Saturday, July 30, 2016

Pembukaan Kaunter Mamonde Pertama di AEON One Utama!

Berukuran dalam 315 kaki persegi, kaunter Mamonde ini menawarkan 140 produk dari 32 pelbagai kategori produk yang bermula dari penjagaan kulit, alat solek dan produk penjagaan rambut. Selain daripada jualan produk, pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat tentang kulit dan produk kecantikan secara percuma.

Mamonde yang dihasillkan dari esen terapeutik bunga, yang mana  setiap pelanggannya akan mengalami  dan belajar tentang kehidupan sains bunga di kaunter Mamonde . Di kaunter ini juga seakan memberikan aromaterapi bunga di mana setiap pelanggan pasti akan 'berhenti dan merasai bau-bau bunga' yang segar. Yang kita sedia maklum sememangnya ianya baik untuk merehatkan serta menenangkan minda.


Menurut Celine Diong, Pengurus Besar Penjenamaan Mamonde Malaysia, jenama baru ini yang diilhamkan dari bunga dijangka mampu merangsang pasaran kosmetik dengan yang konsep unik dan harga yang berpatutan. Produk yang ditawarkan dari harga RM6 sehingga RM169 sememangnya mampu dimiliki untuk kaum  wanita dari semua lapisan masyarakat.

"Mamonde adalah jenama penjagaan kulit yang pertama seumpamanya yang menggunakan hanya bunga sebagai bahan utamanya ditambah pula dengan bahan-bahan semula jadi yang lain dalam perumusannya. AmorePacific telah melabur agak tinggi dalam R &D -nya untuk memastikan keberkesanan produk Mamonde terutama lembut pada kulit seperti ciri-ciri sekuntum bunga, "kata
Diong lagi.
Mamonde telah mensasarkan untuk membuka 3 kaunter lagi menjelang akhir tahun ini, yang mana untuk kaunter kedua akan dibuka di AEON Mid Valley Megamall pada September 2016.

Pada majlis itu, Mamonde Malaysia turut memperkenalkan duta jenamanya, iaitu Park Shin Hye - pelakon Korea popular yang cukup popular memainkan peranan utama di kebanyakan drama-drama hit Korea seperti The Heirs, Pinochio dan juga hit terkini - Doktor. Biarpun selebriti ini tidak hadir, namun Mamonde telah membawa penampilan khas beliau dalam video istimewa di majlis perasmian ini.

Peminat Park Shin Hye juga boleh mendapatkan tanda tangan esklusif khas di kotak terhad melalui pembelian Mamonde Moisture Ceramide Krim Light dan Krim Intense serta Cover Powder Cushion. Ianya esklusif sebanyak 150 unit sahaja.

Peminat Park Shin Hye boleh memenangi pass sesi 'Bertemu Peminat' pada bulan Oktober ini, hanya melalui cabutan bertuah setelah membuat pembelian barangan Momande.

Pelbagai tawaran menarik disediakan bersempena dengan pembukaan pertama kaunter mamonde di Malaysia.

Jangan lupa dapatkan produk Mamonde uolls!!!

No comments: