Monday, November 28, 2016

Elena of Avalor Dari Disney vs Amani Zulhazmi


Elena of Avalor yang telah mula ditayangkan di saluran Disney (ASTRO Ch 615), mengisahkan seorang puteri Disney terkini yang bernama Elena, seorang remaja yang kuat semangat dan berani.

Dia berjuang dengan menentang seorang ahli sihir jahat yang menyerang keluarganya dan menyebabkan beliau telah terperangkap di dalam batu permata selama beberapa dekad sebelum dia dibebaskan. pada usia 16 tahun, beliau adalah Puteri Mahkota Avalor dan telah diberi bimbingan daripada Grand Council.


Walaupun melalui pelbagai cabaran dalam belajar bagaimana untuk menjadi pemerintah yang baik, Elena smemangnya seorang puteri yang  tegas dan berani dan mempertahankan pendapatnya. Selain dari nasihat Grand Council dalam membuat sebarang keputusan, Elena juga mendapat sokongan khas dari  Zuzo (spirit guide), tiga flying jaquins (magical creatures that are part jaguar and part macaw) dan juga Sceptre of Light yang mana sangat membantu Elena menentang cabaran magis  mahupun bukan magis.

Dalam setiap episod, Elena telah menunjukkan banyak sifat terpuji, antaranya seperti bertimbang rasa, daya tahan, belas kasihan, kepimpinan dan seorang gadis bercita-cita tinggi. 

Yang mana kualiti terpuji yang ada dalam diri Elena mungkin sahaja dimiliki oleh anak anda.


Contohnya seperti my Amani, seorang anak yang rajin dan berkeyakinan tinggi untuk melakukan sesuatu perkara apatah lagi dengan melakukan aktiviti yang digemarinya. Beliau juga sentiasa mempunyai perasaan belas dan kasih sayang tinggi terutama terhadap haiwan yang jinak seperti kucing. Biarpun beliau bukanlah anak sulung tapi beliau boleh memimpin jika disuruh tanpa ragu-ragu. Ini kerana sifat keberaniannya memang ada dalam diri Amani sejak kecil lagi.

thoughtfulness, resilience, compassion and leadership

#RuleLikeElena

No comments: