Seronoknya Memiliki TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion)


Superion sentiasa didorong oleh satu perkara iaitu keinginan untuk memusnahkan musuh. Matlamatnya menghapuskan Decepticons samada di atas muka bumi atau di angkasa dengan sepenuh daya habis-habisan.

Transformasi, menyerang dan memusnahkan dengan pertarungan luar biasa  menampilkan Superion Collection Pack 7-in-1 adalah sesuatu yang luar biasa. Gabungan  Silverbolt, Skydive, Firefly, Quickslinger, Raid Air dan Powerglide menjadi SUPERION menjadikan pihak Decepticons  perlu lebih berhati-hati!

Jom bersama menguasai pertempuran TRANSFORMERS dengan Collection Pack Superion Untuk pengetahuan semua TRANSFORMERS  adalah dibawa label Hasbro Toy Malaysia.


Di dalam Superion Collection Pack 7-in-1 mengandungi:-

  • Didalam 7-in-1 Superion Collection Pack terdapat 6 figur TRANSFORMERS
  • Setiap figur boleh bertukar dari robot ke jet dan sebaliknya
  • Antara figur TRANSFORMERS termasuklah Silverbolt, Air Raid, Powerglide, Quickslinger, Skydive, dan Firefly .
  • Kesemua figur TRANSFORMERS dinyatakan diatas boleh membentuk satu SUPERION (figur yang lain dijual secara berasingan)
  • Dalam pek 7 in 1 terdapat juga poster dan kad esklusif

Didalam 7-in-1 Superion Collection Pack terdapat 6 TRANSFORMERS figur

Turut disediakan manual bagi membantu semasa proses pemasangan SUPERION


Pemasangan agak mudah dan tiada yang kompleks sepanjang pemasangan. Empat orang anak lelaki saya bergading bahu memasang SUPERION dengan menggabungkan 6 figur mengikut manual yang ada disediakan.

Permainan ini disyorkan buat kanak-kanak 8 tahun ke atas. Jadi untuk usia Ameer yang baru 1 tahun, kita kena sentiasa pantau ketika beliau bermain dengan figur Transformers ya. Dikhuatiri Ameer memasuki komponen kecil didalam mulut.

Apa yang perlu mereka lakukan adalah mentransformasikan figur TRANSFORMERS dari jet ke bentuk robot.

Jadi secara keseluruhan akan terdapat 6 robot TRANSFORMERS yang terdiri daripada Silverbolt, Air Raid, Powerglide, Quickslinger, Skydive, dan Firefly!


Tadaaaaaaaa!!!!
Gah rupanya SUPERION setelah digabungkan dari 6 figur hebat TRANSFORMERS. Apa yang menarik aktiviti seperti ini mampu mendidik anak untuk sentiasa bekerjasama, belajar bekerja dalam kumpulan dan boleh bergembira dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

Produk esklusif ini dibawakan oleh Hasbro Toy Malaysia ternyata bukan hanya sekadar permainan bahkan ianya boleh juga dijadikan koleksi figur karektor animasi idaman :=)


Jangan lupa dapatkan TRANSFORMERS di pasaran!
Seronoknya Memiliki TRANSFORMERS Combiner Wars (Superion) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 28, 2016 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.