Vono ErgoBed Blue YangTerbaru!

Dengan slogan “Lebih Dari Penjagaan Tulang Belakang”, Vono yang merupakan peneraju utama tilam penjagaan tulang belakang telah melancarkan ErgoBed Blue, siri terbaru yang menampilkan perlindungan tulang belakang. Selain iu Vono juga telah memperkenalkan  bilik pameran mudah alih mereka iaitu The Vono Blue Truck, yang akan mengelilingi sekitar pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang bermula dari bulan Mei hingga Ogos 2016.

“Apa pun pilihan anda, Vono mempunyai tilam yang sesuai untuk gaya hidup anda. Vono akan terus berusaha dan berkembang dalam mengikuti era pasaran semasa. Untuk pengguna yang inginkan kepelbagaian produk, kami membawakan bukan sahaja  tilam biasa tetapi tilam yang mempunyai sistem penjagaan belakang dengan ciri-ciri estetika, digabungkan menjadi satu. Kami gembira Maya Karin terlibat dalam reka bentuk siri ini bersama kami kerana beliau mempunyai bakat yang hebat dalam  fesyen dan reka bentuk. Beliau telah memberikan pendapat yang sangat berguna dalam menentukan keseluruhan rupa dan rasa tilam ini,” 


kata Michael Teoh, Pengarah Urusan Hilding Anders Malaysia Sdn Bhd 

. “Kerana sifat semulajadi tugas saya, saya telah meneroka secara meluas dan dapat berkongsi pengalaman saya untuk membantu menentukan apa yang terbaik dan juga dapat menyumbang kepada tidur yang baik dan tenang. Bekerjasama dengan jenama terkemuka yang mempunyai kepakaran lebih daripada 100 tahun dalam penjagaan tulang belakang membuatkan kita satu pasukan yang hebat, jadi anda tahu anda dapat yang terbaik, "kata Maya Karin
.
Ketiga-tiga model siri ErgoBed Blue keluaran Vono ini telah menampilkan Pocketed Intalok 1200 Springing System yang merupakan dawai keluli tegangan tinggi,  gegelung khas dan ditenun dalam corak yang saling interlock untuk sokongan badan yang teguh dan mampu menyerap pergerakan badan untuk tidur tanpa gangguan.


Tilam Vono ErgoBed Blue dicipta oleh pakar ergonomik dan disahkan oleh AEH (Pusat Ergonomis di Switzerland). Ianya menggabungkan penyelidikan dan teknologi terkini yang mengutamakan 7 zon utama untuk memberi sokongan ideal kepada 7 zon badan. Dengan kemunculan Sistem Intalok ini memberikan dua kali ganda spring dengan dua lapisan lateks yang berkualiti tinggi,. Jadi tidak hairanlah Vono adalah jenama yang boleh kita percayai untuk penjagaan tulang belakang yang lebih baik.



 Rekabentuk ergonomik dengan 7 zon dan Lateks memberi sokongan ideal kepada 7 zon badan. Selain itu penggunaan fabrik SaniGuardTM  adalah bahan tidak berbahaya seperti Zink Pyrithione yang dirumus untuk  menghalang pembiakan debu hama dan alahan, sekaligus ia memberikan kita  tidur yang selesa dan bersih.

 ErgoBed Biru kini boleh didapati dalam saiz Single, Super Single, Queen dan King. Harga pasaran bermula dari RM1199 sehingga RM2799.


Semasa pelancaran itu , tetamu telah dibawa melawat  bilik pameran yang unik iaitu The Vono Blue Truck.

The Vono Blue Truck adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan akan berjalan selama tiga bulan bermula 27 Mei 2016 ke 21 Ogos 2016 ke pelbagai lokasi di seluruh Lembah Klang. Orang ramai boleh melihat sendiri perbezaan siri baru ErgoBed Blue apabila berpeluang melawat  The Vono Blue Truck di lokasi-lokasi berikut:
Tesco Mutiara Damansara, 27 Mei
AEON AE2 Setiawangsa, 3 Jun
Tesco Extra Shah Alam, 4 Jun
Giant Banting Mall, 10 Jun
AEON Bukit Tinggi Klang, 11 Jun
Giant Shah Alam Mall, 12 Jun
Tesco Bukit Beruntung, 17 Jun
Tesco Setia Alam Mall, 18 Jun
Tesco Puchong, 24 Jun
Giant Subang Jaya Mall, 25 Jun
AEON Metro Prima Kepong, 26 Jun
Tesco Kepong, 1 Jul
Tesco Rawang, 2 Jul
Giant Bandar Puteri Puchong, 15 Jul
Tesco Extra Ara Damansara, 16 Jul
AEON Alpha Angle, 17 Jul
Tesco Extra Ampang, 22 Jul
AEON Mahkota Cheras, 23 Jul
Tesco Extra Cheras, 24 Jul
Giant Cheras Mall, 30 Jul
AEON Taman Equine, 31 Jul
Giant Putra Height Mall, 5 Ogos
Tesco Semenyih, 6 Ogos
AEON Seremban 2, 12 Ogos
Tesco Extra Seremban Jaya, 13 Ogos
Tesco Nilai, 19 Ogos
Sepanjang tempoh pameran bergerak mudah alih ini, anda juga boleh menerima hadiah-hadiah percuma yang istimewa dengan pembelian tilam Vono dari The Vono Blue Truck.

Jom untuk tidur yang lebih selesa!
Vono ErgoBed Blue YangTerbaru! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 28, 2016 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.