Saturday, September 10, 2016

Cantiknya Koleksi Bellelabelle | Jom Dapatkan Bersempena Dengan FASHION BIG BRAND SALE!

Wanita dan aktiviti membeli-belah memang sukar dilepaskan. Apatah lagi pada hari ini terdapat banyak platform membeli-belah yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga jualan yang benar-benar memberi penjimatan. 

Saya sendiri jenis 'kaki shoopping' barangan online. Dan antara pilihan shopping online saya adalah LAZADA! Kenapa saya memilih LAZADA? Banyak sebab dan alasannya. Antaranya saya sukakan produk-produk yang ditawarkan oleh LAZADA sebab ianya adalah pembelian secara terus daripada pengeluar itu sendiri. Jadi dari segi originaliti produk yang dijual memang kita percayai kerana kita sebenarnya berhubung secara langsung dengan pengeluar jenama yang kita beli.

Selain itu produk-produk LAZADA terutama dari label fesyen sememangnya sangat esklusif. Contoh nya seperti seperti jenama Jovian Mandagie x LAZADA. Yang mana rekaannya ini dikeluarkan oleh butik Jovian khas teristimewa untuk pembeli-pembeli LAZADA sahaja.

Begitu juga dengan harga yang ditawarkan. Adakalanya tawaran di LAZADA memang sangat murah dan jauh lebih berpatutan, jika dibandingkan kita membeli di butik, kedai atau pasaraya yang turut menawarkannya. Bukan itu sahaja, kita juga boleh menjimatkan tenaga, masa dan keringat dengan hanya membuat pembelian dari online. Best bukan?

Memandangkan cuti sekolah akhir tahun ini, saya dan sekeluarga akan pergi bercuti. Jadi saya sedang mencari-cari pakaian yang sesuai, cantik dengan harga berpatutan untuk saya gayakannya sepanjang trip bercuti saya nanti.

Antara koleksi pakaian di LAZADA yang saya minati sejak dulu lagi ialah belle-la-belle . Saya sangat sukakan rekaan 'simple', polos tapi masih mempunyai gaya yang menariknya apabila memakainya.

Dan perasan tak? Kalau berbelanja di LAZADA ada juga voucher kod yang kita boleh gunaka untuk mendapatkan lebih potongan (rujuk gambar diatas). Berbaloi sangat ni!!!!

 Antara koleksi yang mencuri hati saya adalah koleksi baju Bellelabelle rtw, Tunic. 

Saya sukakan koleksi ini antaranya kerana baju ini agak labuh, dan sangat cantik kalau digayakan dengan
legging jeans, skirt tirus dan palazo. Mesra "Wudhuk"dan "breastfeeding", untuk ibu seperti saya sememangnya pakaian 
ini memang praktikal untuk saya berjalan bersama keluarga.

Ianya labuh, tidak terlalu mengikut potongan badan. Material dari soft crepe' jadi memakainya seharian
tidak menyebabkan saya sentiasa berasa panas dan selesa. Dan pilihan warnanya yang pelbagai, memang 
menjadikan saya rambang mata untuk memilihnya.



 Akhirnya saya memilih warna hijau emerald. Memandangkan saya belum pernah memilih koleksi  warna ini. Dan yang bestnta baju ini ada ptongan diskaun iaitu 45%. Jadi dari harga RM180, saya hanya perlu membayar RM99 sahaja. Murah bukan?


Antara gaya 'mix-match' saya dari koleksi Bellelabelle rtw, Tunic;-

Keluar santai bersama keluarga. Mungkin ke pantai ataupun makan-makan santai seafood. Jeans polos, beg sandang belakang, sandal, funky watch dan shawl!

Untuk melawat tempat bersejarah, bersiar-siar dan menziarahi ahli keluarga lain. Saya memilih skirt tirus, intant shawl, shades, dan aksesori lain.

Lepak minum kopi bersama rakan, beraktiviti bersama keluarga seperti bermain bowling dan window shopping. Saya akan memilih skinny henas, shawl bercorak, snickers, tas tangan  dan aksesori.


Banyak lagi rekaan pakaian yang menarik boleh didapati di platform membeli-belah LAZADA. Apatah lagi sekarang sedang berlangsungnya FASHION BIG BRAND SALE (flash sale!) yang memberi potongan sehingga 85%, memang rugi kalau anda tidak mengambil peluang dengan membeli pada harga yang jauh lebih murah dari pasaran. Pelbagai barangan dengan harga istimewa ditawarkan setiap hari bermula 5 September sehingga 11 September 2016.

Boleh klik link disini untuk lihat lebih promosi ya--; http://www.lazada.com.my/fashion-big-brand-sale/

Jom membeli belah di LAZADA!

4 comments:

atiehilmi dot com said...

ye.. terpaksa akui terhasut jugak nih.. hee~ kelabu bijik mata tengok murah2 nih..

Nurul Fadhilayz said...

Memang kene beli 1 untuk hari raya aidiladha nnti... Dah lah murah kat lazada...

Nurul Fadhilayz said...

Memang kene beli 1 untuk hari raya aidiladha nnti... Dah lah murah kat lazada...

Nurul Fadhilayz said...

Memang kene beli 1 untuk hari raya aidiladha nnti... Dah lah murah kat lazada...