Saturday, June 11, 2016

Dream Big Princess Amani!

Amani Shadrina adalah seorang kanak-kanak yang sangat ceria dan manja. Punyai cita-cita mahu menjadi seorang doktor dan pada masa yang sama sangat suka dengan dunia masakan. Biarpun baru berusia 6 tahun, Amani sudah mula minat dan bakatnya terutama dalam aktiviti yang melibatkan seni.

Apa sahaja aktiviti yang melibatkan seni, beliau sangat bersungguh untuk mencuba. Dari aktiviti melukis, mewarna dan membuat kraft dengan senang hati beliau akan melakukan sehingga berjaya.

Jiwanya yang penyayang, suka membahagiakan orang bukan sahaja ditunjukkan dengan kasih-sayang sahaja. Baginya menyediakan sesuatu yang istimewa seperti hidangan enak-enak juga boleh membahagiakan orang. Tidak hairanlah kenapa Amani sentiasa bersungguh-sungguh apabila membantu saya di dapur :)

Gadis kecil periang ini suka sangat didandan rambutnya. Adakalanya suka berimaginasi dirinya sebagai tuan puteri yang memiliki rambut yang panjang dan disukai ramai orang. Hahahahahha

 Selain dari aktiviti seni, Amani juga seorang kanak-kanak yang sukakan cabaran. Mungkin juga disebabkan beliau dikelilingi adik beradik yang kebanyakan lelaki, sedikit sebanyak mempengaruhi dunia lasak dalam peribadi dirinya.

Anak bapak dulu, kini dan selamanya. Amani adalah antara anak yang sangat rapat dengan ayahnya. Buah hati yang sentiasa menceriakan kami sekeluarga.

Melihat karektor Amani saya dapat lihat, ciri-ciri Princess Rapunzel ada dalam dirinya :p

RAPUNZEL
Personality:
Rapunzel is the definition of the modern girl. Artistic and passionate, Rapunzel makes do with her sheltered, tower life by constantly keeping herself wrapped up in all kinds of crafts and activities, creating beautiful paintings and more. However, her highly curious and adventurous nature makes her yearn to discover what life is like outside of the tower. In order to do so, she turns a bad situation to an advantageous one and learns how to assert her dominance to achieve her dreams. By following her heart, she even manages to inspire the customers of the Snuggly Duckling pub to chase their own dreams!


Moga apa yang diimpikan oleh Amani untuk menjadi seorang doktor agar dapat membantu ramai orang luar disana tercapai. Impiannya tulus anak kecil ini untuk membahagiakan semua orang dan memberi nilai yang baik kepada masyarakat. Yang penting kena berani dan bersungguh dalam setiap apa yang diusahakan dan diinginkan.

Ok, ekceli posting saya kali ini adalah bersempena dengan peraduang yang dianjurkan oelh pihak Disney Channel iaitu....


Disney telah melancarkan “Dream Big, Princess”, satu gerakan antarabangsa yang mendorong gadis-gadis di mana jua untuk yakin pada diri sendiri dan mengejar impian mereka dengan keberanian, keazaman dan penuh kasih sayang. Kempen 3 tahun ini menonjolkan ciri-ciri murni setiap Disney Princess yang ingin diterapkan dalam gadis-gadis masakini.    


Disney Channel telah memilih empat gadis berbakat di Asia Tenggara yang menonjolkan kualiti unik ini. Dari Malaysia, Aaliyah Hanifah, juara luncur air berusia 13 tahun akan berkongsi kisah semangat dan kesungguhannya dan bagaimana Disney Princess kegemarannya Ariel (dari filem “The Little Mermaid”) telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencapai impian besarnya. Video ini akan disiarkan di Disney Channel bermula 8 Jun.   



“Disney Channel adalah tempat kelahiran filem dan siri televisyen Disney Princess kegemaran ramai dan cerita-cerita yang tak lapuk dek zaman tentang pengembaraan, keberanian dan kebaikan untuk mengajar gadis-gadis erti kecantikan sejati. Kami harap Aaliyah Hanifah, seperti juga Disney Princess kesayangannya Ariel, akan memberi inspirasi dan memperkasakan gadis generasi baru untuk mencapai apa yang mereka impikan,” kata Natasha Malhotra, Pengurus Besar, Media dan Kandungan Berjenama, The Walt Disney Company Asia Tenggara.

Selain itu siri video yang ada disiarkan di Disney Channel ada juga menampilkan kisah penyanyi/artis YouTube Jannine Weigel (Ploychompoo) berusia 16 tahun dari Thailand, peluncur ais bersemangat Sofia Guidote berusia 14 tahun dari Filipina, dan pemenang berbakat Junior MasterChef Indonesia berusia 14 tahun Syifa Hasan (Afaf) dari Indonesia. Mereka berkongi kisah dan puteri yang telah memberi inspirasi kepada mereka untuk berjaya mencapai impian mereka.
Kanak-kanak di Asia Tenggara juga boleh mendapat inspirasi daripada Disney Princess kegemaran mereka melalui pertandingan Disney Channel “Create a Dream”. Dari 1 hingga 30 Jun, mereka boleh melayari www.dreambigprincess.asia untuk mencipta ‘Dream Meme’, cara kreatif untuk mereka meluahkan inspirasi besar mereka menggunakan imej, ikon dan font Disney Princess. Semua ‘Dream Meme’ kemudiannya akan diabadikan ke ‘Dream Wall’ di laman web tersebut. 

Meme paling kreatif dan penuh inspirasi bakal memenangi koleksi lengkap patung Disney Princess oleh Hasbro setiap minggu dan juga ...



Hadiah Utama – percutian sekeluarga yang menyeronokkan ke negara Jerman untuk 4 orang termasuk lawatan dan penginapan di istana.


An Adventures by Disney 9 days/8 nights package tour for a family of four (4) to Germany which includes:
  • Return flights to and from the winner's home country.
  • Accommodations for the entire duration, including an overnight stay at a fairytale castle.
  • Guided tours and transfers within Germany, including a visit to the famed Neuschwanstein Castle, which served as inspiration to the iconic Disney castle from Sleeping Beauty.

Peminat juga boleh mendapat rangkaian lengkap produk patung Disney Princess oleh Hasbro di semua pusat membeli-belah di Malaysia. Pada 25 Jun, penonton Malaysia boleh menonton filem Tangled untuk melihat impian Rapunzel menjadi kenyataan di Disney Channel (Astro Ch 615). 

#DreamBigPrincessAsia

No comments: