Sunday, October 23, 2016

Bijirin Sarapan Sedia Dimakan Pertama Di Malaysia Yang Membantu Ke Arah Penjagaan Kesihatan Jantung

Sebagai usaha pencegahan awal penyakit jantung, Nestlé telah melancarkan bijirin oat beta glucan buatan Australia yang akan membantu mengurangkan tahap kolesterol. Malah melalui pek sedia dimakan yang pertama di Malaysia ini sekaligus memudahkan rakyat Malaysia untuk sentiasa menjaga kesihatan jantung mereka.

Berdasarkan Statistik Kesihatan 2014 dan Kumpulan Data Kardiovaskular Negara, penyakit jantung
pembunuh nombor satu dan menjadi penyebab kira-kira satu pertiga daripada kes kematian di Malaysia. Malah, menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS) menyatakan salah satu faktor kepada penyakit jantung adalah kadar kolesterol yang tinggi. Mereka juga mendapati bahawa satu daripada dua orang dewasa di Malaysia mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam badan. Jumlah ini meningkat daripada tinjauan pada tahun 2011 iaitu satu daripada tiga orang rakyat Malaysia yang menghidap penyakit berkenaan. Meskipun risiko itu diketahui umum, rakyat Malaysia masih lagi tidak mampu mengekang tabiat mereka dalam pengambilan makanan segera dan berkolesterol tinggi.


‘Kita adalah apa yang kita makan’? Jika kita kerap mengambil makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi, badan kita akan mula mengalami kesukaran untuk membakar minyak dan lemak
di mana ianya akan mengakibatkan arteri jantung anda tersumbat dan anda akan tergolong dalam
kumpulan yang berisiko mengalami masalah jantung. Sebagai langkah pencegahan, kita seharusnya
mula mengamalkan tabiat diet sihat yang mengandungi kumpulan makanan tertentu seperti bjirin
penuh dan oat. "Serat larut yang terkandung dalam oat dikenali sebagai beta glucan menyerap dan
menyingkir kolesterol dalam badan, sekaligus mengurangkan dan mengekalkan tahap kolesterol
yang rendah,” kata Cik Indra Balaratnam, pakar perunding pemakanan yang berkongsi pandangan
beliau mengenai penjagaan aktif untuk kesihatan jantung semasa majlis pelancaran tersebut.

Mengulas mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam mengekalkan diet
sihat, Cik Nirmalah Thurai, Pengurus Peniagaan, Nestlé Breakfast Cereals, Nestlé (Malaysia) Berhad
berkata, “Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang sangat sibuk dan istilah 2 makanan yang ‘mudah dan cepat’ merupakan pilihan utama mereka. Kebanyakkan daripada kita cenderung untuk mengambil sarapan tradisional Malaysia yang selalunya bukanlah pilihan makanan yang sihat. Oleh yang demikian, Nestlé kini memperkenalkan bijirin sarapan yang bukan sahaja mudah dan sedia untuk dimakan, malah secara tidak langsung turut sama membantu dalam mengurangkan risiko sakit jantung. Sekarang, semua orang boleh mendapatkan bijirin yang akan
membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan dan mula mengamalkan rutin penjagaan
untuk jantung yang lebih sihat.”

Atilia Haron, penyanyi yang mempunyai minat dalam bidang kecergasan dan Steve Yap, pelakon dan
model turut hadir sebagai duta di majlis pelancaran tersebut. Mereka berdua akan berkongsi kisah
perjalanan mereka dalam mengekalkan kesihatan jantung mereka walaupun terikat dengan jadual
kerjaya yang sibuk. Steve yang kehilangan bapa tersayang akibat serangan sakit jantung manakala
Atilia, bapanya pernah diserang sakit jantung, amat menyokong usaha Nestlé dalam penjagaan
kesihatan jantung dan menasihati rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin pemakanan yang sihat
tanpa mengira gaya hidup mereka. “Dengan Nestlé Cheerios® Oat Crisp yang sedap dan sedia
dimakan ini, tiada alasan lagi untuk berlengah dalam mengamalkan rutin pemakanan sihat ini
sekarang,” kata mereka berdua.

Semangkuk 40g Cheerios® Oat Crisp yang mengandungi kepingan yang diperbuat dengan 68% oat
gandum buatan Australia menyediakan kira-kira 1.2g daripada pengambilan beta glucan harian yang
disyorkan iaitu sebanyak 3g beta glucan setiap hari.

Nestlé Cheerios® Oat Crisp ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol malah
ia juga memberikan khasiat penting yang diperlukan oleh badan seperti fiber, kalsium, zat besi, danvitamin & mineral.


Nestlé Cheerios® Oat Crisp ini boleh didapati dalam pek 190g dan 400g. Untuk makluman lanjut mengenai Nestlé Cheerios® Oat Crisp, sila layari www.nestle- cereals.com.my. Jangan lupa untuk menyertai kami dengan #CheeriosCheerYourHeart.