Thursday, October 13, 2016

Promosi Garoupa Delight dan Snapper Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Hotel Grand BlueWave Shah Alam sentiasa mengadakan promosi terbaru yang terbaik buat pengunjung-pengunjungnya. Untuk promosi di bulan Oktober dan November,  Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah menawarkan Garoupa Delight dan Snapper Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant.
Promosi ini mempunyai dua jenis menu set yang Garoupa Delight disertai dengan 6 menu hidangan masyarakat cina dan Snapper Delight juga dengan  6 menu hidangan masyarakat cina. Dengan tawaran ini sekaligus membolehkan tetamu mempunyai pilihan lebih banyak jenis hidangan masakan cina dengan harga yang berpatutan. 

Hidangan ini boleh dinikmati di Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 dan ianya beroperasi 7-hari seminggu, dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang untuk makan tengah hari dan 6.30 petang sehingga 10.30 malam untuk makan malam.

Bagi promosi Garoupa Delight boleh didapati dalam set untuk minimum 5 orang, yang berharga
RM57.00 nett seorang dan disertakan 6 menu hidangan masyarakat cina, antaranya seperti
Steam Dim Sum, Kong Pau Chicken in Hot Plate, Stewed Egg Beancurd with Seafood, Stir
Fried Hong Kong Kai Lan with Prawn, Meat and Garlic, Nasi Goreng or Nasi Stim


Manakala untuk promosi Snapper Delight, ia juga boleh didapati dalam set untuk sekurangnya 5
orang, pada harga RM 57.00nett seorang dan 6 menu hidangan masyarakat cina, antaranya seperti Steam Dim Sum, Deep Fried Boneless Chicken with Creamy Salted Egg Sauce, Steam Egg Beancurd stuff with Squid Paste and Egg White Sauce, Stir Fried Prawn Meat with Asparagus and Prawn Paste (Belacan), Nasi Goreng atau nasi stim bersama, Buah-buahan campur (1 pinggan).
.

Sedikit maklumat tentang Restaurant Chinese Tung Yuen:-
Sebuah  restoran yang menawarkan masakan cina yang terletak di tingkat 1, Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Restoran ini telah memperolehi pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009. 



Harga: RM 57.00 nett

Hari: Isnin - Ahad

Masa: 12.00 tengah hari - 2.30 petang (Makan Tengahari)

           6:00 petang -10:30malam  (Makan Malam)

Tempat: Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1

Pengurus Hotel: Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim

Executive Sous Chef: Chef Firdaus bin Ismail

 Chef Masakan Chinese: Chef Patrick Ng


Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu melalui Tung Yuen Chinese Restaurant di talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Telemarketing Dept. ext. 2724. 

Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST.

No comments: