Tuesday, October 11, 2016

Menghasilkan Hidangan San Remo Ala Masakan Klasik Masyarakat Malaysia

Hidangan spaghetti seperti pasta bolognese, fettuccine alfredo dan olio aglio adalah antara yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Pemilihan stereotaip ini telah mencetuskan idea dan memberi inspirasi kepada San Remo, jenama pasta terkemuka di Malaysia untuk memperkenalkan kepada peminat spaghetii bahawa terdapat pelbagai cara hidangan sedap serta menarik boleh dihasilkan daripada spaghetti. Dan bersempena ulang tahun ke-80 San Remo ini. telah membawakan duta terbaru jenama San Remo iaitu Juara MasterChef Selebriti Malaysia Chef Dato 'Fazley Yaakob untuk membuat demonstrasi cara menyediakan hidangan pasta sihat dan menakjubkan dengan sentuhan cara orang Asia.

Chef Dato 'Fazley berkata, "Apabila pasukan di San Remo mendekati saya untuk menjadi duta mereka, saya tidak melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga San Remo. Kami berkongsi misi dan minat yang sama untuk mewujudkan kepelbagaian hidangan pasta yang enak dan berkualiti, dengan penyediaan yang paling mudah. Sebagai duta jenama San Remo saya mahu berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk menghasilkan hidangan pasta berkualiti dan pasti menjadi kegemaran semua". 

"Kita sebagai rakyat Malaysia sememangnya sangat gemarkan makanan berperisa. Dengan San Remo pasta, anda tidak perlu untuk menggantikan nutrisi untuk rasa bahkan jenama pasta No. 1 Malaysia, San Remo adalah pasta yang rendah lemak tetapi tinggi karbohidrat. Ia adalah alternatif yang lebih sihat untuk menggantikan beras. Ia juga lebih sihat jika dibandingkan dengan mi kuning. Dan ketahuilah San Remo menggunakan hanya 100% ramuan asli, serta bebas daripada pewarna tiruan dan bahan pengawet. Ia juga disahkan halal."

video


Saya juga begitu teruja apabila  Chef Dato 'Fazley telah mengambil inspirasi hidangan klasik Malaysia iaitu Nasi Lemak dengan memperkenalkan ' San Remo Spaghetti Lemak Bungkus '. YAng menariknya, jika nasi lemak kita akan masak dengan santan. Tapi untuk hidangan ini spaghetti yang direbus bersama air santan dan sedikit garam sehingga lembut. Siap masak, hanya ditoskan. Dan spaghetti ini dipadankan bersama sambal ikan bilis, timun , kacang dan ikan bilis sepertimana yang biasanya terdapat dalam nasi lemak.

Resipi terbaru ini turut dipaparkan dalam San Remo Selebriti Cookbook yang telah dihasilkan oleh Chef Dato 'Fazley khas buat peminat San Remo. Buku resipi yang mempunyai 10 resipi pasta yang diilhamkan dari hidangan Asia yang lazat. Ianya boleh didapatkan secara percuma apabila anda membeli mana-mana dua produk San Remo di pasar-pasar raya besar atau pasar raya terpilih, Namun ianya bergantung kepada selagi  stok masih ada.

Selepas saya menyaksikan demonstrasi masakan dari Chef Dato 'Fazley. Kami yang hadir turut diberi cabaran untk menghasilkan 'San Remo Spaghetti Lemak Bungkus' dengan cara tersendiri. Dan  pasukan terbaik dalam menghasilkan hidangan ini akan membawa balik hamper esklusif dari San Remo.

Dan jangan tak percaya, hasil hidangan dari kumpulan saya "Small Shell" yang dianggotai juga Kak Syidah dari majalah RASA dan Mariah dari Utusan menjadi pilihan juri. Dapatlah kami hamper San Remo yang besar itu sorang satu :=)


Acara berakhir dengan menyambut Ulang Tahun San Remo yang ke-80 bersama team dari  GBA Corporation Sdn Bhd, duta produk  Chef Dato ' Fazley dan juga pengamal media yang hadir ke majlis ringkas ini.

Bagi saya sendiri jenama pasta San Remo adalah sebati dalam jiwa keluarga saya. Ianya sangat mudah disediakan, praktikal, enak dan paling penting ianya adalah sumber makanan yang sihat. Dan kali ini saya akan cuba mempelbagaikan menu hidangan spaghetti, dengan mengambil inspirasi hidangan masyarakat Malaysia seperti yang ditekankan oleh Chef Dato ' Fazley . Antaranya saya akan menyediakan hidangan seperti Spaghetti masak lemak cili padi, pasta small shell ayam masak merah dan banyak lagi.


Menarik bukan :)

####
Sedikit informasi tentang San Remo
Ditubuhkan oleh Luigi Crotti pada tahun 1936, San Remo adalah syarikat pasta No.1 di Australia. Dengan memperkenalkan pelbagai jenis produk serta 19 pasta jenis kering, San Remo adalah jenama terkemuka di pasaran Malaysia terutama dari segi kualiti dan rasa yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai San Remo dan resipi pasta, bolehlah layari https://www.facebook.com/sanremopastamalaysia

No comments: