Monday, June 20, 2016

Raya Ni Mesti Cun Bersama Watsons

Rangkaian kedai runcit kesihatan dan kecantikan terkemuka Asia, Watsons, telah melancarkan kempen Hari Raya dengan tayangan muzik video ‘Raya Ni Mesti Cun’ yang dibintangi lebih daripada 20 orang personaliti terkemuka tanah air.

"Hari Raya merupakan salah satu musim perayaan yang paling penting untuk kami mendekatkan diri dengan pelanggan kami. Selain daripada inovasi produk yang terdapat di kedai rangkaian kami semasa musim perayaan ini, tahun ini kami ingin menyalurkan mesej mempersiapkan diri untuk menjadi 'cun' sempena perayaan Hari Raya ini, "kata Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia kepada sidang media.

Muzik video ini diterajui oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Mawar Rashid, Sari Yanti dan Raja Ilya di mana mereka memegang watak utama iaitu Limah Skemah, Kiah Selfie dan Siti Tudung. Dalam muzik video ini, ketiga-tiga mereka menjalani transformasi di Watsons untuk menjadi 3 wanita yang cantik. Muzik video ini diarahkan dan dihasilkan bersama oleh Urban Ads bersama-sama dengan bahagian pemasaran Watsons Malaysia. Penggambaran muzik video ini berlangsung pada bulan April 2016 di Lembah Klang.

Untuk memupuk semangat perpaduan dan pelbagai bangsa melalui muzik video ini, Watsons juga turut menjemput personaliti Malaysia lain seperti Amber Chia, Arja Lee, Dayah Bakar, Kit Mah, Monika Sta Maria, Nadia Heng, Nadine Ann Thomas, Nomad, Shuk SYJ dan Wafa de Korte.
Mawar Rashid sebagai Limah Skema didalam Raya Ni Mesti Cun music video by Watsons Malaysia.

Penggerak utama Raya Ni Mesti Cun music video bersama Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia dan Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia

Raya Ni Mesti Cun music video

Untuk setiap perbelanjaan RM20 di kedai Watsons dan secara Online, pelanggan menerima satu e-setem. Dan tambahan e-setem diberikan apabila perbelanjaan terhadap barangan jenama Watsons dan barangan jenama-jenama yang menyertai kempen ini. Cadar dan kusyen eksklusif ini dapat dibeli dengan lima e-setem bermula pada harga RM14.90.

Pelanggan-pelanggan Watsons juga dapat memberi kepada yang memerlukan melalui penebusan #KoleksiCun ini di mana dengan setiap penebusan, Watsons Malaysia akan menderma selimut kepada yang memerlukan melalui organisasi kebajikan Kechara Soup Kitchen.

"Sambutan Hari Raya adalah penting untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar
belakang. Dengan kesempatan ini juga, kami bekerjasama dengan organisasi kebajikan Kechara Soup Kitchen dalam projek tanggungjawab social ini, "jelas Caryn Loh, Ketua Pegawai Operasi, Watsons Malaysia kepada media.

Kempen Hari Raya Watsons pasti menarik kerana Watsons mempersembahkan Jualan Hebat sehingga 50% di semua kedai Watsons di seluruh negara bermula 16 Jun (Semenanjung Malaysia) dan 23 Jun (Sabah dan Sarawak).

Penggemar barangan teknologi juga boleh memuat turunkan aplikasi mobil Watsons Malaysia yang baru dan boleh didapati di Google Play Store dan Apple app Store yang menawarkan promosi menarik sempena Hari Raya. Semasa musim perayaan ini, ahli-ahli VIP Watsons yang membelanjakan RM100 minimum menggunakan kad Watsons Touch 'n Go dalam satu resit akan dapat menikmati rebat RM5. Promosi ini hanya terhad kepada 10,000 ahli pertama sahaja.

Ahli-ahli VIP Watsons boleh menyemak ganjaran di www.watsons.com.my/myrewards dan menikmati tawaran talian eksklusif di www.watsons.com.my .

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Watsons Malaysia Hari Raya, sila layari www.watsons.com.my/rayanimesticun

1 comment:

mama tisya said...

ada tgk iklan..raya ni mesti cun hehe