Sunday, September 18, 2016

Penat, Tidak Bermaya Mungkin Kita Mengalami Simpton Anaemia

Kesibukan dengan aktiviti seharian memang menyebabkan kita kepenatan. Apatah lagi dalam tempoh 24 jam begitu banyak peranan yang perlu dimainkan - sebagai seorang ibu, pekerja, anak dan isteri! Biarpun saya mengambil makanan seimbang setiap hari tetapi masalah kelesuan dan kepanatan juga saya tetap alami.

Berjumpa dengan doktor adalah salah satu pilihan untuk mengetahui penyebab kelesuan yang ketara pada diri. Selain itu saya juga ada membuat rujukan dari laman web yang berkaitan dengan masalah kelesuan. Dan akhirnya yang menjumpai satu laman web yang bagi saya sangat berguna dan membantu masalah yang saya hadapi. ~www.sangobion.com.my

Yup! Saya juga telah menjawab soalan soal selidik yang terdapat di tab 'Anaemia Meter' di laman http://www.sangobion.com.my/blood-test-malaysia/. Berdasarkan umur, jantina, cara pemakanan yang diambil, punca-punce kelesuan serta keadaan mata soal-selidik ini sangat membantu samada badan saya ini mengalami masalah kekurangan darah merah ataupun tidak.

Contoh salah satu soalan soal selidik yang perlu dijawab

 Setelah menjawab ke semua soalan dan melakukan 'scan'di retina dan ini adalah hasil keputusan.

Di laman web Sangobion saya juga membaca beberapa info mengenai tentang anaemia, masalah dan cara mengatasinya. Banyak betul informasi berguna yang sangat membantu dan bagi saya ianya perlu diambil tahu oleh semua lapisan masyarakat.

*Apapun uolls, sila dapatkan juga pendapat dan nasihat daripada pegawai perubatan yang bertauliah ya!

Salah satu cara untuk menambah pigmen darah merah adalah mengubah cara diet pemakanan saya setiap hari. Saya perlu mengambil pemakanan yang kaya dengan serat dan juga zat besi. Ini kerana apabila badan kita kurang zat besi sekaligus hamaglobin dalam badan rendah secara tidak langsung kita akan menghadapi masalah kekurangan sel darah merah dalam badan. Apabila kurang sel darah merah boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan paling penting bahaya oksigen tidak akan sampai ke dalam organ badan.

Antara pengambilan makanan yang kaya zat besi yang boleh diambil setiap hari seperti:-

Pengambilan hazelnut butter organik bersama roti. Kacang seperti hazelnut kaya dengan vitamin B, fiber dan zat besi. Rasanya agak berlemak dan sememangnya menikmati untuk satu sapuan roti sudah memadai ~sangat kenyang!

Jika anda tidak berapa sukakan sapuan mentega berkacang, bolehlah mencuba menikmati kekacang sebagai kudapan seperti saya. Selain ianya boleh dianggap sebagai snek yang enak, ianya juga sangat praktikal menikmatinya untuk mengelakkan rasa lapar yang berpanjangan.

Kurangkan minuman berkafein seperti teh dan kopi tapi gantikan dengan pati air buahan seperti cranberry. Rasanya manis masam memang sedap diminum secara sejuk. Buah cranberry ini sememangnya kaya dengan vitamin C, mineral dan serat, rendah karbohidrat serta mempunyai gula asli yang rendah. Mengikut pemahaman saya setengah cawan air cranberry dikatakan  mempunyai 4 gram karbohidrat dan 2 gram serat yang mana 1/3 daripadanya adalah serat larut. Selain itu buah cranberry juga adalah sumber kalsium, magnesium, kalium dan fosforus serta vitamin A, vitamin B1 thiamin, vitamin B2 riboflavin dan vitamin B2 niasin kompleks.

Dan saya telah mengambil minuman ini setiap pagi dan malam :=)

Kismis ataupun buahan-buahan kering memang kaya dengan anti oksida serta zat besi. Kudapan seperti kismis ini memang enak dimakan begitu sahaja dan saya sememangnya berkongsi kudapan ini bersama ahli keluarga yang lain. Adakalanya saya juga menggunakan kismis sebagai salah satu bahan dalam masakan seperti muffin dan biskut.  Dan rasanya memang lebih enak!

Saya juga sangat sukakan biskut ini :=) Sedap dan mengenyangkan. Bayangkan untuk sekeping biskut ini sahaja terdapat pelbagai zat, karbo dan khasiat yang diperlukan oleh badan.

Keluarga saya memang menyukai bihun. Dan kali ini saya telah mencuba bihun dari 'Natural Red Rice Vermicelli'. Bihun yang dihasilkan dari beras merah dan tepung sago ini rasanya seperti bihun yang biasa. Cuma untuk bihun istimewa ini ianya lebih khasiat keranan menggunakan beras merah yang sememangnya sangat terkenal membantu mereka yang mengalami masalah jantung dan kencing manis.

Saya menjadikan 'Órganic Blackstrap Molasses' sebagai salah satu suplemen harian dan saya juga menambahnya dalam minuman ataupun mengambilnya satu sudu setiap hari. Ianya kaya dengan pottasium, kalsium dan zat besi.

Semua sedia maklum tentang kehebatan khasiat madu. Salah satu kelebihan madu adalah untuk menambah darah dalam badan. Banyak cara boleh menikmati madu tetapi yang paling terbaik dengan mengambil sesudu  setiap hari (menggunakan sudu plastik) dan saya pula suka menikmatinya dalam bentuk cecair minuman.

Contoh sarapan pagi yang diambil oleh saya ~sekeling roti bersama hazelnut butter dan segelas minuman air cranberry.

Selain dari mengubah diet pemakanan harian, saya juga mengambil inisiatif dengan melakukan beberapa aktiviti sihat seperti membuat senaman ringan dan juga mengambil vitamin yang dapat membantu meningkatkan sel darah merah seperti Sangobion.

Ini bagi memastikan hidup saya sentiasa ceria, sihat, cergas dan bertenaga. Paling penting bebas penyakit anaemia.  Dan seterusnya mampu menjadi isteri, ibu dan pekerja yang cemerlang!

#sangobion

No comments: