Friday, May 27, 2016

Menjejaki Transformers Di One Utama

Peminat Transformers pasti menantikan saat ini. Di mana mereka akan berpeluang melihat sendiri karakter ini ruang legar Old Wings One Utama bermula dari 25 Mei - 5 Jun 2016. Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan pada yang sama kita boleh memenangi hadiah yang ditawarkan. Bestkan!

Antara petikan ucapan Ms Kelly Yip, Pengurus Jenama Hasbro Toy (Malaysia) Sdn. Bhd.;

"Today's event embodies what all of us here at Hasbro strive for - to deliver a compelling storyline of our brands to engage our consumers and fans anywhere, anytime and across any platform. With TRANSFORMERS. we are committed to Creating The World's Best Experiences through bridging the fundamental need to play and conection for children and families around the world." 

Yang menarik sepanjang acara TRANSFORMERS, disini, turut diadakan pameran figurinTransformers dari puak Decepticon dan Autobot.

Dari pelbagai saiz, pelbagai bentuk. Memang menarik!

Selain itu, kita juga boleh mendapatkan pelbagai barangan TRANSFORMERS yang dibawakan khas oleh Toys R' Us dengan harga yang menarik.

Antaranya seperti:-
 
t-shirt, pelbagai corak, warna dan saiz

Koleksi figurin TRANSFORMERS :=)
Peminat TRANSFORMERS pasti teruja dengan pelbagai tawaran figurin di sini!

Terdapat juga pelbagai peralatan alat tulis, bekas makanan TRANSFORMERS

Beg sekolah pelbagai saiz.

Patung (soft toys) dan bantal mini yang comel.

Kasut pun ada ya!!!!

Oh ya! Dengan pembelian minimum RM80 dalam dua resit (max), kanak-kanak yang  berusia 5 hingga 12 tahun boleh menyertai  Dynamic 5 Challenge, yang mana mereka perlu membawa watak Transformer dalam kumpulan. Permainan ini direka untuk menggalakkan kerja berpasukan dan menanam sifat  kepimpinan dalam diri. Antara watak Transformers seperti; Optimus Prime, Bumblebee, Sideswipe, Grimlock dan StrongARM. 

Contoh permainan Dynamic 5 Challenge adalah seperti di bawah:-


Selesai bermain di semua stesen...

Bolehlah ke Kaunter Penebusan yang disediakan di sini.

Pastikan kita dapat semua cop di setiap stesen (seperti kad di atas) dan sekaligus berpeluang membawa balik hadiah Transformers!


Dengan sebarang pembelian barangan di sini, membolehkan anak-anak kita menyertai aktiviti di booth ini ~bermain permainan di atas talian :=)

Seperti my Afiq yang begitu teruja bermain permainan di sini. Agak menarik kerana permainan ini menggunakan watak-watak dalam TRANSFORMERS.

Saat yang dinantikan. Kemunculan Bumblebee dan Optimus Prime serta kehadiran Chevrolet esklusif edisi Bumblebee yang mencuri perhatian pengunjung disini.
Gah! Itu yang mampu ucapkan ketika pertama kali melihat kereta Chevrolet ini. Seperti melihat di layar TV, kini ianya berada di depan mata saya :=)

Siapakah yang tidak terujakan!!
Berkesempatan mengambil gambar bersama Optimus Prime pasti tidak akan lepaskan. Apatah lagi watak Optimus Prime antara yang paling saya minati di dalam cerita Transformers.

Bumblebee in da'' house. yawww

Chevrolet Bumblebee bersama kesayangan :p

Hokeh gaisss..

Jangan lupa tau bawa anak-anak bersemepena dengan cuti sekolah ini ke Old Wings One Utama dan menyertai pelbagai aktiviti menarik . Sekalgus uolls juga berpeluang mendapatkan variasi barangan TRANSFORMERS yang menjadi idaman sekian lama :p

Untuk mengetahui tentang aktiviti yang  bakal diadakan sepanjang acara TRANSFORMERS  boleh klik pada link post saya sebelum ini ----> http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/05/autobots-rollout-jomterjah-1-utama.html

Let's RRRumble....

No comments: