Thursday, May 12, 2016

Koleksi Glam Raya Esklusif di Tesco


Untuk tahun 2016, Tesco Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi antara Tesco dan juga selebriti serta kartunis popular di Malaysia bagi menghasilkan koleksi pakaian esklusif bersempena dengan Hari Raya tahun 2016.


Apa yang lebih menarik untuk koleksi Glam 2016 ini turut melibatkan  Rozita Che Wan, ikon selebriti yang begitu diminati terutama dari segi citasaranya terhadap dunia fesyen. Koleksi Rozita Che Wan didatangkan 10 jenis rekaan yang menampilkan warna-warna yang meneyerlah seperti merah, kuning neon, purple. hijau emerald, hijau mint, dusk pink, hitam dan putih. Untuk koleksi kali ini, kebanyakan rekaan diberi sentuhan bersama  kain lace mengikut kesesuaian.

Bergaya dengan koleksi Rozita Che Wan pastinya membuatkan anda lebih glamor dan bergaya pada hari raya nanti. Koleksi ini akan berada di 20 Cawangan Tesco yang terpilih, dan kita boleh juga mendapatkannya di laman web Lazada. Semua koleksi Rozita Che Wan ditawarkan pada harga bermula dari RM299 sepasang.

Selain daripada Rozita Che Wan, turut sama dalam koleksi glam di Tesco ini adalah kartunis Ujang. Seperti yang kita maklum kartunis Ujang sememangnya popular sejak beliau mula diperkenalkan di dalam Majalah Gila-Gila, dan seterusnya di Majalah Apo dan sehinggalah menjadi karikatur mantan di Majalah Ujang.

T-shirt yang bukan hanya ditawarkan kepada golongan dewasa bahkan saiz kanak-kanak turut dijual. Kolesi istimewa Ujang ini bakal berada di pasaran bermula 20 Mei 2016 ke atas.

Terdapat 6 jenis rekaan (samada lengan pendek dan panjang) yang dijual pada harga serendah RM25.90 sehinggalah RM35.90

Sopan digaya menarik rekaannya,
Koleksi Mak Cun sememangnya cukup sempurna.

Berinspirasikan rekaan baju melayu tradisional. Peneraju utama Mak Cun iaitu Erma Fatima telah mengangkat kembali rekaan tradisional dengan memperkenalkan 4 jenis pakaian dan 4 jenis rekaan tudung. Antara rekaan yang digunakan dalam koleksi Mak Cun seperti baju kurung kedah, baju kurung pahang, kebaya dan kebarung dengan variasi pilihan warna. Rekaan ini akan berada di Tesco dengan harga tawaran diantara RM89.90- RM199. Jangan lupa dapatkan uolls.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Tesco juga ada memperkenalkan beberapa koleksi Sejati dari Tesco. Terdapat juga pakaian sedondon seisi keluarga yang boleh digayakan bersempena dengan acara koleksi Glam Raya esklusif di Tesco.

Pelbagai rekaan  (baju kurung, baju melayu, jubah dan sebagainya) ada ditawarkan dan ianya sesuai digayakan untuk majlis keraian, santai dan sebagainya, Harga adalah bermula dari RM29.90 sehingga RM189.90. Koleksi Sejati ini akan berada di 55 cawangan Tesco dan juga Lazada.


Pelancaran koleksi Glam Raya esklusif di Tesco bertambah meriah dengan kehadiran pelakon dan pengarah terkenal iaitu  Erma Fatima, pelakon Betty dan juga Umi Aida sebagai peneraju utama untuk drama Mak Cun di TV3 yang sedang ditayangkan.

Sesuatu yang lebih memikat, bedak sejuk Makc Cun yang kini sudah mula ditawarkan di pasaran.

Keterangan lanjut boleh layari www.tesco.com.my dan www.lazada.com.my (untuk sebarang pembelian secara online)

5 comments:

Sizzling Suzai said...

ohhhh kat sni la dpt bedak MOK CUN tu!!!!!!!!!! hahahhaha terbaek la kak! haha sebenanye ptg smlm sy ke tesco tu tgk ek ade ape la sni upenye ade mok cun!! hehehe suke gak cte tu haha

AyuArjuna BiGoshh said...

suzai...aah dapat kat sini ler hahahahaha...

lia ummiirfan said...

bestnya.. boleh try tengok nie mana yang berkenan dihati. 😍😍😍

AyuArjuna BiGoshh said...

lia- klu ayu minat yg rekaan mak cun hehehe

Anonymous said...

Tesco mana yer ada baju during che ta.