Monday, May 9, 2016

US Fries & Burger Fiesta!

Untuk tahun 2016 kali ini U.S. Potato Board telah menganjurkan "US Burger & Fries Fiesta yang berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Mei 2016. Sepanjang kempen fiesta ini dijalankan, 19 kafe berger yang popular di Lembah Klang akan memperkenalkan ciptaan unik mereka dengan menggabungkan kentang US dan burger :)

Tidak dinafikan burger adalah salah satu hidangan 'makanan segera' paling digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Begitu juga dengan kentang goreng, rata-rata rakyat Malaysia sememangnya tahu bagaimana untuk menghargai dan merasai hidangan dari kentang dengan cara yang paling terbaik. Jadi tidak hairanlah, dari segi penggunaan per kapita, Malaysia adalah pasaran nombor satu kentang US di pasaran Asia Tenggara.

Antara sebab-sebab mengapa US dapat menghasilkan kentang goreng yang terbaik:-

  •  penanaman menggunakan suhu yang ideal
  •  penanaman menggunakan 'solid soil' 
  •  kemudahan pemprosesan state-of-the-art  dengan kepakaran tertentu
  • pemprosesan hebat (contain high “solids” and low sugar content)
Ke semua ciri-ciri diatas adalah penting untuk menghasilkan produk kentang yang terbaik dari segi bentuk , rasa dan tekstur.


Sinonim dengan burger dan kentang goreng tidak dapat dipisahkan bahkan kedua menu ini adalah saling melengkapi untuk kepuasan gastronomi manusia. Paling menarik buat peminat kentang di  di Malaysia, mereka kini mempunyai peluang untuk menikmati yang hidangan terbaik gabungan kentang goreng US dan burger bersempena dengan 'US Fries & Burger Fiesta!'.

Adalah tujuan fiesta ini diadakan adalah untuk menguji dan mencabar  kekreatifan kafe/restoran yang terlibat untuk menghasilkan persembahan terbaik hidangan kombinasi berger dan juga kentang US. Dan salah satu acara kemuncak Fiesta ini adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri jenis. potongan dan cara gorengan kentang US yang berbeza-beza. 


Antara outlet/kafe/restoran  yang terlibat bersama hidangan ciptaan, adalah seperti dibawah:-  


No
Outlet
Nama Hidangan
1
Big Hug Burger
·         Nasi Lemak Burger
·         Grilled Buffalo Chicken Burger
2
Brooklyn B-Venture
·         Philly Cheese Steak
·         Deli Chicken
3

Chequers

·         Moo
·         Spicy Cajun Chicken
4
Choo Choo Chicken
·         Choo Choo Cham Chi Chicken
·         Choo Choo Bulgogi Burger
5
Crazy Bites
·         Teriyaki Rooster Bites
·         Honolulu Ox Bites
6
Fatboy’s The Burger Bar
·         The Breakfast Stack
·         The Meaty Mania   
7
Hide & Seek Cafe
·         Signature Pork Burger
·         Juicy Chicken Burger
8
Junkyard Burger
·         Lamb Tzatziki BURGER
·         Texas-Hold Me Burger
9
KGB
·         Santa Fe Burger
·         Frito Pie
10

Kulcat Bariror

·         Green Chilli Locos
·         Double Trouble
11
Melur & Thyme
·         Mushroom Swiss Beef Burger
·         Smoked Duck Sandwich
12
Mini Mini Café

·         Roasted Chicken Burger
·         Ox Bites Burger
13
My Burger Lab
·         A+ Burger 
·         Beautiful Mess
14
The Card Cafe
·         Card Café Crispy Fish Burger
·         Card Café Signature Chicken Burger
15
The Grind Burger
·         Grind House Burger
·         JD Burger
16
The Burger Factory
·         Beef Burger On Fire
·         Burger Factory Signature
17
Swensen Cafe
·         Double Cheese Beef Burger
·         Swensen’s Ultimate Chicken Burger
18
Carl’s JR 
·         Chili Cheese Fries
·         Chili Cheese Burger
19
Tryst Cafe
·         Pancake Chicken Burger
·         Cheese Potato Wedges

Terdapat juga peraduan Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang US dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan hanya memuat naik gambar anda bersama #USFries&BurgerFiesta  

4 comments:

mama tisya said...

blum pernh lg rs roti beger yg color itam tu

AyuArjuna BiGoshh said...

mt- charcoal... rsnya sama dgn berger lain, cuma ianya nampak lebih unik :)

lia ummiirfan said...

menarik kempen ini ye..

AyuArjuna BiGoshh said...

lia- jom join