Thursday, June 23, 2016

Beg Kasih Yang tak Berapa Kasih...Hahahaha

Sompetlah achik menjoinkan diri aktiviti ini 2 hari sebelum puasa. Itupun sebab lokasi pertamanya di Giant Shah Alam. Dan paling penting ianya bukan bulan puasa, sebab achik mudah capek so memang mempunyai tahap kemalasan paling tinggi untuk berlari-lari dalam keadaan berpuasa. Kihkhkih

Since lokasi pertama so ramai yang tak alert lagi. Tapi dari segi pengurusan P&G terurus sikit berbanding tahun lepas. Achik datang dalam kul 12 lebih still dalam 20 lebih. Kalau ikutkan kuota dalam 50 untuk setiap sesi. Pukul 1 PIC dah start kasi nombor giliran. Pun tak ramai lagi orang datang join. Sampai pihak P&G banyak kali jugaklah buat iklan untuk jemput pelanggan Giant join sekaki. Huhuhu

Pukul 2 tepat acara pun bermula. Tapi untuk sesi tahun ini, banyak gila syarat-syarat baru. Yang paling penting setiap begi perlu ada 7 barang WAJIB - shampoo + perapi, downy, febreeze, Oral B, Joy dan Dynamo. Yanngggggggggggggggg lagi best rak-rak barang ni kat GIant Shah Alam jauh juga antara satu sama lain.....Adehhhhhhhhhhhh

Tak ada 7 barang diatas boleh disqualified ya. So memasing dah menggelabah. Dalam masa 3 minit kena grab sebanyak mungkin dan lari ke garisan penamat. Tapi saya perasan juga..beg KASIH dier dah makin kecik....Huhuhuhu....Kena memang terror susun dan amik jenis barang yang mahal baru berbaloi.
Tadaaaaa....ini jer mampooooo...
Redho jer..memandangkan ramai lagi yang terDQ akibat tak cukup syarat dan juga tak kembali dalam 3 minit.

Bolehlah 50 hengget dapat cenggini punya barang kannn...Saper nak kasi..huhu

TQ jugakler P&G....
Hiks

3 comments:

mama tisya said...

oh syarat byk ye...aritu tersinggah giant bt caves..tgk tk rmi juga...tp sbb nk cpt..tk terjoin..not bad gk la brg2 di rembat tu

ibnu marzuki al firdaus said...

Practice make perfect. N 1 family boleh join asalkan alamat Berbeza. P lah tukar kat jpn sat

ibnu marzuki al firdaus said...


https://m.facebook.com/mal.berkat.7/posts/pcb.1549499585357504/?photo_id=1549499038690892&mds=%2Fphotos%2Fviewer%2F%3Fphotoset_token%3Dpcb.1549499585357504%26photo%3D1549499038690892%26profileid%3D100008924318501%26source%3D49%26refid%3D17%26_ft_%3Dtop_level_post_id.1549499585357504%253Atl_objid.1549499585357504%253Athid.100008924318501%253A306061129499414%253A2%253A0%253A1467356399%253A-4357782526000709713%26cached_data%3Dfalse%26ftid%3Du_g_2&mdf=1 incase u wanna share t n c pic to others :)