Monday, July 25, 2016

Jalinan Raya Bersama Fisherman's Friend dan Zul Ariffin

 
Sabtu 23 Julai 2016 bertempat di Holiday Villa Subang Jaya berlangsungnya sesi Jalinan Raya bersama selebriti terkenal Malaysia iaitu Zul Ariffin yang dibawakan khas oleh Fiseherman's Friend. Ini merupakan tahun kedua majlis hari raya bersama peminat Zul Ariffin yang mana setiap kali ianya diadakan memang mendapat sambutan yang hangat terutama peminat-peminat tegar selebriti ini.

Produk Fisherman's Friend adalah berasal dari England dan sehingga kini terdapat 9 perisa yang ditawarkan. Yang terkini Fisherman's Friend memperkenalkan 2 perisa terbaru iaitu 'blackcurrant'dan 'çitrus'. Apa yang menarik dengan pelbagai perisa dari Fisherman's Friend di pasaran memberi peluang lebih banyak pilihan kepada pengguna terutama di saat kerongkang mereka memerlukan kelegaan. 

Dan di majlis Jalinan Kasih ini turut ditayangkan TVC Fisherman's Man terbaru (dibintangi oleh duta Fisherman's Friend iaitu Zul Ariffin) yang turut memperkenalkan 2 perisa terbaru mereka dengan membawa tagline ~KUAT.MENYEGARKAN

Wakil dari syarikat GBA memberikan kata aluan dan seterusnya menyampaikan rasa terima kasih diatas sokongan padu terutama peminat-peminat produk Fiseherman's Friend dan Zul Ariffin.

MC yang sentiasa ceria mewarnai suasana acara :=)

Duta Fisherman's Friend, selebriti Zul Ariffin bersama VIP dan pihak pengurusan GBA.

Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur kepada tetamu yang menghadiri majlis ini. Antaranya seperti jawab kuiz secara spontan, teka dan jawab dan juga pemilihan 6 kad raya terbaik 
(yang mana peserta pertandingan seterusnya perlu menambat hati juri Zul Ariffin untuk memilih mereka sebagai antara 3 pemenang utama). 

Dan ke semua acara ada hadiahnya yang diberikan sebagai ganjaran kepada pemenang. See muka hakak yang paling bertuah di majlis ini. Pemenang kad raya tercantik dan ayat-ayat paling mencairkan hati. Memang satu dewan gamat dengan sorakan pabila kak Ziema Iarza melontarkan 'pick-up' line-nya pada Zul Ariffin. Cia-cia-cia

Memandangkan ini majlis tertutup, jadi semua tetamu yang menghadiri berpeluang bergambar selfie dengan sakannya bersama selebriti yang mereka minati iatu Zul Ariffin. Pelbagai props yang disediakan oleh pihak Fisherman's Friend bagi memeriahkan majlis sesi bergambar ini!

Dan pastinya selain daripada beraktiviti dan bertemu selebiiri, agenda makan-makan antara yang tidak mungkin dilepaskan peluang oleh semua tetamu yang hadir. Pelbagai juadah yang disediakan oleh pihak Hotel Holiday Villa dan semuanya enak-enak belaka. Antara juadah yang sempat dirasai oleh saya seperti:-

Segala beraneka manisan kuih  moden tradisional, termasukla bubur cha-cha dan puding roti yang benar-benar enak!

Rojak penang!!

Mee sup, soto, kuah odeh semuanya ada...

Masih di dalam mood raya, maka juadah seperti lemang dan ketupat wajib ada!

Rendang ayam dilupa jangan :p

Antara menu yang tersedap semalam--Nasi tomato :)

Dinikmati pula dengan kuah dalca...

Dan ayam merah...memang ohsem sesangatnya!!!

Mereka yang bertuah dan memeriahkan suasana Majlis Jalinan Raya Bersama Fisherman's Friend dan Zul Ariffin

Abang sado memang sempoi ajer. Apapun terima kasih kerana sudi melayan tetamu-tetamu anda. kihkih. Buat team Fisherman's Friend terima kasih atas jemputan moga ke temu lagi di lain-lain acara!

chewahhh....

KUAT.MENYEGARKAN.
Salam Lebaran!!!

6 comments:

Azimah Abdul Aziz said...

Waa Waa Waa X de gambar akk ngan abg SADO bersama hadiahku....Kikikikikikiki X sempat nak berselfie ngan blogger TERSOHOR ni tau.

Sherry said...

so cute last pic.

Nur Misnan said...

lawanya mama ayu.. tonggek.. kekekek

AyuArjuna BiGoshh said...

kak zie- wawawa..hahahah mng hadiah besar gitewww..dah update dah gambar hakak

sherry-- haha tq

kak nowa..hahahaha alaa..malu ahh kita hahahaha

Ayue Idris said...

kak!! ayue pinjam gmbr eh. lupa nk bg akk gmbr ngn abg sado tu...huhu

AyuArjuna BiGoshh said...

ayue- amik jer :)