Saturday, August 27, 2016

SUSHI SASHIMI FAMILY FEAST @ AGEHAN JAPANESE RESTAURANT HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

Hidangan Jepun sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Apatah lagi keunikkan dimakan bersama beras sushi, cuka Jepun dan juga bahan-bahan hidupan laut mentah/separuh masak . Dan ianya disediakan mengikut kaedah tradisi masyarakat Jepun.
Untuk menikmati hidangan Jepun yang enak ini, kita bolehlah mencubanya di Agehan Japanese Restaurant Hotel Grand BlueWave Shah Alam yang telahpun mendapat pengikhtirafan sijil Halal yang telah disahkan oleh pihak JAKIM.

Lebih menarik lagi, kini di Agehan Japanese Restaurant Hotel Grand BlueWave Shah Alam ada menawarkan promosi Sashimi Family Feast  yang berharga serendah :-

RM69.00 + untuk dewasa 
RM40.00 + untuk kanak-kanak (4-11 tahun)

Promosi ini ditawarkan pada cuti Umum sahaja, bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 2:30tengahari untuk makan tengah hari dan 6:00 petang sehingga 10:30 malam untuk makan malam. Semua Sushi & Sashimi, akan disediakan khas oleh Chef Muhd ​​Rizza. Antara Sushi & Sashimi  yang ditawarkan adalah seperti:-


Kepelbagaian Sushi yang ditawarkan antaranya seperti Makimono Sushi, Temaki Sushi, Nigirisushi,
Hosomaki Susho, California Maki, Tori Katsu Maki, Soft Crab Maki, Cili Padi Tuna Mayo Maki, Agehan Temaki, Tamago Temaki, Tobikko Temaki, Shake Sushi, Grill Shake Sushi, Maguro Sushi, Chuka Idako Sushi, Unagi Maki dan Avocado Maki.

Manakala hidangan Sashimi seperti Maguro Sashimi, Shake Sashimi, Tako Sashimi, Ika Sashimi, Amaebi Sashimi, Unagi Sashimi, Aji Sashimi (Mackerel), Suzuki Sashimi (Seabss), Sanma Sashimi dan Hotate Sashimi. 

Selain itu turut didatangkan dalam promosi ini kepelbagaian Pencuci Mulut dan Kek bersama minuman seperti teh hijau (panas / sejuk), Coffee & Teh dan Kordial.




Harga : RM 69.00+ (Dewasa)

RM 40.00+ (Kanak-kanak) 4 – 11 tahun

Tarikh/Hari/Day : Cuti Umum sahaja

Masa : 11.30am – 2.30pm (Makan Tengahari)

6.00pm – 10.30pm (Makan Malam)

Lokasi : Agehan Japanese Restaurant, Level 1A

Pengurus Hotel : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim

Executive Sous Chef : Chef Firdaus bin Ismail

Japanese Sous Chef : Chef Muhd Rizza bin Azhar


Adalah digalakkan tetamu yang hadir untuk membuat tempahan terlebih dahulu di Restoran Agehan Jepun di talian 03-5511 8811 ext 2623. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST.