Friday, November 11, 2016

Keju dari Eropah Memang Terbaik!

Dari Camembert ke Parmigiano, sememangnya seluruh masyarakat di dunia tahu yang keju terbaik di dunia datangnya dari Eropah. Chef Pierre Gay, pakar masakan dari Perancis telah berkongsi pengetahuannya mengenai mengenai keju Eropah pada majlis yang dianjurkan bersama French Interbranch Dairy Organization dan European Union dalam memperkenalkan keunggulan dan kehebatan Keju Eropah.

“The science of creating cheese is simple. Take some milk, add a starter enzyme and then some rennet to separate the curds from the whey and you have just made cheese,” 

However, the land is the reason why there is such a large variety in the cheese’s taste and textures. The climate and the soil affects the animals and the food they eat. Everything affects the taste of the milk, and therefore the cheese,”
Chef Pierre Gay. 

Untuk pengetahuan semua, Chef Pierre Gay juga merupakan pemilik Pierre Gay Fromagerie - salah satu yang rumah keju tertua di Annecy,  Rhone-Alps di timur Perancis. The Fromagerie sememangnya sangat dikenali di rantau ini yang telah menghasilkan produk keju (begitu halus) sejak tahun 1935. Pierre telah mengambil alih syarikat itu pada tahun 1989 daripada bapanya dan atas dedikasi Pierre segala usahanya berbaloi apabila beliau telah dinobatkan Meilleur Ouvrier de France (MOF) tahun 2011. Ini merupakan satu pengiktirafan terbaik beliau sebagai chef dan pelaopr perniagaan keju di dunia.
Beliau menyatakan bahawa keju yang terbaik adalah dihasilkan dari mula sehingga akir dengan tangan.
“Although it is important to know the different types of cheese, it is important for us to go back in time and see how cheese is made, and what makes a great cheese.”

Dengan misi untuk mengenalkan mesyarakat Malaysia kepada pelbagai jenis keju Eropah, Chef Pierre Gay telah memperkenalkan beberapa resipi terbaik yang diilhamkan dari hidangan Asia berasaskan keju di bengkel Fromage 101, kemudiannya diikuti di Bleu Blanc Brunch - hands-on session yang akan mendemonstrasikan bagaimana dari keju tradisional di oleh menjadi hidangan Asia yang begitu istimewa.

Antaranya resepi yang diperkenalkan seperti Croque Monsieur with Shitake Mushroom, Cheese Fondue Scented with Smoked Tea dan Onion and Asia Smoked Garlic Gratinée.


Dianggap sebagai salah satu bahan makanan yang paling serba boleh di dunia, keju bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja bahkan ianya boleh dinikmati bersama wain atau dijadikan masakan di dalam mana-mana hidangan. Tambah istimewa keju ini boleh dinikmati  samada- dari sejuk ke panas, manis ke pedas, dari pembuka selera kepada pencuci mulut.

Seperti kebanyakan negara-negara Asia, Malaysia juga tidak ketinggalan memperkembangkan hidangan yang berasaskan produk tenusu dan keju. Perkembangan ini menjadikan pengguna dan penggemar masakan keju lebih menjadi pemilih terutama dalam membuat pemilihan keju yang terbaik dan berkualiti.  Dengan kualiti yang dihasilkan dari kawalan yang ketat serta peraturan-peraturan yang telah digariskan di Eropah, tidak hairanlah keju Eropah sentiasa dihasilkan pada 
kualiti tinggi, terbaik dan sedia memuaskan hati para pengguna di Malaysia.

Pelbagai jenis keju yang Chef Pierre Gay diperkenalkan di bengkel ini termasuklah Stilton dari United Kingdom yang berusia Gouda dari Belanda, Parmigiano-Reggiano dari Itali, Manchego dari Sepanyol, dan juga keju berasal dari Perancis seperti Saint-Nectaire Fermier, Mont d'atau, Camembert de Normandie, Salers, Maroilles, Bleu de Gex, Brillat, Savarin, Moulis dan Col de la Core.


Jangan lupa untuk dapatkan  keju Eropah terbaik di dunia inspirasi daripada Chef yang luar biasa Pierre Gay.

2 comments:

Mohd Adib said...

pergh nampak menyelerakan.. :)

Jemput Singgah :

AyuArjuna BiGoshh said...

adib- peminat keju mmg sukaaa :)