Wednesday, November 30, 2016

Alam Flora Nature Camp 2016 : The Wonder of Nature


Program Nature Camp anjuran Alam Flora yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 ini merupakan program CSR yang dianjurkan setiap tahun khas buat anak-anak kakitangan yang berkhidmat dengan Alam Flora Sdn Bhd. Dengan tema The Wonder Nature pada tahun ini, seramai 80 orang anak kakitangan non-executive Alam Flora Sdn Bhd telah dipilih dari serata Malaysia untuk berkampung selama 2 hari di Putrajaya bermula daripada 28 November sehingga 29 November 2016.

Peserta yang yang terdiri daripada umur 11 tahun sehingga 17 tahun ini antara yang terpilih bagi menyertai dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh pihak urusetia program Alam Flora Nature Camp 2016.

Program yang mendapat sokongan padu dari Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd iaitu Dato’ Mohd Zain Hassan, yang mana dalam wawancaranya bersama media yang hadir sama ke acara perasmian program CSR, turut melahirkan rasa gembiranya dan teruja dengan harapan anak-anak muda hari ini dapat mendekatkan serta mengenali alam sekitar dengan lebih dekat lagi. Paling penting diharapkan program seperti ini dapat mengingatkan anak muda yang kita perlu menanamkan semangat cintakan bumi dan tidak terlalu leka dengan gadget-gadget yang melalaikan dalam kehidupan seharian selama ini.

Secerah suria pagi begitu semangatnya para peserta untuk memulakan aktiviti. Di mana untuk acara hari pertama, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti AMAZING RACE!.

Sebanyak 4 checkpoint dengan pelbagai aktiviti yang disediakan mampu menguji daya saing dalam setiap peserta. Antara 4 checkpoint yang perlu diterjah oleh peserta setiap kumpulan seperti:-
  • Paddy Field
  • At Butter Fruit Tree
  • Viewing Deck
  • Rubber Plot

Untuk pengetahuan semua setiap pendedahan menerusi aktiviti yang disediakan sepanjang program sepanjang dua hari ini antaranya untuk meningkatkan kesedaran para peserta tentang kepentingan amalan membudayakan kebersihan khususnya konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle), ke arah kelestarian alam sekitar dan mengekalkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat.

Menarik bukan?


Bersesuaian dengan slogan Alam Flora iaitu MENGHARGAI KEHIDUPAN, program Alam Flora Nature Camp 2016: The Wonder of Nature ini mendedahkan para peserta dengan lebih dekat lagi cara penanaman pokok padi, menoreh getah serta mengenali pokok-pokok herba tempatan. Selain daripada itu, para peserta juga akan bermain sukan kampung yang cukup sinonim satu masa dulu iaitu lastik biji getah, boling kelapa dan kukur kelapa. Melihat sahaja program yang disediakan saya sendiri sudah begitu teruja dan terasa ingin menyertai peserta-peserta disini dan bersama-sama melakukan segala aktiviti yang sememangnya epik ini.

Muka-muka mak budak yang teruja, hiks. Melihat kepada kesungguhan peserta melakukan aktiviti di setiap checkpoint tidak dinafikan anak-anak muda ini mereka sebenarnya memang berjiwa besar apatah lagi diri dikelilingi dengan alam semulajadi, melakukan aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada bumi, sekaligus mendidik diri mereka agar lebih menyayangi dah menghargai dunia yang didiami.

Wah adik ni :=)
Memang ada skill melastik menggunakan biji getah. Seronoknya! Teringat zaman kecil-kecil dulu sewaktu tinggal di kampung. Rajin pergi melastik burung yang datang nak makan buah di kebun. Terasa beruntungnya peserta yang hadir ke program ini, sekurangnya mereka dapat merasai sendiri bagaimana menggunakan lastik yang berpelurukan biji getah. Memang rare permainan ini tau!

Peserta juga diajar secara asas bagaimana menjadikan hasil getah yang telah ditoreh menjadi kepingan getah (raw) sebelum dihantar ke kilang pembuatan produk yang berasaskan getah. Mereka diberi tunjuk ajar cara menggelek getah dan juga diperkenalkan rumah asap yang sememangnya hanya akan dapat dilihat di ladang-ladang pokok getah sahaja.

Program penanaman pokok yang memberi inspirasi kepada peserta program agar terus melestarikan kehijauan alam.

Satu pokok satu peserta :=)
Oh ya! Pokok herba yang mereka tanam adalah pokok rama-rama yang dikatakan boleh merawat penyakit kanser dan sebagainya. Selain daripada pokok rama-rama, terdapat juga pokok lidah buaya yang ditanam oleh para peserta.

Dari mana asalnya beras jika tidak daripada padi. 
Dari mana datangnya padi jika tidak dari bendang si petani,

Zaman sekarang tidak dinafikan, anak-anak muda kebanyakannya hanya mengenali beras yang siap sedia proses. Mungkin ada yang tahu ianya datang dari hasil tuaian pokok pada tetapi ramai juga yang tidak tahu bagaimana rupanya bendang tempat menanam pokok padi.

Di program ini, para peserta diberi peluang merasai sendiri berada didalam bendang dan juga diajar bagaimana proses menanam padi dilakukan.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan dibawa melihat sendiri kesuburan hasil padi sebelum dituai. Memang menghijau begitu mempersona pemandangan mata. 

Program berhenti dalam pukul 1 petang untuk makan tengahari dan solat zohor sebelum mereka bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Sky Rides Festival Park bagi memulakan cabaran "Sky Warrior".

Antara cabaran "Sky Warrior"seperti:-
  • Chelik Falls
  • Ulu Sepat Clasp
  • MArudi Clossing
  • Kinabalu Ferrata
  • Langkawi Walk
  • Kinabatangan Swing
  • Cameron Web
  • Danum Valley

Antara aksi peserta yang menyahut cabaran "Sky Warrior".

Program ini mampu menguji ketahanan dan mencabar diri para peserta untuk lebih berani dan menanamkan semnagat tinggi untuk berjuang dalam hidup.

Diibaratkan dalam hidup ini kita mempunyai 1001 halangan dan cabaran, walaupun ianya sukar kita harus berani menempuhinya tanpa rasa putus asa dan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Sekurang-kurangnya sebelum kita mengalah kita perlu mencuba dan ini merupakan inspirasi terbaik buat peserta-peserta yang hadir ke program ini.

Untuk hari kedua program, seawal pagi peserta telah diberikan beberapa tugasan dalam kumpulan. Antaranya aktiviti  "Tie-Dye Tissue" yang mana setiap peserta perlu menzahirkan idea dan kreativiti mereka menghasilkan seni kraft dari tisu dan seterusnya perlu dipersembahkan kepada juri untuk dinilai.

Antara hasil kraf yang dihasilkan :=)

Not bad! Hehehe

Selain itu, setiap kumpulan juga perlu mempersembahkan "War Cry". Yang mana keunikkan, kesepaduan, kerjasama dan paling penting aura bertenaga menjadi ukuran dalam pemilihan pemenang.

Dan ternyata persembahan dari setiap kumpulan tidak mengecewakan. Masing-masing memberi kesungguhan dan komited yang tinggi bagi memastikan persembahan yang terbaik dapat diberikan. Memang susah untuk pihak juri membuat pemilihan.

Apa yang penting kerjasama!!!

Ternyata program selama 2 hari ini biarpun agak singkat namun aktivitinya padat dan sarat sekaligus mencapai objektif pihak Alam Flora iaitu untuk menanamkan semangat jati diri dalam setiap peserta agar lebih jitu dan utuh melalui mendekatkan anak-anak muda dengan alam sekitar.

Majlis penyampaian hadiah, sijil dan penutupan acara telah dilaksanakan oleh Encik Azman Shawal, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Alam Flora.

MENGENAI ALAM FLORA SDN BHD: Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat ahli Kumpulan DRB-HICOM yang ditubuhkan bertujuan untuk mengambil pendekatan baru yang lebih efektif ke arah mencapai matlamat Malaysia yang lebih bersih, indah dan sihat. Hasrat ini dilaksanakan menerusi penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam berkuatkuasa pada 1 September 2011. Ia bertujuan untuk memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sampah sehingga ke proses pelupusan sampah. Dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien kepada pelanggan-pelanggan, Alam Flora mengambil langkah menambah baik tenaga kerja, penggunaan lori-lori kompaktor berteknologi baru serta penyediaan tong-tong sampah yang mencukupi. Dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Alam Flora tertakluk di bawah Perjanjian Konsesi selama 22 tahun untuk kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam. Kini, Alam Flora adalah di antara tiga buah syarikat yang diberikan konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini. Alam Flora dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang dan akan datang di Terengganu dan Kelantan.

No comments: