Monday, October 17, 2016

Pelancaran Jersi ABSTRAX Vortex #MYPerpaduan

Butik ABSTRAX ditubuhkan pada tahun 2008, yang mana ianya merupakan cetusan daripada idea dan falsafah Dr. Faiz Izwan Anuar dengan kerjasama pereka seni Fahmi Nabilah. Dengan mempertengahkan konsep yang 'simple' tapi tetap kelihatan esklusif, harga berpatutan serta mempunyai ciri-ciri moden melalui seni kreatif ternyata ABSTRAX sentiasa melahirkan idea-idea yang segar dalam setiap produk keluaran mereka.

Dan yang terbaru ABSTRAX telah melancarkan edisi koleksi jersi ~ ABSTRAX Vortex #MYPerpaduan. Ini adalah kesinambungan daripada pengenalan jersi daripada ABSTRAX Vortex Selangor Darul Ehsan dan juga ABSTRAX Vortex Johor Darul Takzim.

Jersi #MYperpaduan adalah kolabrasi antara 1Malaysia.com.my dan  Butik ABSTRAX sendiri. Menurut Dr Faiz Izwan Anuar, dengan adanya koleksi ini dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia. Tambah beliau lagi, jersi #MYperpaduan direka inspirasi dari identiti masyarakat Malaysia, dengan nilai-nilai 1Malaysia seperti gambar di bawah :=)


Selain itu material jersi ini sangat ringan, selesa dan sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja pada sebarang cuaca.

Sekaligus kempen #MYperpaduan, membawa harapan yang tinggi dari ABSTRAX  untuk mengingatkan masyarakat Malaysia tentang kepentingan untuk bersatu padu dan hidup dalam suasana aman harmoni.

Jersi ABSTRAX #MYperpaduan boleh didapati butik ABSTRAX di Shah Alam, Bangsar dan Bangi dengan harga RM 90 (untuk lengan pendek) dan RM100 (untuk lengan panjang). Selain itu pembeli juga menambah nama dan nombor kegemaran (jika mahu) dan harga penambahan yang dikenakan hanyalah RM25 untuk satu nombor dan nama tidak lebih dari 8 abjad. Manakala RM28 untuk dua nombor dan nama juga boleh lebih dari 8 abjad.

Selain itu, butik ABSTRAX juga ada menawarkan pelbagai rekaan t-shirt lain yang menarik. Antaranya seperti :-
Baju edisi terhad untuk peminat Kumpulan Hujan.

Posptar!


Dan banyak lagi sebenarnya koleksi yang ada dijual di sini.

Terdapat juga seluar jeans dan "slack".

Aksesori topi..


Servis mencetak nama dan nombor di jersi.

Pemilihan aksesori nombor dan abjad untuk ditampal diatas jersi.

Contoh hasil "customize"jersi yang ditempah.

Antara koleksi yang mencuri pandangan saya. Smart!

Saya gemar juga dengan koleksi ini. Ada saiz untuk kanak-kanak dan orang dewasa.


Untuk pembelian boleh walk-in terus ke butik ABSTRAX yerp:-

ABSTRAX Headquarters Shah Alam
D-20 Jalan Serai wangi M
16/M Alam Avenue 2
Seksyen 16
401200 Shah Alam Selangor
03-55244248

ABSTRAX Concept Store Bangsar
18-A First Floor
Jalan BAngsar
59200 Kuala Lumpur
03-22014303

Keterangan lanjut boleh layari:-

No comments: