Friday, July 15, 2016

Memperkasakan Bahasa Inggeris Dari Kecil


Penggunaan bahasa perantara utama di rumah antara saya dan anak-anak adalah bahasa melayu. Namun begitu, saya tidak pernah mengabaikan kepentingan untuk tahu berkomunikasi dan menulis bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan sentiasa mengaplikasikannya dalam kehidupan rutin anak-anak.

Selain daripada kaedah berkomunikasi, saya juga banyak membantu penguasaan berbahasa Inggeris anak-anak saya melalui pembacaan buku yang bersesuaian dengan kemahiran,minat dan usia mereka. Dan pastinya pemilihan buku yang terbaik adalah dari SCHOLASTIC!

Ini kerana SCHOLASTIC menawarkan pelbagai jenis pembacaan mengikut kesesuaian umur dan kemahiran kanak-kanak itu sendiri. Dengan kualiti buku yang terbaik serta penceritaan yang sesuai sekaligus mampu memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

Seperti My Yana yang usianya sudahpun mencecah 13 tahun, minatnya lebih kepada cerita bersiri dan novel remaja.
Pemilihan cerita yang mempunyai pengisian yang menarik dan sesuai dengan jiwa anak remaja sangat membantu untuk anak-anak seusia ini membaca dengan penuh minat terutama di waktu senggang mereka.

Kerana mereka sudah remaja, bahan pembacaan tanpa sebarang imej/gambar tidak menjadi masalah. Ini kerana untuk anak-anak remaja mereka lebih kepada 'content'/ isi cerita yang mempunyai jalan cerita yang hebat.

Setiap hari Yana akan membawa satu novel Inggeris ke sekolah. Ini kerana minatnya untuk membaca terutama novel Inggeris akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama ketika menanti saya mengambilnya untuk pulang ke rumah setiap hari habis waktu persekolahan. Menariknya, saya dapat lihat kemahiran  Yana dari segi menulis karya Inggeris semakin meningkat terutama dari segi idea dan juga penggunaan tatabahasa yang betul.

Seperti Akid yang berusia 11 tahun, minatnya terhadap pembacaan yang mempunyai grafik menarik seperti kartun dan animasi memang ketara. Namun pembacaannya tidak saya ketengahkan terhadap komik semata-mata. Turut diselitkan buku-buku SCHOLASTIC yang mempunyai cerita yang panjang dan juga gambar yang menarik.

Contoh yang terbaik siri Pengembaraan LEGO dari SCHOLASTIC. Seperti komik tetapi ceritanya lebih padat seperti karya novel pendek yang mempunyai ilustrasi gambar.

Seperti Amani, memang antara anak saya yang suka benar membaca. Pantang pergi ke kedai buku, pasti ada sahaja permintaan beliau untuk dibelikan sebuah buku, biarpun hanya SATU. Umur Amani 6 tahun, jadi penguasaan bahasa inggerisnya agak sederhana, hanya sangat lancar untuk kosa kata yang mudah. Jadi, saya aakn mengikuti perkembangan Amani menerusi kecekapan beliau mengeja dan saya akan mendapatkan buku yang sesuai dengan peningkatan kosa kata Amani.


Saya sangat rekomenkan bacaan dari koleksi SCHOLASTIC ini, yang mana dalam siri ini terdapat kisah kehidupan serangga dan juga haiwan yang lain.

Dan ianya juga didatangkan dalam bentuk CD yang mempunyai koleksi cerita dan lagu.

Dari koleksi sama, apabila kita lihat sendiri kualiti tulisan di dalam buku ini. Memang saya sendiri pun teruja. Pengunaan saiz yang berbeza, dan juga diselitkan dengan warna-warna yang mampu menarik minat si comel kita untuk terus membaca

Tahap umur 6 tahun, kita sudah boleh mengenalkan anak-anak kita dengan perkataan menerusi ayat-ayat inggeris yang mudah dan catchy.

Amani juga peminat koleksi Bodhi & Friends. Mungkin juga sebab Amani sukakan koleksi lagu dari Bodhi sekaligus merangsang beliau untuk membaca cerita dari koleksi ini.

Buku-buku ini pula khas buat My Ameer. Tidak dinafikan Ameer memang sudah mengenali abjad A-Z, dan juga angka 1-10. hasil pengajaran dari guru-guru di Playschool beliau.

Kelainan pada isi buku ABC SCHOLASTIC ini, bukan hanya terletak pada ilustrasinya gambar-gambarnya yang terang dan menarik. Bahkan...

buku aktiviti ini boleh mengajak anak-anak kita untuk mengenali dan mencari objek yang terdapat dalam buku yang warna-warni.

Contoh seperti abjad D- saya akan menyuruh Ameer menyebut D, dan menyuruh Ameer menunjukkan ~mana D.O.G (bunyikan DOG). Dan Ameer akan membuat carian di mukasurat tersebut dan akan menunjukkan lukisan "DOG".  

Selain itu, buku ini mampu membantu saya mengajar Ameer perkataan dan objek baru. Contoh dari anjad J - Jaguar!, Jellyfish!, Jellybeans! (yang mana Ameer selalu memanggilkan dengan nama cekelatt, hahahah....) Dan hasil tunjuk ajar beberapa kali, Ameer sudah mula mengenali perkataan dan objek baru.

Ini pula buku bacaan buat Afiq. Anak saya yang keempat ini, agak lemah sikit dalam berbahasa Inggeris. Namun beliau sangat sukakan subjek sains. Jadi, atas faktor minatnya terhadap sains, saya mendapatkan buku bacaan Inggeris bertemakan sains mudah dari SCHOLASTIC.

Gambar dan ilustrasi bertemakan objek sains sangat membantu menarik minat Afiq untuk membaca berulang-kali. Sekaligus ianya dapat menarik beliau untuk kerap membaca dan menguasai bahasa Inggeris secara peringkat-peringkat.

Membaca memang sering dikaitkan dengan jambatan ilmu. Melalui membaca bukan sahaja kita dapat mengetahui ilmu-ilmu baru bahkan sangat membantu anak-anak lebih berkeyakinan terutama dalam aspek menulis dan bertutur.

Yang terbaik kita perlu sentiasa ada MASA untuk diluangkan bersama anak-anak terutama waktu anak-anak sedang membaca. Pemilihan buku yang betul mengikut usia dan minat kanak-kanak itu sendiri sangat membantu mengilap penguasaan bahasa mereka terutama Bahasa Inggeris.

Jadi, saya sangat syorkan buku-buku dari SCHOLASTIC, dari semudah-mudah perkataan sehingga bahan bacaan yang lebih sarat dan padat, terbitan buku SCHOLASTIC memenuhi semua keperluan dan ciri yang diinginkan.

Selamat membaca!

No comments: