Monday, August 29, 2016

NIKMATI MI TOM YAM SEAFOOD PUTIH PREMIUM YANG PERTAMA DI MALAYSIA

Semua penggemar makanan di Malaysia pasti teruja kerana mereka kini boleh memenuhi keinginan untuk menikmati masakan Tom Yam dalam keselesaan rumah mereka, dengan produk terbaru dari rangkaian premium MAGGI® –MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih! MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih telah dilancarkan secara rasmi di AEON Mall Shah Alam.

Ms. Afidah bt. Mohamad Isa, Penolong Pengurus , Aeon Shah Alam; Ms. See Tho Siew Kuan, Customer Business Manager, Nestlé (Malaysia) Berhad; Mr. Chew Soi Ping, Sales Executive Director, Nestlé (Malaysia) Berhad; Chef Wandee Na-Songkhla, co-creator of MAGGI® Royale Thai White Seafood Tom Yam; Ms. Rosalyn Simba, Business Executive Manager, Foods Division, Nestlé (Malaysia) Berhad; and Mr. Eugene Chan, Communication Director, Nestlé (Malaysia) Berhad .

MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih adalah satu olahan unik daripada resipi biasa Tom Yam yang berasal dari Thailand. Ia mempunyai perisa tersendiri dan juga merupakan yang pertama di Malaysia bagi memuaskan hati mereka yang mengidamkan rasa hidangan ini yang telah menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia.


Perisa MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih diperkaya dengan herba segar dan rempah ratus. Bersedialah untuk membawa deria rasa anda mengharungi pengembaraan yang dipenuhi dengan rasa manis dari makanan laut segar, digabungkan dengan kepedasan dari cili kering dan rasa masam dari limau purut dalam setiap sudu dengan kepekatan kuah.


Ditambah dengan daun bawang sebenar, cili dan hiasan ala-ala daging dengan mi yang kenyal, resipi ini adalah ciptaan bersama antara MAGGI® Royale dan Chef Wandee Na-Songkhla, seorang pakar masakan Thai. Selain kepakarannya dalam bidang masakan, Chef Wandee juga terkenal sebagai seorang ikon TV, penulis buku masakan dan pengasas kepada Wandee Culinary School di Thailand. Sebagai penyokong kuat Masakan Thai yang asli, Chef Wandee berharap untuk membawa rasa asli Thailand kepada rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan MAGGI® Royale.



"Tom Yam Seafood Putih Thai yang menyelerakan bukan sahaja bergantung kepada kepedasannya,. Ia merupakan sebuah dimensi deria rasa yang digabungkan dengan aroma daripada perisa pedas dan masam; dan diakhiri dengan tekstur yang ringan dan pekat daripada kemanisan makanan laut yang segar. Untuk menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh dan bermakna, anda boleh menambah bahan-bahan segar kegemaran anda seperti udang, sotong dan sayur-sayuran apabila anda menyediakan hidangan yang seimbang dengan MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih. Anda juga boleh menambahkan sentuhan peribadi untuk membuat hidangan anda lebih istimewa, " kata Chef Wandee, pakar masakan Thai yang diiktiraf oleh Paduka Yang Mulia Raja Thailand.

MAGGI® percaya bahawa kebahagiaan bermula dari rumah dan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membangkitkan sifat chef dalam diri pengguna dengan menggalakkan mereka untuk memperibadikan dan mempertingkatkan kenikmatan mi mereka dengan bahan-bahan segar pilihan tersendiri. Dengan pelbagai pilihan daripada MAGGI® Royale, pengguna sentiasa mengalami pengembaraan dan keseronokan dalam setiap suapan.


Selain daripada  MAGGI® Royale Thai White Seafood Tom Yam terdapat juga MAGGI® Royale Penang Seafood Kari dan MAGGI® Royale Daging Tumis Pedas Korea.


Untuk aktiviti-aktiviti menarik akan datang dan resepi lazat MAGGI® Royale, sila kunjungi:-

Laman rasmi MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaWBBM
Laman Facebook MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaFB
Laman YouTube MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaYT
Laman Instagram MAGGI® Malaysia : http://bit.ly/MAGGIMalaysiaIG

MAGGI® Royale Thai Tom Yam Seafood Putih yang boleh didapati melalui laman web atau pasaraya besar dan kedai runcit lain di seluruh negara.

#MAGGIRoyale
#MAGGIMalaysia

No comments: