Thursday, August 25, 2016

Koleksi Pakaian Kanak-Kanak UNIQLO Yang Trendy dan Selesa!

UNIQLO , adalah gabungan daripada perkataan UNiQUE dan juga CLOTHING, yang membawa maksud keunikkan pakaian dengan kualiti terbaik, praktikal dan berinovasi mengikut trend terkini. Bermula dengan pembukaan outlet pertamanya di Hiroshima Jepun pada tahun 1984 dan kini label jenama ini semakin berkembang pesat dengan adanya 1300 outlet serata dunia.

Saya dan anak telah dijemput untuk menyertai aktiviti membina LEGO bersama UNIQLO  bersempena dengan pelancaran koleksi terbaru mereka LEGO UTs (The New Model T Lego Collection).


Yang pastinya saya bersama Amani dan Ameer begitu teruja berada di sini. Kami akan beraktiviti bersama rakan yang lain membina model LEGO, sekaligus dapat memanfaatkan masa bersama dengan melakuakn aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan.

 Lihat sahaja betapa gembiranya Amani dengan hasil pembinaan LEGO yang dihasilkan olehnya. Yang paling mengujakan, amani mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan dan tunjuk ajar dari saya!

Dan untuk pengetahuan semua, acara UNIQLO bersama LEGO ini terbuka untuk orang awam dan telah diadakan pada 28 Mei 2016 dari jama 2 sehingga 6 petang di outlet UNIQLO  1 Utama. Dan untuk menyertainya pelanggan perlulah membeli 2 helai dari mana-mana t-shirt  kanak-kanak koleksi LEGO UTs.

Cantik-cantik juga koleksi LEGO UTs dari UNIQLO ini. Rekaannya ringkas tetapi tetap menarik. Dan didatangkan dengan pelbagai warna pilihan.

Yang ini pula adalah salah satu contoh t-shirt LEGO UTs tetapi khas untuk orang dewasa.

Tetapi apa yang lebih menarik, adalah pilihan pakaian kanak-kanak di UNIQLO . Saya sangat sukakan cara susunan pakaian di sini, yang begitu teratur dan tersusun. Dan lebih mudah untuk saya membuat carian kerana setiap bahagian kanak-kanak disusun mengikut jantina iaitu perempuan dan lelaki serta bahagian koleksi pakaian bayi.

Dari pakaian kasual sehinggalah pakaian untuk majlis tertentu semuanya ada. Pelbagai pilihan warna dan corak yang tidak mengecewakan. Untuk pakaian kanak-kanak perempuan corak seperti Princess Disney, Hello Kitty antara yang mencuri perhatian saya ketika berada di sini. Terdapat pelbagai pilihan pakaian seperti dress, t-shirt, legging, skirt, baju panas dan macam-macam lagi.

Lihat sahaja aksi Amani, yang sedang melihat baju kegemarannya di cermin yang disediakan di situ. Kepelbagaian tawaran jenis pakaian di UNIQLO  menjadikan anak saya punyai lebih pilihan mengikut apa yang mereka inginkan. Ini kerana saya sentiasa memberi kebebasan buat anak saya untuk memilih baju kegemaran mereka dan sekaligus mendidik mereka untuk berani membuat keputusan dalam setiap pilihan yang ada.

Saya begitu teruja apabila bahagian pakaian kanak-kanak lelaki. Ini kerana terdapat banyak koleksi mengikut trend terkini yang sememangnya gaya ini sangat diminati anak-anak lelaki saya. Padanan baju dan seluar juga mudah untuk disuaikan kerana terdapat versatil rekaan kanak-kanak di UNIQLO . Saya sangat suka corak t-shirt dari grafik kartun yang semuanya bercorak minimalis dan comel. Terdapat pelbagai jenis pkaian yang ditawarkan, antaranya seperti seluar pendek, seluar panjang, AIRism, t-shirt, kemeja, baju panas dan banyak lagi.


Fabriknya juga sangat lembut dan selesa. Sekaligus pakaian kanak-kanak UNIQLO  ini memberi keselesaan buat anak-anak saya aktif bermain sepanjang hari.

 Rekaan yang menarik dengan warna yang menyerlah sesuai dengan konsep 'ready to wear' buat kanak-kanak moden hari ini. Seperti Ameer yang semakin bijak dalam mengeksplorasi perkara baru, pakaian kanak-kanak UNIQLO  sangat sesuai dnngan personalitinya yang aktif dan ceria.

 Begitu susah Ameer hendak membuat keputusan pilihan pakaian. Hampir semua koleksi pakaian kanak-kanak lelaki digemarinya. Dengan tawaran harga pakaian yang berpatutan, saya dapat membeli beberapa pasang pakaian buat Ameer pada bajet yang cukup menjimatkan. Hebat bukan, pakaian cantik dijual pada harga terbaik :=)

Fabrik ringan dan selesa, jadi saya tidak perlu susah hati jika anak saya Ameer bermain di waktu cuaca agak panas. Ini kerana pakaian UNIQLO menyerap peluh sekaligus memberi keselesaan dan ianya juga sesuai dipakai dalam setiap aktiviti.

Sempat juga saya melihat beberapa koleksi pakaian dewasa. Menarik juga. Apatah lagi UNIQLO  kini juga ada menawarkan kemeja labuh berserta tudung pelbagai gaya yang sememangnya rekaannya diminati hijabista di Malaysia.

Dua beradik yang begitu gembira dan teruja apabila berpeluang meilih pakaian digemarinya seterusnya dibawa ke kaunter pembayaran sebelum dibawa pulang. Tidak sabar mereka berdua ini untuk menggayakan pakaian UNIQLO  yang telah dibeli di sini.

Terima kasih UNIQLO !

Pelbagai pilihan terkini dan versatil rekaan,
Cantik digayakan keselesaan diutamakan,
Kanak-kanak bermain penuh keriangan,
Dengan UNIQLO  bertambah keceriaan!


Keterangan lanjut mengenai label jenama UNIQLO , boleh layari:-

http://www.uniqlo.com/my/store/#


3 comments:

Amanda Suria said...

Kalau rambang mata kat sini sure sapu bersih mana yg berkenan si hati kan...

Amanda Suria said...

Kalau rambang mata kat sini sure sapu bersih mana yg berkenan si hati kan...

Jueliza Jamani said...

stylo baju2 kat sini.. akak jue follow akak.. selama ni follow blog akak tak jadi follower.. hehehhe jue followes #608