Sunday, May 29, 2016

Merealisasikan Kempen Sharing Smiles Mamee Bersama Neffos di Bukit Broga


 Kempen "Sharing Smiles with Mamee"  di Bukit Broga memberi kejutan kepada pendaki bukit gah ini pada hujung minggu yang lepas. Seawal jam 5.00 pagi, kaki Bukit Broga sudah dipenuhi dengan ratusan warga kota yang bersedia untuk menakluk puncak paling popular di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Biarpun hujan seawal pagi, tidak sedikit memberi masalah kepada peminat pendaki Bukit Broga. Tujuan mereka hanyalah satu, supaya berjaya sampai ke puncak Bukit Broga dan menikmati pemandangan matahari terbit dipuncak tersebut. Bukan itu sahaja, cuaca yang agak sejuk dan berkabus serta pemandangan yang cantik menjadikan puncak Broga ini semakin menjadi
tumpuan ramai.
 Pendakian ke puncak Bukit Broga kali ini agak berbeza dari sebelumnya kerana kali ini lebih dari 500 orang pendaki Bukit Broga dikejutkan dengan kehadiran maskot Mamee Monster dan juga Mister Potato di atas puncak Bukit Broga. Blooggers Media sebagai penganjur dengan kerjasama
penaja utama Mamee Double Decker (M) Sdn Berhad serta Neffos Malaysia, kali ini membawakan sesuatu kelainan di puncak Broga.Projek Smiles, satu program sosial dan kemasyarakatan
perkongsian produk halal Mamee hingga ke puncak Broga untuk diagihkan secara percuma kepada semua pendaki. Usaha pasukan Projek Smiles membawa hampir 10 karton makanan dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Broga, bukan satu yang mudah.

Pemenang Utama yang memenangi hadiah telefon pintar NEFFOS


"Projek Smiles ini adalah inisiatif Blooggers Media bersama beberapa penaja utama termasuk Mamee Double Decker, TP-LINK Neffos Malaysia dan Santai Travel untuk berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia. Mamee kali ini menyumbangkan 10 karton snek terbaik mereka untuk diagihkan percuma kepada sesiapa sahaja yang berjaya sampai di punca Bukit Broga." kata Rosmadi Shakri, Pengarah Projek Smiles.

"Bukan setakat itu, TP-LINK Neffos Malaysia juga turut menaja 3 set telefon pintar Neffos untuk Cabutan Bertuah. Satu dari smartphone hebat ini diberikan percuma kepada Pemenang Bertuah di puncak Bukit Broga sebagai salah satu sokongan mereka untuk warga kota dalam aktiviti sihat
seperti ini" tambah beliau. pertama saya lihat aktiviti agihan makanan percuma seperti ini. Syabas
kepada Projek Smiles, Mamee dan Neffos." En Shaiful Amin, Kajang.
 Moga pada masa akan datang akan ada lebih banyak aktiviti sihat seperti ini apatah lagi ianya kalaborasi yang hebat antara pihak yang terlibat dalam media sosial dan syarikat-syarikat gergasi diluar sana!

2 comments:

Mama Darwiish said...

wahhhh bestnya mencabar fizikal dan mental :-)

AyuArjuna BiGoshh said...

mama darwish--- bestkan :)