidangan menjadi kegemaran sejak saya mula mengenali ikan patin. Masakan yang begitu popular dari Temerloh ini sememangnya begitu membangkitkan selera apatah ianya dinikmati bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan serta tempoyak.

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, apabila saya dijemput untuk merasai sendiri masakan ikan patin di Restoran Temerloh Catering yang sememangnya cukup sinonim dan popular dengan hidangan tradisi orang Temerloh. Restoran Temerloh Catering  merupakan antara restoran masakan melayu yang sentiasa penuh dengan pengunjung yang rata-ratanya merupakan masyarakat setempat dan tidak kurang juga pengunjung yang tinggal luar dari kawasan restoran.

video
Keunikkan masakan ikan patin tempoyak dari Restoran Temerloh Catering, bukan sahaja terletak pada cara penyediaan yang menggunakan resepi asli dari Temerloh. Bahkan yang paling penting pemilihan ikan patin untuk dimasak adalah yang betul-betul segar dan terpilih dibawa khas  dari Bandar Temerloh itu sendiri.

 Di Restoran Temerloh Catering , ada menawarkan pelbagai jenis ikan patin mengikut pilihan pengunjungnya. Setiap jenis ikan patin dijual adalah pada harga yang berbeza ianya bergantung mengikut harga pasaran ikan patin semasa. Terkini harga ikan patin masak tempoyak di restoran ini seperti dibawah :-
  • Ikan patin buah - RM29
  • Ikan patin sangkar - RM12
  • Ikan patin mas - RM22
Untuk harga jenis ikan yang lain, seperti:-
  • Ikan baung - RM18
  • Ikan kerai - RM12 / 100gm
  • Ikan jelawat - RM12 / 100gm
Masak lemak ikan patin yang menggiurkan,
Sekali cuba terus lekat dalam ingatan!

Selain daripada masakan ikan patin masak tempoyak, terdapat juag lauk-lauk lain yang tidak kurang hebatnya. Antaranya hidangan masak lemak seperti di bawah, yang boleh menarik minat mereka yang tidak gemarkan tempoyak tapi mahukan hidangan masak lemak yang enak.
Ikan kerai masak lemak :)

Ikan keli masak lemak mengancam juga rasanya!

Apa yang menarik di Restoran Temerloh Catering  ini, harga untuk setiap lauk dipamerkan dengan jelas dan di tempat yang betul bagi memudahkan pelanggan untuk melihatnya. Jadi pelanggan boleh memilih hidangan yang ingin dinikmatinya tanpa rasa was-was tentang harga.

Masakan bergoreng ini juga antara yang menjadi feveret pelanggan-pelanggan yang datang ke sini. Ikan yang digoreng garing tetapi masih mengekalkan rasa manis ikan ini benar-benar menyelerakan. Saya sendiri sudah merasai ikan kerai goreng di sini. Dengan isinya yang begitu tebal dan manis, memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Pelengkap hidangan yang dinikmati bersama ulam-ulaman. Di Restoran Temerloh Catering turut menawarkan pelbagai jenis sambal mengikut kesukaan pelanggan mereka. Dan saya sendiri, haruslah menikmati sambal tempoyak! Memang kaw kaw rasa pedasnya :=)

Untuk hidangan lengkap, kita juga boleh memilih pelbagai masakan sayur di sini. Antara yang mendapat perhatian adalah sayur campur goreng.

ABC yang warna-warni begitu menambat hati. Dengan pelbagai manisan, ais krim diatasnya berserta kepalan ais dan menikmatinya ketika cuaca panas ternyata memang syok! Selain itu, saya juga telah mencuba air jus dari buah-buahan seperti 'fresh oren' dan air jagung. Rasa kedua minuman ini juga tidak kurang hebatnya, memang terbaik!

Selesai menikmati lauk ikan patin masak tempoyak, maniskan mulut anda dengan rasa tapai di sini. Serius tak menyesal. Rasa lemak manis yang sedang-sedang memang antara rasa tapai yang sedap pernah saya cuba.


Masakan kampung resepi tradisi,
Dari Temerloh ianya diwarisi,
Masak lemak patin tempoyak tetap diminati,
Di Restoran Temerloh Catering boleh temui!

Kesedapnnya sehingga ke sisa kuah pun enak dihirup begitu sahaja. Tidak terasa pedas, cukup manis dan masam begitu seimbang sebagai masakan lemak tempoyak. Di masak pula bersama ikan patin yang segar, isi kekal manis, tidak berderai serta tiada bau hamis.

See, budak ketot ni makan penuh selera. Menambah banyak kali pulak tu :p

Ok, uollls apa kata cuba sendiri masakan ikan patin masak lemak dan juga hidangan lain yang enak-enak di Restoran Temerloh Catering . Buat masa sekarang terdapat 3 cawangan, antaranya:-

35-G, Kedai D'Wangsa, 
Jalan Wangsa Delima 12, 
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
03-4141 5044
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi - 8 malam)

************

4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi, Selangor
010-206 9590
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi - 8 malam)

*************

 2-G Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 
 40000 Shah Alam, Selangor
 03-5523 2972
Dibuka setiap hari (8.30 pagi - 6 petang)

**************
Untuk keterangan lanjut, boleh juga layari FB PATINiers ya!

P/S: Untuk bulan Ramadhan, restoran ini akan mula beroperasi seawal jam 3 petang dan berakhir pada pukul 8 malam.

POH PALEH SEDAK AMAT!


5 comments:

Shiqin Sunshine said...

tengok gambar ni rasa nak makan lagi~~

AyuArjuna BiGoshh said...

shiqin....kan heheheheh

Sally Samsaiman said...

sedap gilaaa ikan patin...selalu rasa ikan kecik, tak sedap sebab berbau hanyir...tapi ini mmg sedap gila!

Maha Mahu said...

Ya Allah sedapnya Ikan Patin Tempoyak memang kegemaran kita.. Bangga kejap jadi orang Pahang hehehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

sally- kan sedap gilerrr hehehe


maha- sedap popalihhh uu