Friday, June 3, 2016

Finding Dory di Sunway Putra Mall

Heve you seen her?
...
DORY....!!!!


Bersempena dengan tayangan FINDING DORY yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Sunway Putra Mall juga turut sama memeriahkan dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung-pengunjungnya.

Untuk menyertai acara ini, pengunjung cilik khasnya perlulah membuat pendaftaran terlebih dahulu di kaunter pendaftaran. Dan mereka akan diberikan satu kad tugasan.

Ada 3 check point yang perlu diterjah. Antaranya, di sini yang mana pengunjung cilik boleh menyertai aktiviti mewarna lukisan darai karakter FINDING DORY.

Setelah selesai satu aktiviti, 1 cop akan diberikan pada kad tugasan.

Di sini pengunjung kecil perlu mencari ikan DORY yang hilang sebanyak yang mungkin. Selesai mendapatkan ikan DORY yang dicari, satu cop akan diberikan di kad tugasan.

Aktiviti yang mendidik anak-anak tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Di sini apa yang perlu dibuat oleh pengunjung kecil, mereka harus mengutip sampah menggunakan joran.

My Amani yang excited membuat tugasa yang ketiga ini :=)

Selesai sahaja ketiga-tiga tugasan, pengunjung cilik boleh mendapatkan hadiah istimewa khas FINDING DORY.

Terdapat barangan cenderamata FINDING DORY yang turut dijual disini. Jadi, peminat ikan comel ini bolehlah mendapatkan barangan esklusif di booth-booth di ruang legar Sunway Putra Mall.


Jom sertai aktiviti menarik FINDING DORY;

Lokasi : Sunway Putra Mall’s Ground Floor Main Atrium
Tarikh: 27 Mei- 12 Jun 2016

Untuk lihat gambar aktiviti di sini, bole layari:-
Instagram – @Sunway_Pyramid / @ Sunway_Putramall

No comments: