Tuesday, June 7, 2016

Food Hunt di Klang Parade | Antara Yang Menarik Boleh Dicuba Bersempena Dengan Bulan Ramadhan

Seramai 12 orang blogger telah menyertai satu acara yang dinamakan Food Hunt yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Klang Parade dengan kerjasama beberapa outlet di situ. Apa yang menarik, kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan, dan masing-masing perlu menyempurnakan 4 misi yang berbeza.

Dalam setiap misi kami perlu mencuba sendiri restoran dan kafe yang terbaik disini. Sekaligus merasai hidangan-hidangan yang popular dari setiap outlet yang kami singgah.

Bestkan!

Jom baca apa yang menarik boleh kita temui di Klang Parade :=)

TEH TARIK PLACE
Kafe yang menekankan konsep santai dalam dekorasinya sememangnya sangat popular dengan minuman teh tarik. Selain itu, saya juga tertarik dengan menu makanan seperti nasi lemak, nasi ayam dan banyak lagi.

Namun di Teh Tarik Place Klang parade kali ini saya telah merasai dua snek minuman petang yang menjadi kegemaran pengunjung iaitu popiah goreng dan juga goreng pisang panas-panas.
Ni memang menjadi feveret. Sebabya selain isi popiahnya yang banyak, kulitnya juga garing, dimakan pula dengan sos yang enak. Memang tak cukup 1 ketika menikmatinya.

Pisang goreng panas-panas. Juadah minum petang yang enak perlu dicuba dan untuk bulan ramadhan.


Ada berita baik buat peminat Teh Tarik Place, bersempena dengan bulan Ramadhan ini terdapat promosi set menarik yang ditawarkan seperti diatas. memang best dan berbaloi! So, kalau uolls nak tahu lebih lanjut lagi boleh klik di laman FB Teh Tarik Klang Parade 


SPICES OF PENANG

Masakan orang Penang biasanya memang mewah dengan rasanya. Setiap hidangan disediakan dengan menggunakan rempah-rempah asli yang dimasak dengan resepi dan caranya yang tersendiri. Dan disini, di Restoran Spice of Penang Klang Parade ada menawarkan pelbagai masakan 'famous' orang Penang.


Antara air minuman yang mendapat sambutan dis ini.
Dari kiri - Dragon fruit ice blended (RM6.90), lemon ice, milo ice dan honeydew juice (RM5.90)

Dalam banyak-banyak minuman dsini, tentunta air dragon fruit yang paling win di hati saya. Sebabnya rasa-rasa masam dragon fuit dengan percikan bebola yogurt benar-benar 'refreshing'  tekak saya.
Mix fruit flavours (RM9.50)

Ais Kacang ABC (RM5.50)

Cendol (RM4.50)

Penang Rojak - Saiz Regular (RM7.80), Saiz Large (RM9.80)

RM11.90
Penang Malay's Prawn Noodle (RM11.90)

Ok, yang ini antara yang sedap di sini. Rasa pedas kari Penang ditambah denan kemanisan udang, memang kaw kaw rasanya. Sesuai untuk kanak-kanak juga, sebab rasa kari Penang yang tidak terlalu pedas.

Nasi lemak ayam sambal (RM8.90)
Untuk nasi lemak ini, ayam sambal yang disediakan memang sedap. Apatah lagi ianya disaluti sambal yang memang cukup rasa dengan pedas yang sederhana.

Banana Leaf Ikan Pari bakar Set (RM15.80)
Saya suka akan rasa sambal diatas ikan bakar ini.Dalam set ini didatangkan juga sayur kangkung goreng belacan

Ayam panggang + sambal udang set (RM17.90)
Portion agak besar dari segi lauk, tapi ayam berempah memang secukup rasa.

Chicken Maryland (RM14.90)
Hidangan yang sesuai buat kanak-kanak yang menggemari masakan ayam goreng krispi.

Char Kuey Teow (RM8.50)
Sedap. Ada udang dan taugeh pelengkap gaya masakan.

Tomyam Seefood Beehoon (RM11.90)
Ni pun antara hidangan yang memikat jiwa saya. Sebagai seorang penggemar tomyam, tak nafikan tomyam yang disediakan di Spices of Penang antara yang sedap pernah saya cuba ~manis, masam-masam pedas memang secukup rasa. Lagipun isi seafood dia memang banyak dan dimakan dengan mee hoon memang mengenyangkan.

Pattaya Fried Rice (RM8.90)


NICE SMELL
Untuk makanan ringkas atau kudapan ringgan kita boleh mencuba Cafe Nice Smell di tingkat 5 Kalng Parade. Ianya berhampiran dengan arked permainan Circus Circus dan Kedai Perhiasan dan Langsir SSF.

Saya telah mencuba kaya ball yang masih panas-panas. Memang sedap :=)

Isi jagung manis yang lemak-lemak manis rasanya.

ABC Nice Smell.

Set keropok lekor, nugget dan kentang goreng.

Waffle dengan pelbagai topping

Untuk pembelian dalam set, boleh rujuk pada gambar diatas ya.

CIRCUS CIRCUS
Jika bawa anak ke Klang Parade, jangan lupa untuk singgah di Circus Circus di tingkat 5. Terdapat banyak permainan yang boleh dicuba sambil berseronok dengan keluarga tersayang.

Antaranya seperti:-


Memang enjoy habis!!
Sakan main, bukan kanak-kanak sahaja bahkan mereka yang dewasa pun teruja!

NEXT FOOD JUNCTION
Untuk mencari kelainan dalam memilih hidangan masakan yang diingini, boleh ke NEXT FOOD JUNCTION yang terletak di tingkat 5 ini. Terdapat variasi jenis gerai/kiosk yang mnewarkan macam-macam hidangan antaranya seperti nasi ayam penyet, masakan bergoreng, claypot, masakan cina, mamak, nasi ayam dan pelbagai lagi.



Aten dengan ABC yang dibelinya. Besar dan kaya dengan isi manisan yang pelbagai. Nyummeh!!!

Hanya di food court sahaja yang kita boleh temui masakan claypot. Makan panas-panas memang terbaik lah uollls.....

Hokeh! So bulan puasa ni kalau uolls nak cuba kelainan hidangan masakan bolehlah terjah Klang Parade Selangor. Terdapat banyak pilihan restoran dan cafe yang menyediakan hidangan yang hebat-hebat dan pastinya memenuhi citarasa uolls seisi keluarga.

Jom berbuka puasa di Klang Parade!!

2 comments:

mama tisya said...

meriah ayu smua menu..dessert tu...yummm...lama tk mkn kaya ball

AyuArjuna BiGoshh said...

kannnn ayu cam nak pegi balik spices of penang