Thursday, September 1, 2016

Belajar Seni Zentangle Dengan Afiq dan Amani | Program Anjuran Ketchup dan Ted Bakery!

Mendapat jemputan dari pihak Ketchup untuk menyertai kelas seni Zentangle bersama anak-anak tidak saya lepaskan. Apatah lagi kelas ini diadakan di sebuah kedai bakeri antara yang terkemuka di tanahair iaitu Ted Bakery di Bangsar.

Tidak dinafikan dapat memanfaatkan masa di hujung minggu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah bersama anak-anak memang menyeronokkan. Terutama berpeluang dapat mempelajari sesuatu yang baru tentang seni yang memang saya minati dari guru yang berpengalaman.

Zentangle merupakan kaedah seni yang mudah, menyeronokkan dan salah satu cara yang boleh memberi ketenangan dalam menghasilkan corak seni yang centik serta menarik. Diasaskan oleh Rick Roberts dan Maria Thomas pada tahun 2004, ini sudah mempunyai ramai pengikutnya dan tidak hairanlah Zetangle juga mempunyai aplikasinya sendiri yang boleh dimuat-turunkan ke telefon pintar.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Nicholas dari Ketchup. Oh ya! Ketchup merupakan satu komuniti yang menghimpunkan pelbagai genre pengamal media sosial seperti bloggers, instragemers, youtubers dan sebagainya. Yang mana sukakan cabaran dan sesuatu yang unik dan teristimewa terutama tentang cafe-cafe yang menawarkan pelbagai jenis hidangan yang istimewa sekitar Lembah Klang, Subang Jdaya dan banyak lagi.

Seterusnya sesi pengenalan dan sedikit informasi mengenai Ted Bakery dari pengasasnya.

TedBoy Bakeri menawarkan pelbagai jenis pastri yang memberi kebaikan semulajadi dan enak. Untuk pengetahaun semua TedBoy Bakeri adalah lahir dari cinta ~ cinta untuk roti segar dan ras kopi yang terbaik dan sudah tentunya nama bakeri ini juga adalah bersempena dengan anak pemilik iaitu 'Ted'.

Idea di sebalik program komuniti sosial hasil kolaborasi bersama Ketchup danTedBoy adalah mahu menjadikan aktiviti kekeluargaan di hujung minggu dengan berkumpul di satu sudut bakeri dan melakukan pelbagai aktiviti kraf dan seni. Dan untuk kali ini seni Zentangle Art akan diperkenalkan oleh Ivy salah seorang pelatih Zentangle yang berkemahiran.

'Kami berharap, pendekatan seni moden kaedah dari seni  zentangle ini buka sekadar dapat mempelajari kraf moden bahkan ianya merupakan satu  pendekatan kita dapat pelajari seni lukisan abstrak yang kanak-kanak juga boleh terlibat sama. Sekaligus program seperti ini dapat mengilap potensi seni yang terdapat dalam diri kanak-kanak." -  Patrina, Pemilik TedBoy Bakeri.
                                                                                             

Miss Ivy pengajar bertauliah yang telah pun mendapat pengiktirafan dari Zentangle Antarabangsa.


Setiap anak dan ibu-bapa diberikan material untuk menghasilkan seni Zentangle. Antaranya seperti:-
- 1 Black Pigma Mircon 01 (dewasa), 07 (kanak2)
- 1 mini graphite pencil'
- 1 Tortillion
- 1 Original 8.9cm Square Zentangle Tiles (untuk ibubapa)
- 1 Original 12cm x 12cm Apprentice Tiles (untuk kanak-kanak)
- 1 Local Tiles

Setiap peserta perlu menghasilkan bentuk "LOVE" (hati)di atas kertas yang disediakan.

Seterusnya bentuk hati tersebut perlu dibahagikan 4 bahagian. Oh ya! Di bahagian tengah hati tersebut perlu dilukiskan dengan satu lagi objek hati yang bersaiz kecil.

Mula menghasilkan corak pertama. Ketekunan perlu ada dalam mnghasilkan seni Zentangle ini.

Dan seterusnya. Menghasilkan beberapa corak mengikut kesesuaian dan minat kanak-kanak tersebut.

Dan ini adalah hasilnya karya my Amani dan Afiq. Cantik juga bukan :=)

Hasil karya semua peserta kelas sini Zentangle kali ini. Memang menarik.

Apa yang saya dapat belajar dari kaedah seni Zentangle ini ialah..

"Segalanya adalah BOLEH, janji kita kena terus mencuba"
"Dalam Zentangle tidak ada istilah salah atau betul"
"Kita tidak perlu memadam kesilapan dalam seni ZENTANGLE bahkan dalam seni ini juga mengajar  kita untuk mejadikan kesalahan itu sebagai asas bagi memulakan corak yang baru dengan lebih konsisten. Seperti juga dalam hidup kita, yang mana kita tidak boleh memadam kesalahan kita tetapi kita boleh teruskan hidup kita dengan mulakan hidup yang baru dengan lebih fokus dan tahu arah tujuan."


Zentangle kaedah sini yang menarik,
Mendidik diri menanamkan sifat terbaik!

Apapun terima kasih Ketchup, Ted Bakery dan team Zentangle Malaysia atas peluang yang diberikan buat saya dan anak-anak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaat :=)

www.tedboy.com
www.KetchUp.com.my 
www.facebook.com/KetchUpCommunity/

No comments: