Monday, November 21, 2016

Gold Coast Trip : Hari Pertama (Check In dan Sea World)

Helloooo!!!
Dari 6 hingga 10 November baru-baru ini, saya dan famili berpeluang bercuti ke Gold Coast, Australia. First time kami menjejakkan kaki di bumi kangaroo ini. Hiks... Sejujurnya ianya juga atas ehsan kemenangan dari Peraduan Energizer yang saya sertai. Memang tak sangka betul, huhu. Mungkin juga sudah menjadi rezeki kami sekeluarga biarpun ramai penyertaan dari comper di luar sana.
Seawal 5 petang kami sudah berada di KLIA 2, memandangkan waktu penerbangan adalah jam 8:20 malam. So, memang lama juga kami bertawaf di area KLIA 2. Cam dah kawasan permainan anak-anak dah. Dengan melepak tengok movienya, dengan marathon makan lelaju, penggunaan toilet acap kali cam umah sendiri gamaknya dan banyak lagi aktiviti sepanjang kami di sini. First time duk kat KLIA 2 dengan rasa yang tidak membosankan, hahahaha.
Masa penerbangan pergi ke Gold Coast, memang cam agak penuh juga. Disebabkan penerbangan malam, so ingatkan mudah sikitlah bawa my Ameer. Rupanya penerbangan siang lagi senang dengan Ameer ni. Mana taknya, penerbangan malam ni akan mengambil masa 8 jam lebih dan dijangkakan akan tiba dalam pukul 6 pagi (waktu tempatan). So ramailah penumpang2 penerbangan yang akan standby membuta lama dalam flight. Tapi my Ameer bantai dier tak nak tido. Punyalah susah nak suruh dier tido. Lepas tu my Ameer agak stress sebab semua orang kena tido, sedangkan tenaga dier masih banyak lagi untuk bermain.

Mujur ada Anaqi, so dier handle. Mak dier cam biasa waktu tido tetap tido.

Sampai di Gold Coast dalam 6 lebih (pagi). Cuacanya dah terang benderang hokeh. Cam kat Malaysia pukul 8 pagi.

Sampai-sampai memang dah ada kenderaan menunggu, terus bawa kitorang ke Hotel. So untuk percutian di Gold Coast ni, kami telah memilih Mantra On View Hotel (2 minit jer jalan kaki ke pantai 
Surfers Paradise).
Oh ya, kat Gold Coast ni banyak giler Hotel Mantra (cuma lokasi jer berbeza tapi dekat2 jer semua) so kena make sure nama penuh hotel tu betul.

Sampai kat sana, bilik tak ready lagi. Tapi memang dah plan awal nak tinggal beg kat hotel (tempat penyimpanan beg khas) so request untuk guna washroom kat lobby (cukup privacy, hanya untuk pelanggan sahaja sebab ada kunci khas). Bersihkan diri, tukar baju & terus bersiap-siap untuk ke Seaworld.

Kiranya dari hotel ke Seaworld tidaklah jauh mana dalam 20-30 minit sampai dah.

Apa yang menarik saya perhatikan sepanjang perjalanan ke Seaworld bandar Gold Coast memang bersih. Dan rata-rata pekerja di sini sepertinya warga tempatan mereka. Takdelah nampak orang membaiki jalan tu pak Bangla ke... Myanmar ke... takde ya... even orang pegang signboard jalan rosak pun pompuan mat saleh, uhuks. Lepas tu banyak giler taman-taman yang terjaga. Memang tempat melepak untuk famili datang menghabiskan masa bersama ahli keluarga mereka.
Sampai dekat Seaworld kami terus ke kaunter 6 (sebab tiket semua dah siap2 dibeli oleh agensi). Menariknya kaunter ni macam fast lane untuk pelancong. Dan kami juga terus collect tiket masuk ke Country Paradise bagi keesokkan harinya.
Kat dalam memang ada banyak kedai makan. Tapi kami hanya makan kat kedai paling berdekatan dengan pintu utama sebab dah lapar sangat :). Makan set family fish & chips!
Selain set family ni, kitorang tambah pembelian tumbler warna biru tu. So dier free flow air. Sepanjang berada di sini nak tambah banyak kali air boleh jer singgah mana-mana kaunter.
First pit stop, kitorang pergi tengok penguin. Cam ala2 menjakun tengok banyaknya karektor Happy Feet kat sini.
Kalau rajin menunggu boleh tengok penguin ni berenang, makan dan macam-macam aktiviti yang dowang buat. Tapi kaedahnya tengok kejap2, ala2 dah amik gambar cukup syarat. Kita move on ke tempat lain pulak.
Sebelah dengan tempat penguin cam ada satu bangunan yang mana menempatkan haiwan pra-sejarah. Banyak model bergerak berinteraktif serta info sains kat sini. Tak banyak ambil gambar kat sini sebab ruang bilik ini agak gelap.
Banyak haiwan kat sini sebenarnya. Ada flamingo, burung... dan macam-macam lagi
Sempatlah juga kami berjimba-jimba di Nickelodeon Land. Ada banyak permainan untuk kanak-kanak dari umur 3 tahun ke atas.
See, my Ameer tak padan dengan ketot. hahahaha. Nak juga kan main kapal terbang ni. Seram juga sebab dier naik tinggi (takdelah tinggi mana tapi untuk spesis gayat macam saya ni, idokler). Tapi nak kasi balance muatan berat. My Ameer kenalah naik dengan Dedet, baru balance hahahaahhaahahaha.
Saya tak tahu kenapa anak saya kata naik benda ni seronok. Sebab bagi saya biasa jer....
See... tapi seronoknya ya ampun depa ni... iskkkkk.
Yang ride ni pun beria naik juga. Kalau perasan kebanyakan rides kat sini memang tak ekstrem sangat. Namapun taman Nickelodeon Sponge Bob and the gang so permainan ala-ala untuk peminat kecik Sponge Bob, githewwwww...

Tapi ada juga roller coaster (not bad juga tapi still tak boleh lawan yang dekat Movie World) dan juga Jet Star (betul ke nama permainan tu?). Dier ala-ala naik jet ski yang sangat laju. Rasa nak tercabut jantung woooo...

Jet Star ni Dedet dan anak-anak lelaki saya join melenjan main kecuali Afiq dan Ameer sebab tak cukup tinggi, huhuhu.
Nama tempatpun Sea World kan... So memang banyak giler lah kawasan yang mempamerkan creatures from the sea...
Cam tak heran dah tengok jaws kat sini. Berlambak sangat kat dalam aquarium. Hahahahahaah
Untuk macam shark feeding time kena duk dalam sangkar ler. Tak bolehlah main-main baling ikan sambil usap-usap kepala cam bagi makan kat dolphin. Kalau tak, silap hari bulan penjaga shark tu jadi makanan shark belaan dowang.
Besar juga kawasan Seaworld ni, siap ada monorel lagi keliling park.
Malas nak masukkan gambar yang banyak giler. Cuma nak habaq kat dalam Seaworld ni ada juga orang yang suka buat aktiviti climbing cam kita boleh jumpa dekat Enerz dan Bukit Cerakah. Yang jenis jambatan dan tali tergantung tu. Tapi khasnya buat anak-anak. Ada juga water park tapi kecil jerlah. Saya perasan ramai juga yang sertai latihan snorkeling kat sini. Tapi sebab kitaorang melancong (hiks) takdelah beria nak pegi mandi ke hapa...

Cuma lebih teruja nak melihat haiwan dan juga nak tunggu show yang akan berlangsung mengikut jadual yang disediakan oleh pihak Seaworld. Rasa rugi tau sampai sini tak tengok show yang disediakan :p
Persemabahan sea lion. Best giler dan lama juga. Siap cam ada sketsa dier buat... Comel giler. Tapi takdelah saya nak upload segala video kat blog kan...
Kasi sikit2 dah ler kan... huhu. Yang lain sila buat carian di akaun saya di Youtube :p
Sea lion ni watak utama kiranya dalam sktesa ni. Kerjanya untuk meyiasat siapakah perompak yang dicari. Memang kelakar tengok sea lion ni beraksi... Bijak sangat.
Paling best tengok dolphins. Tengok haiwan ni begitu manja, rasa nak suruh jer dedet bela satu, hahahahahahaha. Bajet umah ko banglo ada kolam mandi depan rumah kan... puiiiiiii
Memang macam-macam aksi kiut nak mati dari dolphins ni. Ni belum part dier buat ala-ala tarian berirama dengan rerakan lain. Berapa lamalah dowang ni gi training, kan? Makan tahun ni. Yang bestnya setiap ekor dolphin ni memang dah ada trainer dier sendiri. Memang close giler hubungan dowang.
Antara aksi lagi... dan banyak lagi semuanya ada dalam my youtube channel.
Last part. Aksi dolphins ni nak ucapkan terima kasih dan good bye. Angkat ekor tu melambai-lambai...

Lepas tu kitaorang shopping sikit2 kat dalam tu. Harga okla... takdelah mahal sangat. Sebab kat dalam Sea World ni ada clearance sale. Hahahahahaha...

Balik hotel... Memang kepenatan giler. My anaks semua mandi, solat dan terus membuta.

Saya pulak layan citer kat TV (best2 belaka). Umah takde Astro ginilah gamaknya. Hahahaha

My Anaqi dan Dedet (jadi orang bujang) jalan-jalan kat kedai area hotel. Sambil cari makanan malam. Hasilnya bawak balik kebab yang sedap giler cam nak arwah (ni kalau Sabby baca mesti dier bebel, "kak, ai tak paham orang mesti nak describe makanan tu sedap nak arwah"). Ni maknanya rasa sedap makanan itu, sampai minta nyawa... gitew... kalau tercekik dan mati tu memang arwah...

Gambar kebab dan kedai yang menjual kebab sedap... later, sooon enteri lain ehhh
So, kitaorang ambil 2 bilik. Sharing room. Dapatlah 4 katil besaq2 gabak cam ni. Satu katil 2 orang memang luaslah sangat, Sangat selesa untuk ahli keluarga ramai yang mana sikit lagi cam nak jadi satu team bola.
Menjadi kesayanganku sepanjang berada di bilik ini. Marathon segala mak nenek citer. Sampai saya tengok siaran berita dengan TV ni pun rasa nikmat. Jakun. Standard.
Waktu malam di depan hotel. Takdelah sibuk sangat. Ramai pelancong juga kat GC ni. Samada dowang ni memang kaki surfers takpun jenis datang berkeluarga yang kerojenya nak masuk taman tema semata2 di GC.

Next day... next entry...

Tatituuu

5 comments:

Zie Azi said...

klu dulu org ckap sedap nak mampos..sekrg dah tukar nak arwah..haha
tak zabar nk baca next entry

Normi Nieza said...

wah..bestnya..:)

Sumijelly said...

Ok...nes entry

www.sumijelly.com

Mama Zharfan said...

beshnyaaaaaaa

Hermit said...

Highly recommended, memang best... aktiviti sesuai utk semua anak, kecik + remaja :)