Monday, August 1, 2016

Scott's Memperkenalkan DHA Gummies Untuk "Peneroka Kecil Bijak"

Haluuuuu!!!

Dunia kanak-kanak hari ini, sangat mencabar. Biarpun usia mereka masih kecil lagi, tapi keinginan mereka ingin mengetahu sesuatu yang baru amat tinggi. Mereka adalah generasi yang penuh 'ínquiry', suka bereksprementasi dan juga bijak mengeksplorasi.

Seperti my Ameer yang baru berusia 2 tahun...

Beliau adalah kanak-kanak  yang suka memerhati dan mempelajari perkara-perkara baru melalui pengamatan dan pengalaman. Contohnya melihat ikan besar seolah berada di dasar lautan adalah antara momen pengalaman manis dan pengajaran baru buat si kecil ini.

Melihat bagaimana haiwan ini berada dalam habitatnya serta rutinnya setiap hari. Mungkin juga kita boleh mempelajari bagaimana haiwan ini berehat seperti tidur...

Begitu juga kecantikan si obor-obor yang lutsinar...

Dan juga pelbagai kehidupan lautan yang lain yang begitu indah di pandangan mata kita...

Antara aksi teruja yang klimaks.. hahaha

Mengenali organ dan abdomen dalaman yang lain dari spesis ikan. Seperti juga kehidupan manusia, mereka juga mempunyai hati, pankreas dan sebagainya...

Ternyata di dalam setiap diri si kecil ini benar-benar dilahirkan untuk menjadi seorang peneroka yang bijak yang sering mahu mencari jawapan melalui pengalaman dan pengamatannya...

Atas keprihatinan dan keperluan si kecil itu, Scott's telah memperkenalkan satu produk inovatif yang berkhasiat buat kanak-kanak yang dikenal sebagai Scott's DHA Gummies!

Gummies yang kaya dengan DHA (asid docosahexaenoic), sejenis lemak asid Omega-3 yang penting dalam pembentukan otak dan mata, serta mempunyai vitamin D yang sangat penting untuk pertumbuhan dan pembesaran yang sihat. 

Untuk pengetahuan semua. Scott's DHA Gummies diperkenalkan sebagai tambahan kepada produk warisan Scott's Emulsion Cod Liver Oil dan ianya sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas,



Boleh didapati dalam 2 perisa iaitu strawberi dan oren dalam bentuk gummies 3 hidupan yang berbeza, dan juga didatangkan khas dengan 2 jenis pembungkusan iaitu samada dalam bentuk botol yang lebih praktikal mahupun dalam paket (untuk lebih penjimatan)


Apa yang penting gummies yang berbentuk mikro kapsul ini tidak ada rasa hanyir tetapi masih lagi mengekalkan kebaikan minyak ikan. Sekaligus dapat membantu ibu-ibu seperti saya yang sentiasa mahukan setiap anak mendapat keperluan nutrien yang secukupnya sekaligus dapat membantu dan menyokong tumbesaran mereka dengan cemerlang.

Scott's DHA Gummies kini boleh didapati di semua kedai dan pasaraya utama di seluruh Malaysia ya!

Terdapat pelbagai aktiviti menarik + peraduan serta info berguna yang telah dikongsikan di laman web:

www.scottskids.com/my
www.facebook.com/ScottsMalaysia

Nyum Nyum....

No comments: