Saturday, October 22, 2016

Pilihan Warna Ceria Pencetak HP DeskJet Ink Advantage Saiz Mini Yang Datangnya Dengan Pelbagai Fungsi (AIO)



HP PPS Sales Sdn. Bhd. telah melancarkan generasi seterusnya iaitu HP DeskJet Ink Advantage One All-dalam- (AIO) iaitu pencetak berteknologi tinggi yang bergaya 'smart' dan elegan.

Direka istimewa untuk mereka yang begitu dekat dengan dunia digital contoh sentiasa aktif dalam aktiviti seperti mencetak pelbagai bahan dari Facebook, Instagram dan banyak lagi. Yang adakalanya mahu mencetak terus dari telefon mahupun tablet mereka. Nah! pencetak HP DeskJet Ink dari siri 3775/3776/3777  adalah sangat direkomenkan. Datangnya dengan saiz mini (separuh saiz besarnya jika dibandingkan dengan pencetak inkjet yang lain) bersama pelbagai fungsi yang lengkap sepertimana yang kita boleh dapatkan jika menggunakan pencetak biasa memudahkan kita melakukan sebarang aktiviti pencetakan ~hanya dari hujung jari anda!

Terkini kenyataan dari majalah TIME telah mengumumkan HP DeskJet Ink Advantage sebagai antara 50 Most Influential Gadgets of All Time,yang direka bentuk bagi membolehkan pengguna mencetak  dengan mudah dan secara terus dari telefon pintar atau tablet. Bertambah menarik HP DeskJet Ink Advantage 3775/3776/3777 tidak hanya boleh mengoptimumkan ruang, ianya juga didatangkan dengan 3 warna terang iaitu Electric Blue, Sea Grass Green dan Cardinal Red


Dengan rekaan yang 'fresh' dengan menggunakan warna putih sebagai asas utama dan digabungkan warna-warna menarik pasti memberi lebih keseronokan.

“Consumers crave tiny, wireless devices that fit into their lifestyle and enable them to stay connected,
social and productive wherever they may be"

"HP’s new DeskJet turns the traditional consumer printing experience on its head with its innovative, fun design and intuitive mobile connectivity from virtually any device or social network.”

Kym Lim, Managing Director, HP PPS Sales Sdn. Bhd. 

Dengan harganya RM379 (termasuk GST), ternyata pencetak HP DeskJet Ink Advantage yang miliki fungsi yang hebat ALL in ONE, bahkan saiznya yang kecil juga sangat praktikal untuk tempat penyimpanan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.hp.com/go/smallestAiOclaim

No comments: