Kebahagiaan Keluarga Bermula dengan Hidangan Yang Lazat

 MAGGI® CukupRasa™ dan Sheila Rusly percaya bahawa detik-detik indah bersama keluarga tercipta apabila menikmati hidangan lazat yang disediakan dengan air tangan ibu.

 MAGGI® CukupRasa™ dan Sheila Rusly menyeru ibu-ibu di Malaysia untuk memasak dengan yakin dan menginovasi resipi mereka.

MAGGI® CukupRasa™ mengumumkan usahasama dengan duta barunya, Sheila Rusly – seorang selebriti dan penerbit tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah, di sebuah upacara pelancaran semalam. Usahasama dengan Sheila, seorang isteri yang penyayang dan ibu kepada dua orang anak ini bertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu di Malaysia agar memasak dengan yakin dan sentiasa mencuba resipi-resipi baru.


Hidangan masakan di rumah menyatukan kita bersama yang tersayang. MAGGI® CukupRasa™ percaya bahawa aktiviti makan bersama-sama merupakan aktiviti terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Setiap hidangan yang disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar, air tangan ibu dan MAGGI® CukupRasa™ dijamin berkualiti dan dipenuhi dengan kasih sayang.

Namun, dengan hidup yang semakin sibuk, penyediaan hidangan di rumah menjadi semakin mencabar. Sheila adalah contoh yang baik untuk rakyat Malaysia kerana beliau mampu mengimbangkan kerjayanya sambil menguruskan keluarganya. Walaupun jadualnya begitu
padat, beliau bijak menginovasi resipi-resipinya dan sentiasa mencari jalan untuk menghebatkan lagi rasa masakannya.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Sheila Rusly yang pandai memasak dan percaya akan kepentingan memasak di rumah. Beliau adalah bukti kepercayaan kami bahawa detik-detik yang paling indah tercipta apabila menikmati hidangan yang lazat dan kami teruja untuk bekerjasama dengan beliau dalam menyebarkan kegembiraan dan mendorong penyediaan masakan di rumah. Kami berharap beliau akan terus memberi ilham kepada ibu-ibu dengan idea-idea hidangan baru yang lazat dan sihat,” kata Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.


Sheila yang turut berkongsi pandangan yang sama menceritakan bahawa keluarganya kini lebih menikmati masakannya selepas beliau menemui MAGGI® CukupRasa™, penambah perasa semua-dalam- satu yang hebat di mana setiap butiran dilengkapi dengan bawang segar, rempah-ratus seimbang dan kepadatan rasa yang membangkitkan lagi rasa apa jua masakannya. Sejak penemuannya, beliau sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kemahiran memasaknya dan mencipta resipi-resipi baru untuk keluarganya kerana MAGGI® CukupRasa™ melazatkan lagi rasa masakannya!

“Mengimbangkan masa di antara kerja dan keluarga kadangkalanya mencabar kerana jadual saya yang sibuk dan tidak menentu, namun saya sangat gembira apabila keluarga saya menikmati masakan saya di rumah. Tidak kiralah jika anda baru belajar memasak atau sudah mahir, memasak untuk keluarga bukan lagi seperti dulu setelah anda mencuba MAGGI® CukupRasa™!” kata Sheila yang turut menyeru rakyat Malaysia terutamanya yang gemar memasak untuk keluarga mereka, agar mencuba dan merasai perbezaan yang dibawakan oleh MAGGI® CukupRasa™.

Puan Sheila Rusly juga telah berbesar hati menunjukkan cara memasak 2 menu hebat iaitu ayam penyet dan juga sayur campur goreng yang enak menggunakan produk MAGGI® CukupRasa™. Memang mudah dan paling penting hasilnya memang sedap!!!

Sayur goreng campur Sheila Rusly :=) Apa yang menarik Puan Sheila turut berkongsi tip bagaimana nak memastikan sayur dimasak sempurna-->pastikan saiz potongan sayur adalah sama!.

Ayam penyet istimewa kerana dimasak dengan secukup rasa :=)

Oh ya! Sepanjang usahasama ini, Sheila Rusly akan mencipta dan berkongsi pelbagai resipi hidangan
Malaysia yang ditambah dengan MAGGI® CukupRasa™. Sesi pertemuan eksklusif, demonstrasi masakan dan lebih banyak aktiviti menarik juga akan dijalankan untuk menghiburkan rakyat Malaysia. Mereka yang ingin mencuba pelbagai resipi dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa™ boleh mendapatkannya melalui laman web atau di kedai-kedai runcit, pasaraya hiper dan cawangan runcit lain di seluruh negara. MAGGI® CukupRasa™ boleh didapati dalam pek 25g, 100g dan 300g.

Untuk pelbagai aktiviti menarik dan resipi lazat MAGGI® CukupRasa™, sila ikuti:-

Laman web rasmi MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGICukupRasaBM

Laman Facebook MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaFB

Laman Youtube MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaYT

Laman Instagram MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaIG

Laman Facebook Sheila Rusly : http://bit.ly/SheilaRuslyFB

 #MaggiCukupRasa
#MaggiMalaysia
Kebahagiaan Keluarga Bermula dengan Hidangan Yang Lazat Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 21, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. saya kalau masak sayur campur memang suka masukkan maggi cukup rasa ni. sedap!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.