Gold Coast Trip : Hari Kedua (Paradise Country & Shopping di Harbour Town)

Hari kedua kami ke sini ~ Paradise Country seawal 9 pagi. Semata bertujuan nak jumpa kangaroo dan koala!
Datang Australia haiwan yang wajib pergi jumpa haruslah 2 spesis ni. Kalau tak rasanya sia-sia naik kapal terbang 8 jam dari Malaysia. Hahahahaha. Kebetulan trip kali ini, ramai pula pelancong dari Mainland China. So, dari kawasan cam ala-ala sunyi sepi jadi meriah gituuu!
Kangaroo kat sini semua jinak-jinak. Memang dilepaskan macam tu untuk mereka bersosial dengan para pelancong. Tapi agaknya dah biasa sangat mereka terlatih menjadi model kamera. So, kebanyakan kangaroo kat sini dah memang siap-siap posing kat kawasan tu. Kiranya kita pilih jer model kangaroo mana nak bergambar. Uhuks.
Ni adalah kawasan lepak kangaroo sekeluarga. Walaupun crupa kami tak sama tapi bila gambar dekat-dekat cam nampak seolah dua keluarga bahagia bergambar bersama. Kahkahkah
Paling hebaq teruk berposing pun. Dia akan duk camni jer. Lebih dari itu idokler.
Rupa Akid time ni ada iras sikit ngan kawan dier kat dalam kandang tu. Kebetulan cuaca memang panas sikit pagi tu memang kena banyak bersabar bila berada kat sini, huhuhu.
Koala! Antara haiwan yang comey kat bumi ini. Cum koala ni takdelah jinak sangat nak gambar dekat-dekat cam kangaroo. Kerja dier bergayut dan sembunyi (ai suspek dier tido). Tapi kalau nak bergambar dekat-dekat (peluk koala) pun boleh, dier ada sesi bergambar cuma kena bayar AUD30. Hokeh sila darab 3.25 & beratur hahahahaha.
Tapi memang masa kitaorang pegi tu ramai giler pelancong dari Mainland China yang beratur (panjang sangat) semata nak bergambar berbayar. So, kitaorang redho jer amik gambar jauh2.
Agak2 rasa nak nampak real crop jer haiwan tu letak kat sebelah. Habis citer. Jimat.
Tapi kalau nak bergambar dengan patung koala. No hal. Comolot pun boleh. Kalau staff kedai souvenir tu tak nampak lah, hahahaha.
Besaq gak kawasan dier. Jenuh juga berjalan. Tapi sebab anak-anak ni jenis adventure so takdelah dowang mengeluh biarpun kena tawaf seluruh kawasan kat sini.
Ini adalah gaya bergambar Ameer, "PEACE"konon-kononnya.
Ini anjing liar yang pamos kat Australia rasanya. Dikenali sebagai Dingo. Muka ala-ala musang tapi ianya spesis anjing.
Close up sikit...
Ada pertunjukan juga di sini ya. Selain dari aksi-aksi kuda, pertunjukan biri-biri juga sangat dinanti oleh pengunjung yang datang ke ke sini.
Cenggitu jer dowang buang bulu biri-biri ni. Huhuhu
Lepas tu kitorang tengok pertunjukan dari koboi. Biasa jerlah. Tapi sebab dah ada pertunjukkan layan jer.
Kat sini semua pengunjung diberikan air teh o panas bersama skon (scone). Free flow.
Antara tempat duduk yang menjadi kegilaan anak-anak termasuk mak dier sekali. Tapi dah nama anak gue jenis benda rare-rare ni jugaklah depa berkenan dan banyak melayan. Bergambar banyak gilos dengan peninggalan tak berapa sejarah kat sini, huhuhu Antaranya... beberapa aksi yang sempat sengaja dirakamkan bagi memenuhkan saiz storage hp ipong mak dier.
Mujur ada juga bergambar dengan beberapa binatang haiwan lain kat situ. Kalau tak sia-sia jer datang ke Paradise Country ni kannn...
Ada juga kuda, piglets, itik... spesis haiwan yang berlambak di Malaysia yang tidak menimbulkan kehairanan di hati kami. So, kami buat bodo jerlah takde beria bergambooo...

Eksen. Serius. Eksen. Mohon Maaf. Hahaha...

Lepas tu kami makan ala2 lunch buffet kat situ. Set pilihan makanan terdiri daripada steak lembu, ikan & ayam. Site dishes macam biasa pasta, mashed potates, salad dan banyak lagi.
Sedap gaklah. Sebab lapo. Kira ko tolak batu dan kayu. Bismillah telan jer. Lapan orang +- AUD160 kira murahlah juga.

Kat sini ada kedai souvenir yang jual macam2 barangan bagi saya kualitinya NOT BAD juga. Harga takdelah mahal mana. Sebab ada SALE. Hahahaha

Pukul 1 kitaorang gerak balik terus menuju ke destinasi menipiskan wallet yang mengandungi AUD kegemaran isteri.

Yerppp Harbour Town yawwwwwww

Kat sini memang tempat tumpuan pelancong dan juga masyarakat setempat. Siap ada tourist room kat sini. Yang mana kita boleh buat air panas cam kat dalam bilik hotel sendiri. Kat sini juga pelancong akan diberi kupon diskaun 10% untuk outlet tertentu. Jenis outlet taraf Butik Coach yang mana dasarnya untuk saya mampu tengok dari cermin kaca luar. Hahahahahaha. So, kitaorang memang abaikan voucher2 yang tak berfaedah yang diberikan itu.

Acah2 kalau nak beli Coach, LV jenis kena pergi Milan atau London kan. Sedangkan di Pavilion tu kalau lalu kat depan butik tu pun ko dah rasa awkward gila. Hahahahah

Kalau perasan dalam IG Story, banyak saya kongsikan. So, kat sini tak beria lah amik gambar. Nampak jakun sangat kot nak bergambar beria kat supermarket. Macam my Yana tegur. "Ägak2lah mummy nak jadi kepohchi blogger biar jerlah kat Malaysia jer"... Siut betul...
Masuk kat butik ni saya macam kena rasuk. Hantu Kak Limah tengok rasukan saya berbelanja kat sini, serius dier surrender jadi hantu kat Malaysia.
Mampu bergambor jer. Hahahaha
Ni feveret tempat berbelanja buat Dedet. cam ala2 TESCO lah jugak. Nak tahu citer, dedet dier pergi borong sekotak strawberry (ada 8 pek - setiap pek dalam 30 biji buah strawberi sedang2 besar). Harganya dalam AUD8. Lebih kurang 25 hinggit duit Malaysia.
Lepas tu kitaorang pakatlah marathon makan buah strawberi sampai ke titisan biji terakhir kat airport sebelum naik flight balik ke Malaysia. Siap dedet bertaubat dah, tak nak lagi makan strawberi selama 5 tahun pun takpe. Hamikkkk... kannnn... pegi beli makanan cenggitu kat negeri orang saper suruh. Hahahahahaha.
Ni baka atau baja apa agaknya yang digunakan. Besaq betul.
Banyak juga kedai kitaorang masuk. Masuk COTTON ON, dan ada masuk kedai komputer dan elektrik. bantai my Anaqi dier pergi soping CD-CD games. Menahan rasa jer mak dier kan. Tapi murahlah CD game XBOX ori dalam 10AUD, duit Malaysia baru 30 lebih. Sebab ada promosi kot...
Pukul 4 petang kitaorang kena balik dah. Sebab pemandu van dah tunggu. Menyesal tak belanja laju2. Berada kat situ 2 jam pun tak cukup. Punyalah banyak kedai dengan macam2 promosi. Janji ada duit AUD semua boleh diberesi.

So, malam ada lagi aktiviti... Next entri yerppp...


Gold Coast Trip : Hari Kedua (Paradise Country & Shopping di Harbour Town) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 22, 2016 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.