Saturday, November 5, 2016

Konsep Terbaru di Stor Guardian ~ Lebih Menarik dan Segar!

Sebagai peneraju dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian telah mengambil inisiatif terkini dengan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggannya bersempena dengan memperkenalkan konsep terbaru di outlet mereka. Dan ini merupakan yang pertama di Asia! 

"lndustri runcit seperti yang kita sedia maklum adalah industri yang sangat kompetitif dan tidak menentu, dan kami mengalami pelbagai cabaran. Tetapi satu perkara yang sentiasa menjadi keutamaan adalah pe!uang untuk mencipta dan m mbangunkan pengalaman membeli-belah baru yang selari dengan kehendak pelang an, dim melihat .met.:lumbalas daripada - para pengguna. Pembeli sentiasa berubah dan pembaharuan adalah kunci; sama ada dari segi wawasan, konsep, perkhidmatan yang ditawarkan, atau gabungan menarik semua elemen ini." 

"Hari ini, selepas kajian penting terhadap keperluan pelanggan dan trend; perancangan dan pelaburan, saya amat berbesar hati mengumumkan bahawa stor konsep kami kini beroperasi sepenuhnya. Dalam jangka masa yang singkat, pasukan Guardian Malaysia telah berjaya membangunkan stor konsep ini ke tahap yang lebih mantap, dan harapan kami agar anda, rakan kongsi kami, dan para pelanggan, akan berpuas hati dengan hasil usaha kami dan penaiktarafan ini." 
"Saya dengan bangganya ingin menekankan bahawa pencapaian ini telah berjaya dicapai, dicipta dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Guardian Malaysia; ini merupakan sebuah pembangunan yang unik, yang dibina oleh pasukan Guardian Malaysia." 
Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Malaysia, Mr Peter J. Dove

Konsep baru yang diperkenalkan memiliki ciri-ciri mesra pelanggan yang setakat ini tidak terdapat di mana-mana kedai seumpamnya di rantau ini. Ini merupakan satu kelebihan dan juga perbezaan yang bertujuan bagi mengukuhkan kelebihan daya saing. 

Konsep baru ini telah dilancarkan di farmasi Guardian KLCC, yang mana mempunyai ciri-ciri baru dan menarik termasuklah beberapa konsep kedai-di dalam-kedai untuk bahagian kosmetik, kesihatan dan farmasi, dan juga pengenalan kepada pemeriksaan kesihatan asas dan khidmat penjagaan kesihatan seperti pemantauan tekanan darah, pengurusan berat dan khidmat nasihat untuk berhenti merokok. 

Pelanggan juga boleh merasai sendiri ditata rias oleh perunding kecantikan kerana turut disediakan ruang persolekan yang boleh dirasai dan dicuba oleh pelanggan yang datang ke sini.

Selain itu terdapat perubahan dalam identiti visual pada logo Guardian yang berwarna biru dan oren menjadi  perkataan "guardian" dalam tulisan berwarna oren yang berlatarbelakangkan warna putih. Warna oren yang dipilih bertujuan menyuntik semangat baru ke dalam persepsi jenama  secara keseluruhan. 

Ini merupakan pelaburan yang dibuat dalam menukarkan konsep stor dan visual identiti selari dengan misi Dairy Farm Group untuk membawa Manfaat Peruncitan Moden kepada Pengguna di Asia.


Sedikit promosi yang terdapat di Guardian KLCC yang boleh direbut!

Jom ke Guardian dan berbelanjalah di sana :=)

1 comment:

Jueliza Jamani said...

Kalo g gurdian mesti duk sembur perfume tester, guna lipstik tester. Hahahah